☆ BAB 13 ☆

612 40 1
                                    

"Saya minta maaf!" Aku terus sahaja membuka langkahku. Memulas tombol pintu bilik itu dan berlalu keluar begitu sahaja. Mengabaikan suara jeritannya yang memanggil namaku. Air mata yang bergenang dikolam mataku ditahan.

"Pelacur macam kau tak layak untuk dijadikan isteri! Dasar murah! Tempat kau tu sepatutnya dekat lorong bukan dekat sini!!"

"Sekarang kau keluar! Aku taknak duduk sebumbung dengan seorang pelacur!!"

Kata katanya itu masih terngiang ngiang ditelingaku. Kejadian itu baru sahaja terjadi semalam! Dan harini....aku perlu berhadapan dengannya lagi?!

"Eh Sara!" Aku hanya mengabaikan sahaja suara jeritan umi itu.

Aku hanya ingin keluar daripada klinik ini sebelum aku dihalau lagi seperti semalam! Pintu kereta dibuka dan ditutup rapat. Seperti biasa air mataku terlalu mudah untuk mengalir. Aku meletakkan kedua belah tangan dimataku. Menutupnya.

"Adik?" Suara ayah tiriku itu diabaikan sahaja.

"Adik? Kenapa pula dah ni? Cuba bagitahu umi."
Umi bertanya sebaik sahaja dia meloloskan diri kedalam perut kereta. Tetapi aku hanya mengabaikan sahaja pujukan umi itu.

Kepala diangkat. Sosok tubuh Doktor Haiyan yang berdiri disebalik pintu klinik itu dipandang. Aku tahu sekarang dia sedang memerhatikanku yang berada didalam kereta ini.

"Tolong bawa Sara pergi mana mana! Sara taknak duduk dekat klinik ni! Tolong la bawa Sara pergi dari sini." Aku merayu bersama air mata yang mengalir laju membasahi pipi.

"Okey papa bawa Sara pergi dari sini. Okey?"

Kepala dianggukkan. Aku melemparkan pandangan keluar tingkap. Sempat aku mengerling sekilas kearah Doktor Haiyan yang masih berada disebalik pintu kliniknya itu.

***
Aku memandang kearah ayah tiriku sebaik sahaja kereta ini berhenti.

"Pantai?"

Ayah tiriku itu menganggukkan kepalanya bersama senyuman manis yang terukir dibibirnya.

"Papa tahu. Adik mesti nak healing kan?"

Aku terus sahaja meledakkan ketawaku. Healing? Aku ingatkan budak budak remaja je yang reti bab bab healing ni. Tetapi aku tetap menganggukkan kepalaku dengan sisa tawa yang masih ada.

Pintu kereta dibuka dan aku melangkahkan kakiku laju kearah pantai. Kasutku telahpun aku tanggalkan dan tinggalkannya didalam kereta. Hanya memakai stokin dan berkaki ayam berjalan ke tepi pantai.

Titisan air hujan yang turun membuatkan aku mendongakkan kepala memandang ke arah langit. Aku tersenyum. Tangan didepakan dan kelopak mata dipejam rapat.

"Sara!"

"Hasnah. Biarlah. Biarkan dia tenangkan diri dia tu."

Sekarang ini semua orang sedang berlari kearah kereta untuk mengelakkan diri daripada hujan lebat ini. Tetapi tidak untuk aku. Aku tidak akan menyiakan nyiakan saat saat seperti ini.

Sebaik sahaja mataku dipejamkan, seluruh memoriku selama ini diulang tayangkan kembali.

Air mata dibiarkan mengalir.

Pelacur!

Dasar murah!

Mata dibuka. Kepala ditundukkan memandang pasir pantai. Hujan masih turun membasahi bumi membuatkan aku tidak mampu untuk memandang kearah pantai.

Salah aku juga. Aku yang mendedahkan auratku. Membuatkan aku hampir dirogol oleh Airil. Disebabkan itu juga abah memanggil aku pelacur! Dan disebabkan itu jugalah Doktor Haiyan menganggapku perempuan murah!

"Sara sedarlah! Fictional man ni tak wujud! Diaorang tu just imaginasi kita je!!"

Kata kata yang tiba tiba sahaja diluahkan oleh hatiku itu membuatkan aku sedar, bahawa fictional character itu hanyalah sekadar imaginasi yang diciptakan oleh manusia. Dan, dunia novel itu juga hanyalah sekadar imaginasi yang dicipta oleh manusia juga!

Sekarang aku sedar. Aku sudah melakukan kesilapan yang terbesar dalam hidupku. Menggoda Doktor Haiyan, kerana aku menganggapnya sebagai fictional man yang mampu membuatkan aku bahagia. Aku terlalu taksub akan novel dan dunia fantasi.

Yang lagi membuatkan aku sedar adalah kata kata yang dilontarkannya itu.

"Bukan kau sorang je yang pernah goda aku! Ramai. Then aku pun dah pernah tidur dengan diaorang semua!"

Aku mengeluh perlahan. Kesal akan tindakan yang telah aku lakukan!

"Tak! Aku tak boleh menyerah! Aku perlu teruskan hidup."

Kepala diangkat dengan mata dipejamkan. Membiarkan wajahku terkena titisan air hujan itu.

"Aku kena berubah! Sampai bila aku nak hidup dengan air mata?! Sampai bila?!"

Tangan dibawa meraut wajahku. Nafas ditarik dalam dan dihembus kuat.

Aku tekad. Aku tidak akan mengingati perkara yang membuatkan aku menangis lagi. Aku perlu kuat untuk diri aku sendiri!

"Kalau bukan kau yang ubah hidup kau, siapa lagi!" Aku menjerit kuat.

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!"

Aku menjerit sekuatnya. Melepaskan segala yang terpendam didalam hatiku ini.

Aku tersenyum. Lega!

Kaki dibawa melangkah kearah kereta. Pintu kereta dibuka dan plastik hitam yang berada diatas kerusi belakang dipandang. Dahi dikerutkan.

Mata memandang kearah umi dan ayah tiriku.

"Umi yang letak. Dah adik tu dah basah kuyup, takkan la nak bagi adik duduk atas sofa kereta kesayangan umi ni." Umi terkekeh lucu.

Aku hanya tersengih lucu dan terus sahaja aku meloloskan diri kedalam perut kereta. Sejuk!

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now