11

63 4 0
                                    

Golden Stories of  Sayyida Khadija by Abdul Malik Mujahid

Buku setebal 191 muka surat dan hardcover cantik itu dipandang sambil tersenyum. Nota ringkas bertulisan tangan di muka surat pertama buku itu dibaca

For Khadijah, I hope you 'know' the Khadijah. 

P.s: No need to return. 

"Wah a book for a bookworm from a bookworm" Jee tersengih.

"Kalau kau dah habis baca, boleh pinjam tak?" Jee menyambung lagi.

"Boleh. Nanti dah habis baca, aku bagi kat kau" Ket masih tersenyum.

"Senyum tak habis lagi. Ada peminat dah nampaknya"

"Siapa ada peminat?Tak bagitahu aku pun?" tiba-tiba je Faty muncul di dorm mereka.

"Minah ni la Faty. Aku la saksinya" Jee menjawab bagi pihak.

"Saksi kena orang beriman. Kau cukup tak iman?" Faty menyambung.

"Cukuplah. Aku kan Fauziah Iman binti Iman Juzaili, ada dua Iman dalam nama aku" dah mula dah Jee dengan Faty bergabung. Faty menarik kerusi dan mengambil tempat di tepi Jee.

"So apa yang meminati dan diminati lalu terminat ni?" Faty bertanya serius.

" Ni Ket yang diminati oleh Zahir yang meminati lalu kau pun terminat dengan skandal ni dan duduk kat sini" terang Jee.

"Mesti bangga Puan Marlia dengan sastera Melayu kau." Faty mengangguk-angguk sambil menggaru dagu seakan berfikir sesuatu.

"Aku dah lama perasan pasal Zahir tu. Orang lain pandang kau biasa-biasa tapi dia luar biasa sebab dia tak pandang kau pun. Kau ingat tak insiden dia langgar dinding Science building kat depan lab sebab tiba-tiba dia perasan kau belakang dia." Faty tak akan lupa peristiwa bersejarah tu. Kelas fizik dia kebetulan keluar dari makmal hujung. Asalnya dia melambai Ket tapi Si Zahir yang perasan, menoleh ke belakang untuk melihati siapa yang dilambai Faty. Akhirnya jadi la insiden tersebut gara-gara Zahir terlampau tundukkan kepala setelah berpusing semula ke hadapan dan terus cium dinding. 

"Ingat. puas jugak kitorang cover gelak kan Ket?" Jee pun saksi kejadian tu. Ye la Ket ni kalau orang nak ibaratkan muka dia macam siapa,dia cakap macam pelakon Hong Kong dulu-dulu tu. Rosamund Kwan. Member mix blood macam-macam. Melayu,Cina, Perancis dengar kata. Lahir pun kat UK. Memang menjadi perhatian,tapi Ket ni bukan pandang orang pun.Azam dia nak buat full marks IB batch kali ni.

Iskk Ket ni dari tadi diam je tak ada sepatah kata keluar.

Namun Ket mengangguk tanda dia masih ingat peristiwa tu.

"Ni kau ni Ket, kenapa diam je. Tak suka ke dapat buku? Ke sebab tak suka Zahir bagi?" faty tanya terus terang

"Huhhhh.Payah" mengeluh pula si Ket ni.

"Apa yang payah? Orang bagi buku, kau baca, kalau orang bagi baju, kau pakai, kalau orang bagi makanan, kau makan" senang betul Jee ni. Tapi logik akal memang macam tu la patutnya. Orang dah sedekah, kita ambil.

"Bukan ke rasa macam ada burden bila orang bagi sesuatu dan kita tak dapat nak balas?" Ket menyuarakan perasaan. Dia suka buku. Apa je buku yang baik, dia suka.

"Dia tak minta apa-apa kan, so tak payah la kau susah-susah hati" Faty tenangkan sahabat. Muka dah berubah serius.

"Kau ni tiba-tiba serius pula, dah kenapa?" Jee tanya je.

" Aku frust, aku ingatkan si Ket ni dengan Angah aku macam ni" Faty dekatkan kedua-dua jari telunjuk untuk bergandingan.

"Kau ni Faty. Aku tak ada dengan sesiapa pun. Zahir tak, Angah kau pun tak"

"Frust la Angah aku kalau dia dengar." Ingat aku tak perasan ke muka Angah yang bercahaya kalau nama Ket muncul kat bibir dia. Teringat masa balik weekend minggu lepas.

