☆ BAB 18 ☆

689 40 6
                                    

"Omg!! Cantiknya!" Elvina tersenyum gembira. Hatinya berbunga bunga dengan kelakuan Tengku Haiyan yang semakin lama semakin menyayangi dirinya. Sepanjang persiapan perkahwinan mereka, Tengku Haiyan tidak pernah membiarkan Elvina menguruskan persiapan seorang diri. Dan malam ini pula Tengku Haiyan mengajaknya untuk dinner bersama.

Elvina melangkahkan kakinya kedalam tandas. Dia ingin tampak lebih cantik dihadapan Tengku Haiyan malam ini.

Hiasan kelopak bunga rose merah yang ditaburkan diatas katil itu membuatkan Affan mengerutkan dahinya.

"Dah kenapa bunga bertaburan atas katil ni?"Affan mengomel seorang diri.

Baju kemejanya dibuka dan dilemparkan begitu sahaja. Membuatkan tubuh sasanya itu terdedah.

Dia melabuhkan punggungnya dibirai katil. Rambutnya itu diserabaikan. Dia rimas! Fikirannya serabut memikirkan tentang kekasih hatinya itu! Sejujurnya dia tidak rela membiarkan Elvina berkahwin dengan Tengku Haiyan. Tetapi apakan daya, Tengku Haiyan adalah sahabatnya. Dia tidak ingin menghancurkan tali persahabatan mereka semata mata untuk memuaskan hatinya sahaja!

Rahang diketap kuat. Mengawal emosinya yang membara bagaikan gunung berapi yang ingin meletus apabila dia teringat akan aksi mesra yang ditayangkan oleh Elvina dan Tengku Haiyan itu tadi.

"Arghhhhh sial!!" Cadar tilam ditariknya kuat.

Elvina tersentap. Suara lelaki yang bergema didalam bilik itu membuatkan dia keluar daripada tandas.

Tubuhnya mengeras. Melihatkan susuk tubuh lelaki yang sangat dikenalinya.

Bunyi daun pintu yang dibuka itu membuatkan Affan memandang kearah sana. Dahi dikerutkan. Kepala dibelokkan sedikit dengan lidah yang dibawa menolak isi pipi dari dalam.

"Aff...Affan?" Soal Elvina dalam keadaan takut. Melihatkan wajah bengis Affan itu membuatkan dirinya mengundur ke belakang. Apatah lagi tatkala dia tidak melihat sosok tubuh Tengku Haiyan. Hanya mereka berdua sahaja didalam bilik hotel itu. Air liur ditelan kesat.

Affan menaikkan hujung bibirnya. Memandang wajah takut Elvina itu membuatkan dia mengilai kuat. Kakinya dibawa melangkah setapak demi setapak. Mendekati tubuh Elvina yang sedikit menggigil. Entah apa yang merasuki dirinya, dia menarik kasar lengan Elvina sebelum menolaknya ke birai katil. Membuatkan Elvina menjerit kecil. Terkejut dengan kelakuan Affan yang seperti hilang kawalan.

"Aff..Affan you nak buat apa ni?!!" Tengking Elvina kuat tatkala melihatkan Affan yang membuka tali pinggang seluarnya dan dibaling ke merata tempat.
Tubuhnya menggigil hebat. Air mata mula mengalir membasahi pipinya. Dia tiada cara lain melainkan menjerit meminta tolong.

"Haiy..." Pantas Affan menyatukan bibir mereka. Membuatkan Elvina tidak sempat untuk meminta tolong.

Bammm

"Elvina Luffya!!" Suara jerkahan itu membuatkan Elvina dan Affan tersentap. Pantas Affan bangun daripada menindih tubuh Elvina. Dia bagaikan baru tersedar!

"Ha..Haiyan...I ca...can explain."

"Explain? Explain apa! Semua dah jelas terbukti!"

"Haiyan, pleaseee....percayakan i! Sumpah i tak curang belakang you Haiyan pleaseee percaya—"

Pangggg

"Haiyan!!" Affan menolak kuat bahu Tengku Haiyan. Tidak berpuas hati dengan kelakuan sahabatnya itu.

Elvina memegang pipi kanannya yang terasa perih akibat tamparan yang cukup kuat itu.

Air mata kini mengalir lebat membasahi pipinya.

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now