☆ BAB 44 ☆

439 13 0
                                    

banggg !

"Hawa!!!"

Semua orang mula menjerit. Suasana masjid huru hara. Semua melarikan diri keluar daripada masjid. Tetapi meninggalkan beberapa orang bersama pasangan yang baru sahaja di satukan.

"Hawa!" Tengku Haiyan meraung. Wajah isterinya dibawa ke dada bidangnya.

"No Hawa, please no!" Menggeleng laju dia dibuatnya. Dada kanan isterinya di pegang bagi menghentikan darah yang mula mengalir keluar.

Kelopak mata aku kerdipkan beberapa kali. Mulut ku terkumat kamit memanggil namanya.

Tengku Haiyan tersentap. Wajah pucat Hawa dipegangnya kedua dua belah. Bibirnya menggigil hebat. Allahuakbar!

"Hawa, Hawa..." Dia menggeleng bersama air matanya yang jatuh ke wajah pucat isterinya. Baru sahaja tadi dia bergelak ketawa bersamanya.

"Ab...abang," Aku tak mampu menahan rasa sakit di dada kananku. Nafasku bagaikan tersekat di kerongkongku.

"Call ambulans!!" Tengku Haiyan meraung kuat.

"Abang bawa sayang pergi hospital ya?"

Aku menggeleng lemah. Tiada gunanya lagi. Aku tak rasa aku mampu untuk melawan rasa sakit ini.

Aku menyentuh matanya, turun kepada hidung dan berakhir di bibirnya. Aku tersenyum tawar.

"Abang...maafkan Hawa." Aku meletakkan jemariku di wajahnya.

"Hawa..." Tengku Haiyan tidak mampu berkata apa. Dia terlalu terkejut akan kejadian ini. Semuanya berlaku secara mengejut.

"Ab...abang..."

"Iya sayang," Tengku Haiyan tersengguk sengguk bersama air matanya.

"Ampuni Hawa bang, maafkan Hawa." Aku menarik nafas dalam.

"Terima kasih sebab sentiasa bersabar dengan Hawa, terima kasih sebab tak pernah benci Hawa."

"Hawa..." Puan Aida duduk bersimpuh di sisi Hawa. Begitu juga dengan Hana, Riana dan Sara. Sama sama melepaskan esakan.

"Hawa kita pergi hospital nak..." Puan Aida mengelus lembut wajah menantunya.

Aku memandang setiap wajah mereka. Mata semua merah bersama air mata.

"Hawa, Hawa tak ada salah dengan abang sayang, abang tak pernah ambil hati. Kita pergi hospital ya?" Tengku Haiyan ingin bangun bersama Hawa di dalam dukungannya.

Aku menggeleng, belum sempat dia ingin bangun, aku menahan tangannya.

"Izinkan Hawa pergi abang."

"No! Hawa merepek apa ni?!" Tengku Haiyan mencium dahi isterinya.

"Haiyan," Tengku Haqeem menyentuh bahu anaknya.

"Tak daddy, Haiyan taknak hilang Hawa. Please sayang jangan tinggalkan abang!" Tengku Haiyan meraung seorang diri.

Aku menutup mata, menahan rasa perit di dadaku.

"Tengku Haiyan...maafkan saya." Aku menahan tangis. Allahuakbar...

Dia menggeleng lagi.

"No please sayang,"

"Tengku Haiyan Mikael, jaga diri awak."

"Izinkan saya pergi...cinta mati Hawa Qaisara..."

Sementa itulah, jari jemari Hawa jatuh ke sisi tubuhnya. Sempat kalimah syahadah meniti dibibirnya. Tengku Haiyan kaku. Tubuhnya mengeras.

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now