" Acik study ok ke kat sana?"

"Ok je. Cuma sunyi sikit sebab tak ada orang nak dibahan"

"Ket?"

"Siapa lagi, dia la. " Menangis bucu katil juga la Faty bila Ket tak nak ikut dia pilih subjek yang sama. Dah terpisah segala hal. Kelas tutorial, Lab, Sukan bagai.

"Tak baik bahan dia,Ket tu kan anak yatim piatu. Rasanya tau kan Nabi pun anak yatim masa dilahirkan, lepastu jadi yatim piatu pula. Kita ni kena layan anak yatim dengan Qudwah Hasanah ataupun teladan yang baik.

"Lagi satu,penat Imam Bukhari buat topik al-Adab al-Mufrad' dengan Kitab al-Karami wa Yatimun yang bermaksud 'Kitab tentang sikap pemurah dan anak yatim,tapi kita tak amalkan pun" tambah Mine 

"Oooo kayyy..lagi?"Faty bertanya,Mine mengeluh. Panjang la lagi nak kena explain ni. Sabar Mine, dah lama kau tak jadi Naqib ni. Sia-sia kau budak DQ tapi tak nak sampaikan walau sepotong ayat.

"Dalam Al Quran  Surah Al Baqarah ayat 220 jelas dah kat situ. Dan mereka bertanyakan kepada mu wahai Muhammad terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah kepada mereka itu adalah merupakan suatu kebaikan. Allah SWT turut melarang berlaku kasar terhadap anak yatim. Ini dijelaskan dalam surah ad-Dhuha ayat 9, di mana Allah SWT berfirman yang bermaksud.Oleh itu, adapun anak yatim, maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya," Faty mengangguk faham. Jelas dah ada dalam Ayat Quran.

"Tapi Kalau tak buat bahan, dia tak gelak. Serius je memanjang. Inilah orangnya penghibur hati dia, Angah apa tahu?"terjungkit kening eksyen sungguh Faty  pada Angah

"Angah tahu la,dia anak yatim, apa pula tak tahu"

"Banyak lagi Angah tak tahu."

"So tell me. I can lend you my ears"

"And your shoulders, please" serius Angah kena ready bahu sebab kisah Ket ni rare.

"Sedih sangat ke?"

Faty tak pernah dipesan untuk tak sampaikan cerita sebenar pada orang lain. Jadi dia boleh la cerita kat  Angah kan. Tapi tu kan tu aib family Ket. Serba salah pula nak cerita kat Angah.

"Tak pe la Angah, Acik tak dapat izin dari Ket untuk cerita kat orang. Kalau dia bagi, baru Acik bagi tahu" dia putuskan begitu. Dia sendiri pun terkejut mendengar kisah keluarga Ket. Malam Kem menjelang SPM di hotel dulu, Ket menceritakan semuanya sewaktu mereka nak tidur. Teringat sesi pillow talk mereka dalam gelap. Akhirnya dia perlu dipujuk Ket kerana teresak menangis di dalam gelap. Dah terbalik pula, patutnya dia yang pujuk si Ket.

"Oh tak pe la. Next time kalau dia izinkan,Acik cerita kat Angah" muka kecewa Mine tu payah nak sorok. Teringin sangat nak tahu tu.

"Oi cik Kak,nak masuk Isyak dah ni. Bising kang ketua dorm kau kalau kau lama hilang ni. Pergi balik bilik"Jee halau Faty balik. Dia dengan Ket pun nak pergi surau. Maghrib tadi dah la diorang escape gara-gara nak membawang pasal Zahir.

"Ok la korang. Aku balik dulu. Ket,orang bagi buku tu,kau kena cakap terima kasih, jangan lupa, bagus tajuk buku tu. Nanti aku nak pinjam" Faty dah bangun nak beransur.

"Aku dulu dah cop buku tu "Jee sahut ringkas.

"Kau nak aku sampaikan ucapan terima kasih kat Zahir ke?" Jee bertanya.

"Tak payah la. Nanti aku cakap sendiri" 

Jee mengangguk. Mesti dia yang kena jadi chaperone nanti.



[C] JODOH MR.MINEWhere stories live. Discover now