40

39 4 0
                                    

Pukul 4.30 alarm di telefon bimbit berbunyi dengan reminder "sahur". Dah menjadi rutin setiap Isnin untuk dia menjalani puasa sunat. Segera dia mematikan bunyi alarm risau mengejutkan isterinya di sebelah. Dia kembali berbaring. Ket kata nak masak nasi lemak untuk breakfast pagi ni jadi untuk harini dia melupakan hasrat untuk berpuasa sunat. Lagipun dia nak bawa Ket berjalan-jalan memandangkan cuti kahwin dia ada tiga hari lagi.

"Ket, you always question yourselves if you deserve the happiness. Allah tests you but He will give you rewards if you pass the test." Ket yang 'sakit' jiwanya dan masih dalam proses penyembuhan. Ket yang sedang lena tidur dipandang sambil tersenyum. Rasanya dah banyak kali dia menampar pipi sendiri sebab tak percaya dia dah selamat bergelar suami pada Siti Khadijah.

Semalam seharian mereka hanya duduk di rumah gara-gara masih keletihan kenduri hari sebelumnya. Makan pun panaskan lauk dan nasi kenduri di dalam microwave je. Malamnya makan mi segera Faiza. Sedap juga perasa tomyamnya. Benda dah lama di dalam kabinet, ada bini baru nak masak. Kalau tak, memang makan di luar je, balik rumah untuk tidur.  Kalau dah kemaruk dengan bini, bini masak maggi pecah telur je pun dah cukup nikmat rasanya. Tapi dia akui Ket bijak mengadun masakan. Habis diselongkar peti ais rumah dan macam-macam bahan tambahan dimasukkan dalam mi segera. Telur, crab filament, tofu kering, kacang panjang. Bila teliti betul-betul macam imej kat bungkus mi segera brand Mag**  tu. 

"Esok nak makan apa, Ket? Abang keluar beli breakfast pagi esok. Gerai makcik bawah runah tu sedap juga makanan-makanan dia. Ket nak mi ke,kuetiau ke, bihun ke?"

"Nasi lemak" 

"Aik tauke nasi lemak nak cari nasi lemak orang ke?"

"Bukanlah. Ket nak masak breakfast nasi lemak. Tadi Ket tengok bahan-bahan ada je dalam rumah ni" diakui suaminya memang melengkapkan peti ais dengan bahan mustahak yang betul. Halia frozen, sayur frozen, nugget Ramly, sosej Ramly, cheese, butter, eh pendek kata banyak lah. Process food la yang paling banyak.

"I like your idea" dia nak cakap wow sukanya sambil ajak Ket share mi segera semulut tapi nanti Ket kata dia over react pula. Banyak sangat tengok Running Man. Siang tadi dah kena tibai dengan kusyen. Risau pula kena cucuk dengan garfu.

"Pinggan mangkuk tu letak je dalam sink nanti Ket basuh" tapi dia dah bangun dan mengemas sink dapur. Ket dah masak, biarlah dia yang kemas pula.

"Rumah ni tak ada Astro ke Netflix ke?" Tengok macam basic program je ada kat TV ni.

"Abang bukan selalu kat rumah, membazir je kalau langgan. Lagipun Netflix tu Israel supporter. Malas la." Belum lagi dengan dipenuhi filem menyokong LGBT, liberalism, feminism sebagainya. 

"Betul juga. Baik connected to wifi macam ni, tengok je Youtube" dia ok je mana-mana pun. Dia pun biasanya tengok movie ke drama atau baca ebook di laptop atau telefon je.

"So far, for this 24 hours, how's your life?" Ermm jap Ket fikir apa bezanya.

"Extraordinary life. Dapat solat berjemaah setiap masa, ada kawan nak sembang setiap masa but the obvious thing is this is the first time I look like this with man" dia menunjukkan dirinya. Mine faham. Free hair, pakai baju duduk rumah. Dia bukan tak pernah tengok gadis itu free hair. Sejak sekolah kot. Tapi gadis itu dah lama menutup auratnya, jadi dia sendiri memang janggal melihat gadis itu dalam keadaan di hadapannya.

"Nasib baik Ket tak pakai jubah dengan tudung depan abang sekarang."

"Ket tau lah hukumnya. Depan suami kena la cantik-cantik" tanpa dia sedar ayatnya membuatkan suaminya tersenyum. Perkataan 'suami' yang keluar dari mulut Ket terasa sedap didengar.

"Abang pun memang sejuk hati tengok Ket" sejuk, senang, tenang. Padanlah Nabi suruh umatnya yang dah sampai hukum wajib kahwin, kena la kahwin.

"Allah's Messenger (may peace be upon him) said to us: young men, those among you who can support a wife should marry, for it restrains eyes from casting evil glances and preserves one from immorality; but he who cannot afford It should observe fast for it is a means of controlling the sexual desire."

