Sebulan sebelum konvokesyen, Ket selamat melahirkan seorang puteri Ahmad Muhaimin. Janji Allah itu benar. Memang sakit dan menyeksa sangat melahirkan anak itu. Terasa nyawa dihujung tanduk. Sebab itulah Nabi memuliakan kedudukan seorang ibu. Walaupun Mine berada di sisinya ketika proses melahirkan, dia tak perasan langsung. Tangan sibuk menggenggam rail katil di kirinya. Mulut sibuk melafazkan doa Nabi Yunus.
"La ilahailaanta subhanaka inni kuntu minazholimin" berulang kali. Segala surah dibaca walaupun tajwidnya dah kelam kabut. Tekaknya sehingga kering kerana mulut terkumat-kamit sentiasa. Dia hanya memanggil Mine ketika dirinya terasa nak buang air besar. Dia perlu bangun supaya tak melepas di atas katil. Rupanya nurse dah kelam kabut ketika dia memberitahu perkara itu. Datanglah matron di Rutgers Hospital memeriksa bukaannya. Terkejut seketika apabila dah 9 sentimeter. Ingatkan hospital kat Malaysia je kelam kabut rupanya kat sini sama haru je. Dia ditolak ke dalam labour room diiringi Mine.
La ilahaila anta subhanaka inni kuntu minazzholimin" Terdengar pula Mine mengucapkannya berulang kali dan meniup di ubun-ubunnya.
"Abang,Ket minta maaf kalau Ket ada dosa pada abang. Kalau Ket mati, abang jangan kahwin lain. Kesian anak kita dapat mak tiri. Bagi baby kat nenek Ket ya. Bibik Hasanah boleh tolong jagakan." Sebak dah membayangkan kalau dia tinggalkan baby tak beribu.
"Allahuakbar, you'll be fine my dear. Abang ampunkan dosa Ket. You are my only wife. Megucap,zikir banyak-banyak"
"Okay,push dear. I'll count to three then you must push,okay?"arahan doktor wanita yang menunggu di hadapan pintu rahimnya. Dia mengangguk dan bersedia.
"One two three,push!" Dia meneran sekuat hatinya.
""Good. Inhale,exhale. Again, one two three, push!" Sekali lagi dia meneran sekuat hati. Terasa ada satu benda licin menggelongsor keluar dari bawah.
"A baby girl!good job Mom!" Doktor itu mengucapkan tahniah padanya dan Mine. leganya hati dapat menyelesaikan satu misi. Tubuhnya terasa sejuk. Tadi tak rasa pun.
"Now, you have to push again so that we can take out the placenta. I'll count to three,okay" doktor menyerahkan bayi kepada nurse dan menunggu sekali lagi di tempat tadi.
"One,two, three,push' terasa ada lagi seorang baby keluar meluncur dari situ.
"Now I'm going to sew a little bit for the tears. Please bear with the pain because I'm not put any anesthesia on you"
"Okay,doctor" baby dah selamat keluar pun. Apa sangat la sakit yang lain berbanding sakit menhan contractions. Along kata contraction macam senggugut, mana la dia pernah senggugut jadi dia tak dapat bayangkan. Faty kata macam sembelit.
"Kau kahwin pun belum, apa kau tau?" Inilah jawapan dia pada Faty ketika mereka skype berempat. Dia, Mine, Along dan Faty. Ketika itu usia kandungannya telah mencecah 8 bulan. Mine masih di Malaysia ketika itu. Mine mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan kerana insiden dia tergelincir dan jatuh tangga di kampus sehingga menyebabkannya terpaksa admit ward selama seminggu untuk pemerhatian.
"Yelah. Kau la yang terpaling kahwin kat sini kan"mentang-mentang la dia seorang je masih single, orang taknak terima pandangan dia. Banyak tau dia baca info dari internet lagi-lagi dari kelab ibu mengandung kat Facebook. Ket tak ada Facebook,jadi dia la yang join kelab tu.
"Assalamualaikum anak papa. Fatimah dah bangun ya. Nak susu ke?" Suara Mine mengejutkan Ket dari lamunan. Telah dua bulan mereka semua menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Back for good finally.
"Dia nak main-main tu,Abang. Pandai pilih timing papa balik kerja. Terus dia bangun." Ket bangun untuk menyediakan makan malam suami. Mereka jenis makan awal sebelum Maghrib sebab malam tidur awal gara-gara Fatimah suka tidur awal juga.
