"Angah, Angah suka dia kan?" Along bertanya selamba sambil mengikat hiasan backdrop katil pengantin. Semua dia buat sendiri. Simple-simple sahaja. Tema bilik blue sky. backdrop navy blue dimatchingkan dengan cadar cotton blue sky.
Angah yang sedang membantu memanjat tangga untuk mengemaskan lipatan di bahagian atas backdrop, terhenti tangannya. Dia memandang Along di bawah.
"Siapa Along?" Dia turun dari tangga dan duduk di katil pengantin. Sedap betul cadar pengantin ni. 1000 threads kot. Pandai Along pilih. Dia kahwin nanti dia nak cadar macam ni la. Simple but fit nicely to the wedding theme. Tak payah cadar aci lip lap labuci lace bagai.
"Angah ni saja mengelak ke atau memang tak sedar?" guna stapler gun je la senang.tap tap tap je kat dinding. Cikgu memang wajib ada menatang ni. Abah pasangkan papan lapis kat dinding semalam, supaya senang buat kerja stapler gun ni.
"Laaa Along beritahu la,memang Angah tak tahu tu yang tanya kat Along tu" baring-baring kat katil ni sedap ni tapi kang mengamuk pula Along kalau dia yang merasmikan cadar pengantin ni.
"Dia tu dah beberapa tahun dalam jagaan mata kau kan? Punya lah kau jaga mata kau supaya orang tak tahu kan?Along tahulah Angah" dia melabuhkan duduk di kerusi panjang hadapan katil. Adiknya seorang ni dah masuk 24 tahun. Memang dah layak berbincang hal dewasa.
"Along ni cakap apa,Angah memang sentiasa jaga mata. Makan carrot,tomato,sayur sayuran"
"Mengelak lagi. Ala Ngah,sejak dulu lagi Along tau. Sejak Kem tu kan,memang Angah lain macam. Ye lah Rose tu memang cantik,comel,pandai pun sama taraf je dengan Faty dan Ket tu. Cuma Ket la paling pandai dalam sekolah"
"Bukan Rose la Along. Masa bila pula Angah pandang Rose sampai jaga mata bagai"
"Gotch you"
Mine yang terdengar Along gelak-gelak semacam segera merenung Faizah.
"Apa gelak-gelak macam tu?" Apa yang tak kena.
"Bukan Rose yer. Along saja je mentioned Rose nak tengok reaksi kau Ngah. Kau tengok Rose tu macam tengok Faty,Muaz dengan Farah. Macam adik-adik je kan. Tapi kalau si dia tu,tengok dinding macam ada Lisa Blackpink kat situ" dia tak kenal Blackpink tapi anak-anak muridnya kemaruk dengan Kpop tu. Belajar-belajar dari anak murid.
"Mana ada Angah macam tu. Angah elok je tengok dia. Tak ada lah sampai hadap dinding"
"Yelah. Kadang-kadang je tengok dinding sebab masa tu rasa dia cantik sangat kan?" Along bangkit dan berdiri di hadapan Mine.
"Ahmad Muhaimin,Along ni lebih dulu makan garam tau. Lagi-lagi adik sendiri,memang Along nampak jelas. Along rasa Ummi dengan Faty pun nampak. Cuma diorang malas nak kacau lebih-lebih kecuali si Faty tu" nak tergelak rasanya tengok Faty asyik serkap jarang. Bila tak dapat mengumpan, mula la muka confuse tu menjelma. Rasanya Mine ni memang pandai sembunyi tapi bukan dari Alongnya ni. Kedengaran Mine mengeluh perlahan.
"Biarlah dulu Along. Bak kata Angah tadi,orangnya belum cukup haul. Banyak lagi benda nak di explore. She is at the beginning of the street while I'm at the corner expressway" perghh ayat tahap literature The Necklace.
"Tunggu tu tunggu juga tapi jangan la sampai tak buat apa-apa langsung. Ingat tak dulu Along pernah cakap,dari gaya Achik bercerita pasal kawan nya siapa nama tu. Zarif ke apa. Rasanya dalam pegang title exco agama,ada ekstrim step juga. Siap bagi buku bagai."
Mustahil Mine tak ingat semua tu. Hampir terlepas sudu mendengar Achik bercerita pasal Zarif. Tapi akhirnya bertukar kelegaan bila Faty kata Zahir tak dilayan.
"Along,Ket tu jiwanya rapuh. She needs some spiritual feed. I guess. Along ingat tak seminggu dia bertapa kat rumah kita ni dulu?" Dalam tak sedar,Mine telah membuat satu pengakuan di situ. Aling menahan gelak bagaimanapun dia terus beraksi selamba.
