9

73 4 0
                                    

Zaman kena tarbiyah....

Jejak kaki di KMB ni terus terang la cakap,memang cuak habis. Kalau Faty ni tak ada sekali,mau meleleh juga air mata bila nak say bye-bye dengan nenek tadi. Ada Faty,malu tu ada. Tak jadi nak nangis. Dia pun relax je,aci tengin orang Perak cakap. 

"Study elok-elok. Bersyukur dapat peluang. Antara puluh ribu yang mintak,Acik terpilih. Jangan sia-siakan. Tapi tak payah study hard sangat,study smart. Buat hobi bermanfaat,main chess ke,congkak ke,batu seremban ke" pesan Mine pada Faty.

Eh tak tau ek,Mine ni abang Faty. Dia panggil Mine Angah. Ooo. Ket pun baru tau masa tu. Terkejut beruk dibuatnya. Ket tau ustazah Faizah kakak si Faty cuma tak sangka Mine pun adik beradik. Kalau dia bagitahu Faty first impression dia dulu, agaknya kena hempuk dengan luggage tak?

"Acik tau la. Banyak kali dah pesan." Faty naik bosan dah. Mujur mak dengan abah relax je. Bukan first time anak belajar keluar rumah. Along dulu belajar Mesir, Angah tengah belajar kat Scotland, diapula teringin nak ke Jepun sebab dia suka makan sushi.

"Manusia kan disuruh berpesan -pesan. Tak ada yang rugi pun" Along dah bersuara. Faty dihantar oleh Along, angah dan abah. Adik-adik kena sekolah,mak kena tunggu diorang. Dengar kata abah dengan along ambil CRK semata-mata nak hantar dia. Padahal jarak dari rumah ke KMB ni dalam sejam je pun. KMB ni apa? Kolej Mara Banting. Tempat nama mereka berdua naik untuk buat IB.

"Yelah. Terima kasih atas pesanan masyarakat itu tadi" sambil lewa je Faty membalas 

"Khadijah,barang-barang semua dah letak dalam bilik kan?nenek balik dulu la ya. Tak payah la study hard sangat, agak-agak tak dapat catch up,fly la. Nanti nenek tunggu kat pagar belakang amik Khadijah " selamba je nenek Ket mengucapkan ayat tu depan ustaz ustazah belaka ni.

"Dah nek. Dah siap susun pun. Bukan banyak sangat pun baju-baju dengan barang" memang sungguh tak banyak mana. Toiletteries tadi dah dihumban dalam baldi dengan gayung. Hanger dah disangkut dengan baju-baju kurung dan sweater. Lain-lain lipat gitu je la. Tinggal cadar dengan sarung bantal je belum dipasang.

"Elok la tu. Nenek gerak dulu la. Lewat sangat nanti, kalau hujan,nenek susah nak drive pula." Nenek masih kuat memandu sendiri. Ket menghulurkan tangan untuk bersalam dengan nenek. Nenek mencium pipi dan dahi Ket. Kemudian nenek bersalam dengan Along dan Faty serta membalas senyuman Ustaz dan Mine. 

"Nenek Khadijah tu familiar la. Dia cikgu kan? " Ustaz Sobri bertanya soalan tentang nenek apabila nenek beransur pergi dengan Myvi kesayangannya. Ket memandang Ustaz Sobri. Ustaz yang tak pernah judge dia meskipun dia free hair. Padahal Faty cakap kalau kat rumah,kena lepas check point abah baru boleh keluar rumah. Dia ada la sekali dua pergi rumah Faty untuk makan tengah hari andai kata kena stayback kelas tambahan. Tapi biasanya dia tak pergi kelas petang kerana dia ada kelas taekwando atau kelas muzik. Kadang-kadang dia yang malas nak pergi kelas tambahan. 

"Dia pernah jadi cikgu. Servis dalam 12 tahun before dia decide further study dan mengajardi Kolej Matrikukasi Banting pula."terang Ket. Ustaz mengangguk faham.

"Ok lah Fathiah,Abah nak balik ni. Pergi la naik atas dengan Ket rehat-rehat kemas apa yang patut. Ket tolong tengokkan anak saya ni ha." Ket mengangguk. Faty mencebik. Macam dia budak-budak 

"Along pun nak pesan benda yang sama kat kamu Faty. Tu je" jimat air liur. Ustazah Faizah mengekori ayahnya ke kereta setelah bersalam dengan mereka berdua. Mine masih menyusun ayat untuk ditinggalkan kepada adiknya. Ket hanya memerhati di sisi Faty.

"Faty, Angah ada tambahan pesan ni. Solat jangan tinggal. Baca Quran sebagai benteng. Ingat, Quran tu kata-kata cinta dari Allah pada kita. Jangan gatal-gatal,kalau Angah dengar dari Ket yang kamu miang kat sini, Angah sendiri seret kamu keluar. Apa-apa masalah,call kitorang cepat -cepat. Angah ada 2 bulan lagi kat sini " kebetulan dia balik summer kali ni, dia berpeluang menghantar Faty. Sambil tu, dia ada kursus Baktisiswa lalu kena la dia balik untuk menyahut seruan kerajaan.

Ket pun, Angah akan tinggalkan pesan yang sama sebiji macam Faty tadi. Ingat, Ket ada Allah. Allah is your Protector dan Guidance. Dah ambil phone number kitorang semua kan?"kedua-dua gadis itu mengangguk macam burung belatuk.

"IB ni tak strict sangat. So anytime,whatsapp je Angah. Faham tak ni Acik, Ket?" Mine tatap kedua-duanya. Adiknya bertudung bawal biasa, Ket berlilitkan pashmina. Senang matanya melihatkan pemandangan itu. Agak-agak mulut nya mengukir senyuman,cepat-cepat dia mengalih pandangan ke kereta. Abah dan Along dah menanti di dalamnya.

"Ok la. See you when I see you. Take care. Assalamualaikum" Mine menghulurkan tangan pada Faty. Faty menyambut  dan kemudian Mine melangkah tak berpaling lagi. 

"Waalaikumsalam"serentak mereka menyahut.

"Dah tunggu apa lagi,jom la naik atas." Faty menarik tangan Ket. Honda City putih Ustaz Sobri telah lama meninggalkan mereka berdua. 

[C] JODOH MR.MINEWhere stories live. Discover now