28

27 4 0
                                    

"Ket,petang ni Zahir ajak kita together gather. Makan-makan." penat betul Zach kejar gadis ni. Badan tukang masak kecil tapi badan tukang makan dah makin tahap muatan berat. Dia melihat Ket yang hanya pakai sweatshirt dan baggy jeans Applemints serta tudung bawal 50inci dipin ditepi bahu. Comel tapi mau kena backhand dengan Zarif kalau disebut depan adiknya itu.

"Pandai betul Ket tu masak. Dah la cantik,pandai,terer masak,agak-agak dia ada adik beradik perempuan lain tak boleh matchingkan dengan aku?"sambil mulut disuap chicken pie segigit dari sepotong kecil tu. Itu pertama dan terakhir kali dia sebut macam tu depan Zahir. Habis Zahir santap seloyang chicken pie tu tak tinggalkan sikit pun untuk dia.

"Kalau rasa nak kebulur,puji la lagi Khadijah macam tu."mencerun mata Zahir merenung si abang. Nak telan airliur pun Zach rasa nak tercekik.

"Ada apa hal ya nak ajak makan sekali?any special occasion?"Ket mengerutkan dahi.

"Laaaa. Dah lupa ke. Kan semalam dah bagitahu thesis saya Prof Mark dah approved. Viva pun dah selamat lepas"

"Allahuakbar. Sorry. Lupa sangat-sangat" Zahir ada informed dia semalam kata Zachary nak balik Malaysia winter ni. Back for good. Semalam dah confirm thesis dah selamat diterima,viva pun berjalan lancar.

"Macam mana boleh lupa ni Ket. Kecil hati Zahir tu nanti. Member tu sensitif lately. Dengar pun lagu Korea" ada ke patut adik tunggal lelakinya kantoi tengah dengar lagu OST Goblin tu. Tu pun setelah dia senyap-senyap masuk bilik Zahir sambil tengok playlist dalam laptop adiknya.

"Ket pun suka je dengar lagu Korea. Mungkin lagu yang Ket forward kat dia kot tu" ooo padanlah ada dalam list Zahir. Pujaan hati yang send. Zach agak mesti Zahir hafal lagu tu siap dengan terjemahan lagi. Silap-silap ustaz Zahir nak menyanyi masa majlis kahwin sendiri nanti.

"So petang ni pukul berapa and kat mana nak jumpa?" Dia memang free petang Isnin,Rabu dan Khamis. Agaknya Zahir dah hafal jadual dia kot.

"Bluehall. Dalam pukul tiga?is it okay with you?" Ni masa dan tempat yang dah ditentukan Zahir. Zahir ada kelas sampai pukul 12 tengah hari. 

"O..kay. Tapi kenapa Zahir tak whatsapp sendiri?"siap suruh Zach mengejar ni.

"Laaa. Nasib baik Ket ingatkan. Ni Zahir suruh bagi. Tak menyempat nak tunggu petang ni. Agaknya face to face nanti dia malu kot" sebuah kotak kecil dihulur pada Ket. Siap pink wrapper with ribbon. Ket menyambut pemberian Zahir. 

"But my birthday dah lepas. Dia dah bagi pun ni ha" keychain yang tersangkut di bagpacknya menjadi evidence dia berbesar hati dengan hadiah Zahir. Keychain silver 375 with a simple engrave membuatkannya tersenyum. "Do you like Star Wars? Because Yoda only one for me"

Faty ketawa berguling depan Skype bila dia tunjukkan keychain tu. Berair-air mata Faty setelah puas gelakkan dia.

"Tak sangka aku mamat dinding spesis tu. Engineer bapak romantik!aku rasa la Ket,tak tidur seminggu kot dia fikir nak hadiahkan kau apa" 

"Tak baiklah kau mengata dia macam tu."

"Birthday dia kau bagi apa?"

"Rahsia la"

"Kau jangan bagi spesis baju ke kain ke tau."

"Kenapa?"

"Laaa kau tak tahu ke. Ada taboo kalau bagi semua benda macam tu hubungan tak berkekalan"

"Tak sangka aku anak Ustaz pun percaya bab tu"

"Share cerita je. Aku tak percaya pun. Hahahaha. So kau bagi apa?" Masih nak gali rahsia bff 

"Engraved flask."

"Padanlahhh kau dengan dia. Dedua romantik. Apa yang kau engraved kat flask tu?"

"This time aku taknak beritahu " mati kena gelak dek Faty kalau dia tahu aku minta seller tu engraved "Acute in Triangle".

"Mesti kau takut kena gelak ni" Faty dah angkat sebelah kening.

"Dah dah. Stop kat sini. Nenek la ni ajar aku bagi hadiah kat dia,wish kata semangat la kat dia yada yada."