"Another pick up line" balas Ket. Nama je all girls school tapi Ket ni bukan jenis mudah cair dengan lelaki. Sikit-sikit dikatanya pick up line. Mata khusyuk tengok Running Man episode 1 di TV.

"Bukan lah. Kagum dengan keindahan Allah" kecantikan dalam setiap persepsi orang tu berbeza. Kalau dari segi fizikal, ada yang suka kurus ada yang suka yang berisi. Ada yang suka yang comel ada yang suka yang tinggi. Ada yang suka si hitam manis, ada yang suka si kuning langsat.

"Kalau kagum, kita cakap apa?" Ket pandang dirinya sekilas sahaja kemudian sambung tengok TV. 

"Subhanallah indahnya ciptaan Allah" pendek je jawabnya. Mata dia dah penat, badan dah letih. Jam pun dah pukul 10 malam. Dia nak masuk tidur tapi Ket masih tegak tengok TV. Nak masuk bilik dulu, nanti kata tinggalkan tetamu sendirian pula. Bagaimanapun entah kenapa kakinya memberontak untuk bangun.

"Nak tidur ke? TV ni, macam mana nak tutup? Wifi tu nak tutup juga ke?" Soalan Ket memantikan langkah Mine. Dia bergerak menekan remote control dan menutup suis.

"Lampu living hall ni?"

"Selalu memang buka sebab kadang-kadang abang bangun minum air"

"I see. Abang taknak ajak Ket tidur ke?" Muka pandang skrin TV yang dah hitam. Masa ni la kusyen ni jauh kat sofa single seat. Kalau tak,memang dah tutup muka dengan kusyen.

Perlahan-lahan Mine berjalan ke arahnya dan menghulurkan tangan. 

"Jom lah tidur. Penat semalam tak habis lagi kan. Esok pagi Ket nak masak breakfast" memang isteri yang patuh, diikut sahaja kata-kata suami.

Tapi tiba-tiba langkah Mine terhenti. Dia menoleh pandangan pada Ket.

"What did you say before?"

"Banyak. Yang mana?" Cepatlah, badan aku tak dapat landing kat tilam dari semalam tau. Malu punya pasal. Takkan nak landing kat katil orang. 

"The part included 'abang'?" Terus kena cubit kat pinggang. 

"Ooo that word cepat pula meresap ya. Kita dari tadi mata tak boleh nak buka, badan penat, tak nampak pula" gumam Ket macam dia seorang je kat situ. For sure la suami nya dengar sekali

"Laaa kenapa tak beritahu awal-awal. Abang pun dah lama nak masuk bilik sebenarnya" betul lah mereka ni practise by book. Theoretically. Maklumlah dedua budak scorer sebab hebat menghafal je kerjanya. Bila tang amali memang kecundang ke laut dalam.

"Bilik abang cantik, kemas, simple yet peaceful." Dia suka deko rumah ni. Penggunaaan warna putih dan krim di dalam rumah membuatkan rumah nampak luas.

"Sebenarnya abang tak sempat nak deko, memanglah simple dan kosong" tergelak-gelak dia melihat muka innocent Ket. Mati-mati dia ingat memang tema minimalist.

"Gelakkan Ket ya" rasanya sepanjang hari ni memang Mine banyak kali nak gelakkan dia tapi tak dapat. Tengok gaya ketawa tu macam lama je memendam. Suami dia ni nak kena. Muncul metol menyala terang -benderang di dalam kepala. Dia meletakkan bibirnya pada bibir Mine. Terdiam terus lelaki tu. Lama begitu. Seminit. Dua minit. Tiga minit. Nafas kedua-duanya rasa laju, jantung masing-masing dah berdebar. Ket mengambil langkah reverse. Terus dia membungkus diri dengan comforter. Air cond yang baru dipasang belum sejuk tapi rasanya sampai ke urat sejuknya terasa sekarang.

"Abang, dah pukul berapa ni. Masuk Subuh dah ke?" Rupanya dalam Mine mengenang memori, tangannya tak berhenti mengusap wajah Ket padanlah isterinya terbangun.

"Baru pukul lima, Ket. Tidurlah dulu. Nanti abang kejut. Sorry terkacau" dalam muka mamai Ket menyambung lelapnya tapi mulutnya masih mengomel.

"Jangan kejut lambat sangat. Nak mandi lagi" Mine tersenyum. Rupanya Ket banyak cakap. Mata tertutup pun boleh layan cakap lagi.

"Yelah. Nanti abang kejutkan" dia nak menyakat tapi melihatkan Ket memang tak larat nak buka mata, dia pendamkan je kata-kata. Bak kata Ket, masih ada 24/7 untuk mereka.

[C] JODOH MR.MINEWhere stories live. Discover now