Dan di sinilah akhirnya dia berdiri memegang sebuah Parlor Yamaha CSF-TA. Mine pandang gadis di sebelah. Puas rakan-rakan memujuk gadis itu untuk turut serta dalam persembahan malam ini.
Kumpulan Satu telah selesai mengadakan persembahan. Mereka membuat sitkom ala-ala Pi Mai Pi Mai Tang tu versi express. Tapi yang lebih menghiburkan, pelakonnya sendiri gelak membuatkan penonton ikut gelak. Dengar kata bff gadis sebelah ni. Teringat kata Hafiz semalam sebelum tidur.
"Budak Faty tu buat aku pening."
"Dah kenapa? Apa dia buat?" soal Mine sambil membaringkan badan di katil. Sakit pinggangnya duduk bersila lama sangat tadi.
"Dia bagi buku ni ha. Suruh aku tulis biodata. Dia dah siap letak Required to fill in siap dengan asterisks remarks" Mine yang mendengar gelak je.
"All girls school memang macam tu bro. Kak chik cakap budak tu ok baik je" Kak chik si Mine tu Ustazah Faizah tu la. Memang Kak Chik cakap budak-budak dia behave elok walaupun ada yang free hair,pakai pinafore bagai.
"Tengok ni ha si Faty ni. Dia suruh letak nama penuh, alamat, emel address, number phone, tinggi,berat, ukuran badan, warna kegemaran, saiz kasut, makanan kegemaran,minuman kegemaran. moto hidup, ciri isteri pilihan" tambah Hafiz sambil geleng kepala.
Kesian Hafiz. Mine dah kebal dengan sikap perempuan. Dia ada tiga adik beradik perempuan tak termasuk Ummi di dalam rumah, jadi, dia tak terkejut sangat.
"Dah kau jangan nak sengih sangat. Dia pesan suruh bagi semua fasilitator buat menatang ni. Dia kata untuk bagi semangat nak SPM. Lagi satu dia pesan nak alamat University bukan alamat Malaysia. Macam-macam budak ni"
"Kau dah siap nanti kau pass kat aku bro. Nanti aku buat part aku" Hafiz terus mengisi bahagian yang perlu dia isi. Semua pun perlu kot. Dah semua ada asterisk!
"Yang kau ni tak sempat gi barber ke?Serabai sungguh" Hafiz bertanya tanpa memandang Mine.
"Esok pagi kalau ada free sikit, aku lari la pergi barber" Memang ada hajat nak kerat rambut tapi baru seminggu dia jejak Malaysia, Kak Chik dah panggil Mine and the geng datang sini jadi fasilitator Kem SPM sekolah.
"Kat RGU tu takde hair salon ke?"
"Ada tapi tak boleh kerap pergi. Kopak. Lagipun takde urgency nak kerat,baik kerat kat Malaysia je"
"Setahun dua kali je la kau kerat rambut?" kedekut betul mamat ni.
Mine tersengih dan mengangguk. Tangan mencapai earphone. Playlist memutarkan lagu Oh Shaitaan nyanyian Zain Bikha.
Oh Shaitaan I'm gonna throw you down
Throw you down right into the ground
Oh Shaitaan I'm gonna throw you down
Throw you down right into the groundDah cukup ke Syaitan dia campak hari ni?fikir Mine. Tangan membuka buku kecil sebesar tapak tangan hadith 40 Imam Nawawi:
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya :
Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Si pemuda : Khabarkan aku tentang Islam
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Si pemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Si pemuda : Khabarkanlah kepada ku tentang Iman
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Si pemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Si pemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Si pemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing berbangga membina bangunan yang tinggi-tinggi.
(Kemudian beredar keluar si pemuda itu dari majlis tersebut )
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
Subhanallah. Cemburunya di hati sabahat-sahabat Nabi dapat ilmu direct dari Nabi kekasih Allah. Lagu di telinga masih berputar.
You pledged to Allah your only desire
To take us all with you straight to the fire
But Allah has supreme power He will devour
Your plans for believers till come on the hourOh Shaitaan I'm gonna throw you down
Throw you down right into the ground
Oh Shaitaan I'm gonna throw you down
Throw you down right into the ground
Bahu Mine tiba-tiba dicuit. Setan mana pulak ni main cuit pukul 12 tengah malam."Ni ha buku biodata budak tu. Kau sambung. Aku nak tidur. Kang nak bangun Qiyam pulak" Hafis terus landing tak pandang ke belakang dah. Dia pun baru je menjejak kaki ke Malaysia lima hari lepas.
Nama Penuh: Muhammad Hafiz
Alamat: Lincoln University, Oxford, England
Saiz kasut: (3456.231 x 89745628.234 x 23887495/(3456.231x89745628.234x23887495)x7
Warna kegemaran: Yang cantik dipandang
Makanan kegemaran: Yang sedap dan halal dimakan
Minuman kegemaran: Teh ais 1 tolak susu pekat tolak serbuk teh.
Moto hidup: Learn from the past, Look to the future,but live in the present.
Ciri-ciri isteri pilihan: Kalau mak suka, aku pun suka.
Eh? biar betul Hafiz ni. Kepala Mine ditoleh ke katil sebelah. Dalam kepala tingtong tu boleh pula disetuju je gadis pilihan keluarga. Aku yang macam anak taat ni pun, nak pilih jodoh sendiri.
Itulah never ever judge the book only by its cover.
"Sekarang dipersilakan kumpulan terakhir untuk mempersembahkan satu drama pendek diiringi petikan gitar akustik oleh ketua mereka Cik Siti Khadijah dan Encik Mentor Brother Mine"
Pengumuman itu mematikan lamunan Mine. Dia melangkah perlahan ke atas pentas. Ket dan rakan-rakan mengikut di belakang.
YOU ARE READING
[C] JODOH MR.MINE
Romance"I'm not a good person" "We will be better together" "I'm a sinner" "We are not holier" "I'm still learning" "We learn baby step together" "I'm not that strong" "So I'll be your transformer. The electromagnetic induction will supply everything for U...