"Ket,ooo Ket. Dah sampai Pluto ke?" Zach mengawang-awangkan tangannya di depan Ket. Orang bercinta ni memang banyak berangan ke. Adik dia pun banyak termenung. Pandang flask air macam nak tembus sampai lapisan kerak bumi.

"Sorry Zach. Ok la kita jumpa petang ni. Thanks a lot for this present"

"No problem. Tengah menganggur ni kan" dia melangkah pergi meninggalkan Zach dan menuju ke rumah. Sunyi sepi. Nath ada usrah kot.

Dia meletakkan bagpack di meja study. Menarik kerusi dan merenung kotak pemberian Zahir. Apa lagi agaknya yang dihadiahkan untuknya? Dia memutuskan untuk membuka kotak itu. Perlahan-lahan reben dibuka,selotape ditanggalkan. Jarinya menyentuh sebuah pendant. Cantik. Jess small lock pendant by Kendra and Scott. Tersengih Ket dengan maksud tersirat Zahir. Pendant bentuk mangga pintu ni nak suruh dia pakai ke. Aduhai. Macam rock sangat ni. 

"Kalau free, Skype jom"dia ajak Faty Skype. Nak minta pendapat macam mana nak pakai pendant ni. Dalam tudung bukan Zahir boleh nampak. Dia nak tergelak tengok muka blushing Zahir bila perasan dia menggantungkan keychain tersebut di bagpack dulu. Jadi kali ini pun dia berhasrat nak pakai di tempat yang Zahir boleh nampak. Jadikan charm ke?tapi dia tak ada rantai tangan. Datang NJ dia togel. Takut nak pakai sebarang barang kemas. Semua dia tinggalkan Di Malaysia.

"In fifteeen minutes. Otw balik" pendek balasan Faty. Dia menanti di hadapan laptop.

"Thanks for the gift Zahir. I've nothing to repay" dia whatsapp Zahir sementara menunggu Faty 

"Buah ceri warna hitam. You're welcome" eh Zahir ni. Juara pantun ke. Tersengih Ket baca.

"Hari raya bulan Mac.I like it so much" dia ingat dia seorang je tau. Dia tersengih lagi. Amik kau.

"Buah kelapa dikerat parang. Makhruh senyum seorang" eh mana dia nampak aku senyum ni.

"Buah kelapa baka pandan. Senyum dengan si pendant" lantak lah Ket asal ada bunyi.

"Macam tak kena je Khadijah. Nway,makan rojak dalam guni,jangan lupa petang ni."euwwwww makan rojak dalam guni?!

"InshaAllah. Zahir,thanks"

"No problem. Khadijah,saya kat Orange Ave ni tunggu Zohor. Kejap lagi sambung ya"

"Okay"

"Khadijah"

"Yes. Anything wrong with me?"

"No. Just want to tell you that I'm lack everywhere but you make it for me. And for you to know,even you are imperfect,we will be perfect together under Allah's will" 

"insha'Allah. Thanks for the nice words" Zahir ni macam-macam lately ni.

"Oiii where are you Ket?anybody home?" Faty berdrama depan Skype.

"Sorry. Terabaikan kau pula."

"Kau tengah buat apa tadi tu sampai tak perasan aku dah masuk?"

"Ni. Zahir bagi. Aku tengah wish thank you kat dia" Ket menunjukkan pendant pada Faty.

"Is it Kendra and Scott?Gila romantik mamat dinding tu" kagum dia. Berapa ratus la dihabiskan untuk Ket ni.

"Nak pakai kat mana ni nak bagi dia nampak?" 

"Dah kahwin nanti kau tunjuk lah kat dia. Abang,ni ha pendant abang bagi ayang dah sangkut kat leher." Euwwww gelinya 

"Gila lah nak buat macam tu. Mana nak letak muka tujuh keturunan kalau aku cakap macam tu Faty"

"Aku rasa mamat tu pengsan sebelum malam pertama kot. Syahid" bergelak sakan Faty gelakkan Zahir. 

"Ehem. Agak-agak la pun. Out of border dah tu. Lambat lagi"

"Mana pula lambat. Lagi lima enam bulan je"

"Kau jangan nak panikkan aku. Nanti .."tak sempat Ket sambung ayat, telefon bimbit nya berbunyi. Nama Zach naik. Segera diangkat dan mengangkat tangan pada Faty supaya tunggu sebentar sementara dia menjawab panggilan.

"Ket, Zahir been shot. He's gone. Ket. Come to Rutgers AED."terjatuh ke meja telefon bimbitnya.

Faty perasan perubahan muka Ket. Muka tu dia pernah lihat dulu.

"Ket,kenapa?kenapa Ket? Tell me? Tell me Ket!" 

"Zahir. Been shot"

Period.

[C] JODOH MR.MINEWhere stories live. Discover now