"Ish mana pulak ic aku ni?" Soalku dalam keadaan cemas. Kad pengenalan kut! Sape je yang tak cemas. Satu persatu handbagku dicheck. Tapi masih tidak dijumpai. Mata dipejamkan, mencuba untuk mengingati dimana kali terakhir aku membawa kad pengenalanku itu.
"Sumpahla Sara!" Aku menjerit kecil tatkala aku mengingatinya. Pantai! Aku menyelitnya di bawah kasut, risau jika terjatuh ketika aku ralit bermain air.
Aku ingat dimana aku memakai kasut dan berlalu pergi begitu sahaja tatkala notification daripada abah masuk. "Balik."
"Aduuu. Takkan la aku nak pergi pantai tu. Tak pasal pasal mengamuk pulak orang tua tu nanti." Sudahla harini hari ahad. Sah sah la abah ada dekat rumah. Aku menggigit ibu jari tanganku. Pelbagai idea yang difikirkan tetapi tiada satu pun yang masuk akal.
"Takkan la aku nak cakap dekat abah pasal ic tu? Arghh gila, memang mengamuk teruk la orang tua tu nanti."
"Kalau aku pergi pantai senyap senyap? Ish tak boleh tak boleh." Aku menggeleng kepalaku laju. Otak masih ligat memikirkan cara untuk kepantai.
"Think Sara think." Omelku seorang diri.
"Haaaaa kita tengok keadaan dulu macam mana." Aku memetik jariku tatkala idea menerjah masuk kedalam otak.
Kaki diayun laju menuruni anak tangga menuju keruang tamu. Kosong. Aku berlalu menuju kearah dapur pula. Masih sama. Kosong. Aku terus sahaja melangkahkan kakiku untuk mengintai dibahagian garage kereta. Kosong. Bibirku terus sahaja mekar dengan senyuman.
Aku terus sahaja melangkahkan kakiku laju menuju kearah pantai. Aku perlu mencari kad pengenalanku itu sebelum abah dan ibu tiriku balik. Sesampai disana aku terus sahaja mencari cari di kawasan pantai. Tetapi malangnya, tiada.
"Aduuu takkan la ada orang amik kot." Omelku seorang diri. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Helaian rambut yang berada dipipiku itu diselit kebelakang telinga. Badan ditundukkan sedikit. Mencari dikawasan tepi kerusi batu panjang.
"Cari apa?" Suara garau yang menerjah halwa telingaku itu membuatkan aku memusingkan badanku menghadapnya. Bukan disebabkan soalan yang dilontarkan, akan tetapi kerana suara garaunya yang membuatkan aku terpukau. Aku terkaku sebaik sahaja anak mataku memandang tepat kearahnya.
"Fictional character ke ni?" Bisikku didalam hati.
Anak matanya menikam lembut anak mataku disaat mata kami bersabung. Kelopak mata langsung tidak dikerdipkan. Aku sekarang sedang berada didalam dunia khayalan ku sendiri. Sedang menganalisis dirinya yang mempunyai badan yang tegap dan ketinggiannya mungkin dalam 180 keatas. Aku yang berketinggian 157 ini hanya sekadar batas bahunya sahaja dan aku perlu mendongakkan kepala bagi memandangnya. Otakku terus sahaja ligat memikirkan tentang badannya......
"Ini kalau body sado cenni....mesti ada sixpack kan?" Soalku kepadanya. Dia mengerutkan dahinya tatkala tanganku naik mencocok cocok perutnya. Mungkin pelik akan kelakuanku itu.
Tangan halusku dicengkam lembut olehnya, membuatkan aku automatik mendongakkan kepalaku memandangnya.
"Dah puas raba orang?" Soalnya dengan mata yang masih menikam anak mataku.
Aku tersengih persis kerang busuk. Malu!
Dia menarik nafasnya dalam. Tangan yang tadinya mencengkam tanganku kini dimasukkan kedalam poket baju kemeja hitamnya. Seperti mengambil sesuatu.
Dia menghulurkan kad pengenalan yang berwarna biru muda itu kepadaku. Aku mengerutkan dahiku, tetapi tetap juga aku menyambut hulurannya itu.
"Macam mana ic saya boleh ada dekat—"
YOU ARE READING
HIS GIRL | C
FanfictionBagi seorang pembaca novel seperti Hawa Qaisara, memiliki seorang lelaki seperti 'fictional character' hanyalah suatu impian yang tidak akan tercapai. Tambahan pula kehidupannya yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kisah novel yang dibaca oleh...