"Haiyan, aku ada benda penting nak bincang."
Tengku Haiyan yang baru sahaja selesai mandi terus sahaja merebahkan tubuhnya ke atas katil. Mendengar bait kata yang ingin di sampaikan oleh Nadhir.
"Apa dia?" Soalnya sambil tangan sibuk bermain dengan rambut basahnya.
"Pasal arwah ibu dengan ayah tiri Hawa."
Tengku Haiyan bangun daripada perbaringannya. Wajahnya jelas kelihatan bengis.
Dia mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu.
Penumbuk digenggam. Kaki panjangnya dibawa melangkah ke merata tempat, sedang mengumpulkan kesabaran yang tinggi.
"So, apa rancangan kau? Dia dah makin melampau. Takkan kau nak diam je sekarang ni?" Nadhir bersuara kasar. Dia juga turut terkejut selepas mengetahui perkara di sebalik kemalangan ibu dan ayah tiri Hawa. Dia sendiri yang mencari tahu akan hal tersebut. Terkejut bukan kepalang di buatnya.
"Aku tak boleh bertindak sekarang, majlis aku dengan Hawa tinggal berapa hari je lagi." Tengku Haiyan meramas rambutnya kasar.
"Buatla keputusan yang terbaik, aku ikut je. Pasal wedding kau nanti, jangan risau, aku dah kerah anak anak buah aku dekat singapore untuk datang esok."
"Haiyan?"
"Eh mommy." Tengku Haiyan memberikan pengakhiran kata sebelum duduk dibirai katil bersama ibunya.
"Kenapa ni mommy? Nampak resah je hmm?"
Puan Aida mencapai kekura tangan anaknya.
"Kamu dengan Hawa ada bergaduh ke?"
Tengku Haiyan diam. Dia bangun daripada duduknya dan membuka pintu balkoni bilik. Angin malam yang menampar lembut wajahnya itu membuatkan dia merasa sedikit tenang.
"Haiyan..."
"Entahla mommy, Haiyan tak faham dengan perangai dia. Makin nak dekat dengan majlis, makin pelik Haiyan dibuatnya."
"Apa yang peliknya? Cuba bagitahu mommy, mana tahu mommy boleh bantu?" Ucap Puan Aida lembut.
Tengku Haiyan melepaskan keluhan berat sebelum berpaling menghadap ibunya.
"Hawa minta batalkan wedding kami."
"Astagfirullahal 'aziim." Mengucap panjang Puan Aida dibuatnya. Apa yang telah terjadi sehinggakan Hawa berubah fikiran sebegitu rupa?
"Apa yang dah jadi ni Haiyan?"
"Haiyan tak tahu, Haiyan pun pelik dengan perangai dia. Lepas aje umi Hawa masuk hospital, dia berubah. Dia jadi emosi macam dulu. Sampaikan Haiyan rasa..."
"Haiyan rasa fade up? Haiyan rasa nak batalkan wedding tu?"
Tengku Haiyan mengangguk lemah.
"Apa lagi yang Haiyan mampu buat mommy? Kalau itu yang dia nak, Haiyan ikutkan aje."
"Haiyan, mari duduk sini." Puan Aida menepuk lembut tempat disebelahnya. Tengku Haiyan hanya mengikutkan sahaja.
"Haiyan sayang Hawa?"
"Apa ni mommy." Tengku Haiyan pelik dengan soalan yang ditujukan kepadanya itu. Sudah semestinya dia sayang akan Hawa Qaisara.
"Haiyan, mommy tanya ni. Kamu sayangkan Hawa Qaisara? Kamu betul nak jadikan dia isteri kamu? Kamu dah sedia nak pikul tanggungjawap sebagai seorang suami?"
"Mommy..."
"Jawap mommy Haiyan."
"Ya. Haiyan sayang Hawa dan Haiyan dah bersedia untuk menjadi seorang suami."
YOU ARE READING
HIS GIRL | C
FanfictionBagi seorang pembaca novel seperti Hawa Qaisara, memiliki seorang lelaki seperti 'fictional character' hanyalah suatu impian yang tidak akan tercapai. Tambahan pula kehidupannya yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kisah novel yang dibaca oleh...