23

44 3 0
                                    


"Balik ke winter ni?"

"InshaAllah. Tiket pun dah beli. Awak?"

"Saya tak balik. Nak teman abang. Dia nak submit thesis lepas tu plan nak pergi DC. Ada kawan abang kat sana."

"Nanti bawa balik apa-apa yang patut,Khadijah"

"Nak belacan?tempoyak?"

"Meletup la dalam flight nanti. Tak pasal kena tahan Interpol"

"Joking,Zahir"

"Know it"

"Awak nak kopi o,sambal kentang tempe kering,sambal nyet nak?"

"Too hot,Khadijah.Doesn't suit me."

"So nak apa lagi dari Malaysia nanti?"

"Kain pelikat, Khadijah"

"Seriously?"

"Yup. Buy for me five. That's enough."

Pelik. Tapi dia tak komen apa. Zahir bukan jenis suka sangat melawak. Nanti dia carikan kat Mydin.

"Nak pakai kat sini ke nanti?"

"Ye lah. Walaupun kita duduk oversea,pakai pelikat juga yang sedap. nak ambil wudhu pun senang"

"InshaAllah nanti saya carikan"

"Cuti dua bulan tu nanti, Khadijah take care of yourself, ada rasa nak business balik ke?"

"Plan macam tu la. Gerai pokok ceri pun dah offer tempat kat situ"

"Jaga gerai ke kali ni?"

"Eh tak lah. Letak nasi lemak sambal kerang macam biasa"

Dia lihat Zahir mengangguk seperti memikirkan sesuatu.

"Apa yang awak fikir tu?"

"Saya risau kalau awak yang duduk gerai tu,mesti jualan nasi lemak awak kalah sambal nyet"

Dia ni bergurau ke entah tapi Ket memang dah tergelak. Dia lihat Zahir turut mengukir senyuman. Zachary yang ada di sebelah Zahir semasa sesi Skype kali ini turut tergelak terbahak-bahak.

"Korang berdua ni kan. Dari tadi Abang menahan gelak. Lagi-lagi masa Ket offer nak bawa balik barang tu. Kau ni kan Zahir,order la ayam percik ke, sate ke, otak-otak ke, sata ke. Nak order pun malu. Skype macam kat cemetery. Dah dua tahun pun cakap still malu-malu."

Ket dah merah padam mukanya kena sakat. Zahir tersenyum je. Kedua-dua malu tapi takkan tak ada langsung komunikasi. Keluarga masing-masing dah bersetuju nak satukan mereka winter tahun depan. Masa tinggal setahun je lagi. Ket ingat kata-kata Mama Zahir sewaktu cuti summer haritu. Mereka berdua balik ke Malaysia atas permintaan keluarga keduanya. Ada perbincangan mengenai hubungan mereka.

"Nanti Zachary dah balik Malaysia,tinggal Ket dengan Zahir je kat sana. Tak manis pula. Elok kita satukan mereka berdua ni"

"Nenek pun setuju. Nenek tak ada halangan nak nikahkan kamu berdua. Lagi senang hati nenek kalau ada orang jaga Ket "

"Tapi kami baru third year nanti,Nenek"Ket terkejut dengan cadangan tu. Baru nak masuk 22 tahun kot. 

"Zahir tak ada halangan pun,so you don't have to be worry at all" Dia lihat Zahir mengangguk perlahan.

"Ket,Zahir ada part time job dia. Bukan macam tu Zahir?" Ket melihat Zahir hanya mengangguk lagi dan lagi. Zahir part time tutor di universiti. Pulun keringat peluh ketiak dia nak kekalkan cgpa 3.90 ke atas sebelum diterima menjadi tutor. Upah tak seberapa tapi kerjanya juga cuma semak kuiz,buat kelas tutorial, semak soalan tutorial. Setiap hari juga dia bertugas di masjid Orange Ave. Kerjanya macam siak masjid gitu. Ada juga upah sedikit dari pihak pentadbiran masjid. Belum naik Imam je tapi dengar kata ada khabar angin nak lantik dia jadi second line Imam Orange Ave. 

[C] JODOH MR.MINEWhere stories live. Discover now