"Haah Along ingat. Kata Achik dia pengsan sebab tak cukup nutrisi."
"Jiwa dia tak cukup nutrisi Along. That's why I brang her to our house."
Along terhenti mengikat reben di kepala katil. Dia duduk di kerusi hadapan Mine. Dahinya dikerut. Peristiwa yang menggamit memorinya tapi tak berapa memori sebab baru terjadi dalam beberapa bulan lepas. Dia ingat lagi Ket dapat MC selama seminggu dan Mine membawa Ket ke sini. Setelah itu,Mine sendiri bertapa di rumah Zach sebab tak manis baginya duduk dengan gadis itu di dalam rumah yang sama. Faty pula terpaksa pulang ke kolej semula.
"Along tau Ket tu baik budaknya. Senang nak bentuk tapi dia senyap betul. Risau senyap dia memakan diri. Mujurlah masa kat rumah ni,Abah dengan Umi macam berjaya juga la keluarkan dia dari shell dia tu"
"Bangun,bangun Ket. Dah Subuh ni. Kita nak berjemaah ni"
"Kejaplah nenek."
"Ni Along la. Nenek apa pula. Mengigau ke" serentak itu,anak dara muda bingkas duduk dan menghadap Faizah,si anak dara tak berapa muda.
"Dah jom berjemaah. Dalam lima minit lagi Abah turun tu."Bilik solat ada di tingkat bawah yang dikhaskan sebagai bilik mengaji,dan bilik beriktikaf. Terkedek-kedek Ket mencicit masuk bilik air untuk mandi dan membersihkan diri.
Semasa Abah memberi tazkirah,dia melihat Ket mendengar dengan khusyuk. Kadang-kadang terlihat olehnya mutiara jernih mengalir di pipi gadis itu. Ummi yang turut perasan hanya berbalas pandangan dengannya. Topik Abah pagi subuh itu, Ibu bapa berdosa.
"Tidak ada nas yang jelas yang menyatakan dosa ibu bapa menjadi penyebab kepada akhlak tidak baik anak-anak. Walaubagaimanapun nas ada menyebutkan tentang tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar dan mendidik anak-anak agar patuh kepada ajaran agama. Dalam mendidik anak-anak ibu bapa juga perlu menjadi contoh tauladan dengan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak kerana anak-anak cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka." Abah mengambil nafas sebentar. Kemudian Abah menyambung. Sementara seisi audiens berminat baik dia segerakan.
"Di dalam Surah Luqman ayat 17 ada menyatakan Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."
"Kita sebagai seorang anak perlu sentiasa berdoa kepada ibu bapa. Perkara ini juga jelas berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya." Abah petik hadis terkenal dari Riwayat Muslim.
"Sebagai anak,selepas kematian ibu bapa,kita tetap ada tanggungjawab. Tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya. Di antara dalilnya adalah, daripada Ibn Abbas bahawa, telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadhan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha' puasa bagi pihaknya? Rasulullah SAW bersabda Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk tunaikan."
"Akhir sekali Abah nak pesan sentiasa doakan Abah dan Ummi meskipun kami dah tak ada nanti. Ini kerana, doa seorang anak yang soleh kepada ibubapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus berdasarkan kepada hadith yang Abah nyatakan tadi. Tambahan pula, al-Quran menuntut agar seorang anak itu sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua ibubapa. Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Maka bercucuran air mata Ket mendengarkan itu. Faizah yang memandang turut berasa sayu. Farah yang berusia 14 tahun menepuk-nepuk perlahan belakang Ket untuk memujuk . Ummi pula dia yang pujuk memandangkan airmata Ummi pun tak kurang hebat mengalirnya.
"Along,berangan apa tu?" Mine mengejutkan lamunan Faizah. Faizah mengeluh.
"Kesian kat anak yatim. Semoga Ket bertemu kebahagiaan meskipun bukan dengan kau,Ngah sebab kau lam-pi sangat"Lam-pi short term untuk Lambat Pickup
"Amin"Mine juga redha dengan takdir. Mereka hanya mahu Ket bahagia. Ket berhak.
YOU ARE READING
[C] JODOH MR.MINE
Romance"I'm not a good person" "We will be better together" "I'm a sinner" "We are not holier" "I'm still learning" "We learn baby step together" "I'm not that strong" "So I'll be your transformer. The electromagnetic induction will supply everything for U...