☆ BAB 4 ☆

800 47 5
                                    

"Kau termenung apa tu."soal Faiq.

Tengku Haiyan hanya mengerling sekilas kearah Faiq. Air green tea nya disedut sehingga separuh.

"Hmm. Aku dapat layan drama depan mata semalam."

"Drama? Drama apa?" Soal Faiq hairan. Setahunya Tengku Haiyan ni tak minat layan drama drama ni. Apatah lagi nak pergi tengok orang shoot drama depan mata.

"Kau ingat tak budak—"

Deringan iphonenya membuatkan dia tidak sempat melanjutkan ceritanya.

"Haihh!" Dengusnya kasar sebaik sahaja nama Elvina tertera pada skrin telefonnya. Ikon hijau diseretkan keatas.

"Hello? Haiyan you kat mana?" Soal wanita itu dihujung talian.

"Nak apa?"

"Ish you ni! Harini kan kita nak pergi tengok baju wedding kita. You lupa eh?"

Tengku Haiyan mengerutkan dahinya.

"Aku dah cakapkan aku busy. Kau nak aku ulang berapa puluh kali ni?" Suaranya sedikit meninggi. Geram akan sikap tunangnya itu.

"Halah takkan la tinggal kejap pun tak boleh? Lagi 3 bulan kut kita dah nak kahwin. You asyik tangguhkan je tau. Kalini i tak kira, i nak you teman juga i pergi pilih baju wedding kita."

"Suruh je la mommy temankan kau. Lagipun aku tak ada dekat Kelantan. Aku dekat Selangor. Ada hal yang nak kena settlekan." Panggilan terus sahaja dimatikan. Malas nak layan karenah tunangnya itu. Tengku Haiyan mengeluh perlahan.

"Kau pergi je la balik. Aku boleh je uruskan klinik tu dengan Affan." Faiq bersuara sebaik sahaja talian dimatikan.

Tengku Haiyan hanya mengendahkan tawaran yang diberikan oleh Faiq tadi. Dia bangun dari duduknya dan berlalu menuju kearah keretanya. Pintu dibuka dan dia terus sahaja meloloskan dirinya kedalam perut kereta. Faiq juga turut meloloskan dirinya sekali kedalam perut kereta itu. Keretanya meluncur laju diatas jalan raya menuju kearah kliniknya.

"Kasih!!!" Jerit Tengku Haiyan daripada dalam biliknya.

"Ye doktor!" Kasih menerpa kearah bilik Tengku Haiyan sebaik sahaja namanya diseru.

"Sapa yang kemas meja aku ni?" Tengku Haiyan menyoal dengan wajah bengisnya.

"Erk...saya tak tahu doktor."

"Tak tahu? Kau buta ke apa! Kau jaga kaunter dekat luar tu takkan tak nampak orang masuk bilik aku!"

"Saya yang kemas." Seorang wanita yang bertudung labuh melangkahkan kakinya kedalam bilik itu.

"Kau? Sapa yang izinkan kau kemas meja aku ni?" Tengku Haiyan mendekati Melissa yang berdiri disebelah mejanya.

"Saya kemas meja doktor tadi sebab nampak berselerak sangat." Jawapnya tanpa merasa bersalah.

Tengku Haiyan mengetap kuat rahangnya.

"Kau tu pembantu Affan je! Yang kau pergi kemas meja aku ni dah kenapa ?!!" Dadanya turun naik menahan marah.

"Doktor jealous eh? hihihi comel." Soal Melissa sambil tangannya naik menutup mulut. Sedang mengawal ketawanya.

"Kau merepek apa ni?" Tengku Haiyan menayangkan wajah geli. Dahi dikerutkan.

"Eleh cakap jela doktor jealous kan sebenarnya sebab saya kerja dibawah Doktor Affan?" Soalnya lagi. Kalini mata dikerdipkan beberapa kali . Cuba untuk menunjukkan kecomelannya.

"Aku bagi kau warning lagi sekali eh! Kau sentuh barang barang aku atas meja tu aku heret kau pergi markas! Faham!!" Tengking Tengku Haiyan yang sedari tadi hanya menahan sabar. Tangannya naik menunjuk kearah batang hidung Melissa. Seperti memberi amaran.

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now