"Masa anak tidur,kamu pun kena tidur. Itu cara kita mak-mak ni curi masa untuk berehat. Lepastu jangan diajarkan anak tu asyik berdukung je. Along tu,masa kecil asyik nak dukung je sebab opah dengan wan dia sayang sangat, pantang dengar hek sikit dah diangkat." Dan berjela-jela lagi pesanan Ummi untuknya. Akibatnya satu rumah kena tidur awal sebab ikut masa Fatimah. Kadang-kadang lepas Maghrib dah tidur. Tengah malam masa Fatimah bangun menyusu, masing-masing terkedek-kedek nak solat Isyak.
"Tak payah la Ket. Abang dah buat. Masuk microwave je, senang. Ket masak kari kepala ikan ya. Patutlah kaki abang asyik nak balik on time hari ni" sungguh terliur tengok kepala ikan merah dengan bendi tergolek-golek di depan mata.
"Sempat masak sejenis je, abang. Sorry sangat."dia ralit melayan Fatimah, main, mandi, tidur, susu, dia menghabiskan semua masa untuk puterinya.
"Tak mengapa. Cukup dah tu. Lagipun pagi tadi Ket bekalkan abang nasi lemak sambal kerang dah. Lauk favourite abang kan tu" Ket tak pernah masak lauk sendiri, semuanya lauk favourite suami. Nanti Fatimah dah besar, tambah la lagi satu lauk. Ket tersenyum. Walaupun rumahtangganya baru setahun jagung, tapi Mine sangat memahami segala tindakannya. Segala yang dia buat Lillahitaala. Dia memasak kerana dia percaya air tangannya bersih dan suci untuk suaminya.
"Jom makan sekali." Mine mengangkat dan mendukung Fatimah ke ruang tamu dan meletakkan anaknya itu ke tilam di hadapan TV. Dipasangkan Cocomelon di TV. Anaknya suka sangat kartun di channel tu mungkin sebab grafik dan animasi yang cantik.
"Ok. Kejap Ket ambil telur masin dengan sambal belacan dalam peti ais" dia teringat semalam dia masak lebih telur masin kerana menu semalam butter prawn salted egg. Sambal belacan pula baki dari laksa Johor yang dibuat kelmarin semasa Mine membawa tiga orang rakan pejabatnya datang ke rumah.
"Kesian diorang single tak ada orang nak masak untuk diorang,Ket" itulah ayat Mine ketika memujuknya masak untuk rakan-rakan. Mine menjaga Fatimah sehari suntuk kerana Ket kena masuk dapur. Mine tak habis-habis menyampaikan pujian rakan-rakan padanya. Sedap, boleh berniaga, laku keras.
"Sedapnya Ket memang regu dengan telur masin dan sambal belacan" Mine menarik tangan isterinya supaya mengikut ke dapur. Kesian Ket kena layan Fatimah di rumah. Mesti penat.
"Yelah, nanti Ket mula kerja, entah sempat ke tak nak masak untuk rumah ni" dia menyenduk nasi untuk Mine dan dirinya. Sambil tu diintai Fatimah dengan ekor mata. Elok je tu tengah dengar Wheel on the bus.
"InshaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita" dia sedia maklum Ket telah mendapat tawaran pekerjaan dengan Khazanah Berhad. Sesuai dengan tajaannya.
"Babysitter tu ok tak?" Ket yang berkenalan dengan babysitter tu. Duduk tingkat empat bangunan ini.
"insha'Allah ok. Ada budak lain juga duduk situ tapi seorang je. Budak umur empat tahun. Tahun depan budak tu pergi tadika dan terus transit. Jadi kakak tu hilang sumber pendapatan"
"Kita doa banyak-banyak supaya Fatimah selamat dan sihat kat situ. Tak ada yang mampu menggerakkan sesuatu kecuali dengan perintah Allah. Kita tawakal lepas ni"
"Abang, Ket ada satu hal penting nak beritahu abang. Melibatkan masa depan keluarga kita. Hidup dan pengsan" takkan nak guna hidup dan mati kot. Mulut dan kata-kata kena jaga. Tambahan dah jadi mama ni.
"Apa dia tu, Ket?" Mata ikan dah selamat dimasukkan ke mulut. MashaAllah sedapnya isi kat tulang pipi ikan Jenahak ni.
"Fatimah nak dapat adik"pendek tapi membuatkan Mine tersedak sebelum segelas air dah sedia termuncul di depan mata Mine.
"Dah agak." Ket memang dah jangka suaminya akan terkejut. Tapi tersedak? Over sangat ni.
YOU ARE READING
[C] JODOH MR.MINE
Любовные романы"I'm not a good person" "We will be better together" "I'm a sinner" "We are not holier" "I'm still learning" "We learn baby step together" "I'm not that strong" "So I'll be your transformer. The electromagnetic induction will supply everything for U...