☆ BAB 25 ☆

719 33 0
                                    

Gigiku ketap sekuat mungkin. Melihatkan aksi mesra yang ditayangkan didepan mataku sekarang ini!

"Okey la doktor, lama pula kita berborak sampai tak ingat dunia. Saya minta diri dulu la ye. Jangan lupa makan nasi lemak tu, penat saya masak. Bye doktor! Assalamualaikum." Usai menghabiskan kalimah kalimah syahdu untuk Doktor Haiyan itu terus sahaja wanita muda itu berlalu pergi.

Aku pula cepat cepat memasuki bilik mutiara yang di dudukiku itu. Harini, hari terakhir aku disini.

Mendengar sahaja pintu bilikku itu dikuak daripada luar, terus sahaja aku berpura pura mengemas pakaianku kedalam beg.

"Ehem!" Doktor Haiyan berdeham kuat. Ingin menarik perhatianku kepadanya. Tetapi aku langsung tidak berpaling memandangnya. Hanya menayangkan riak wajah beku ku.

"Erm...umi pergi mana?" Soalan yang dilontarkannya itu membuatkan hatiku panas. Terus sahaja aku menyemburnya.

"Umi? Umi tu ibu saya kenapa pula doktor nak panggil dia umi?!"

"Hawa? Kan mak awak yang suruh saya panggil dia umi?" Beritahunya dengan nada lembut. Entah mengapa tiba tiba sahaja panggilannya berubah menjadi awak, saya.

"Then semua tu tak bermakna doktor boleh panggil dia umi! Saya jijik dengar panggilan tu keluar daripada mulut doktor!!" Aku tersentap. Terkejut dengan kata kata yang dilontarkan oleh diriku sendiri.

"Jijik? What do you mean Hawa?" Soalnya pelik. Langkahnya dibawa merapatiku. Bekas yang berisi nasi lemak dan satu beg biru kecil diletakkan diatas meja sebelah katil.

Aku langsung tidak membalas soalannya itu. Bangun dan ingin berlalu pergi.

"Hawa..." Dia memegang pergelangan tanganku sebelum aku merentap kasar tanganku itu.

"Boleh tak jangan sentuh aku?!! Kau ni memang tak faham bahasa kan!" Tengkingku kuat. Membuatkan dia tersentap. Bukan dia sahaja, aku juga turut sama tersentap. Mengapa aku terlalu emosi sekarang ini?

"Hawa...awak kenapa?"Degupan jantung Tengku Haiyan bagaikan ingin berhenti berdetak tatkala suara Hawa memetir kuat.

"Kenapa kau tanya aku?!!" Aku tersenyum sinis memandangnya.

"Sebab kau tu jantan tak guna!! Kau cakap aku pelacur padahal kau tu yang kaki betina!!!"

"Hawa! Jangan nak fitnah orang sesuka hat—"

"Fitnah apanya?! Memang betulkan kau kaki betina! Kau lupa ke apa yang kau cakap dekat aku dulu?!"

Tengku Haiyan diam. Tersentap dengan kenyataan yang dilontarkan oleh Hawa itu. Kejadian dimana dia menghina Hawa dulu mula bermain dibenak fikirannya.

"Allahu akbar Hawa..." Dia meraup kasar wajahnya sebelum memegang kedua belah lenganku.

"Apani?! Aku dah cakapkan jangan pegang aku! Lepaslah!!!" Aku meronta sekuat hati, hatiku panas dengan kelakuannya itu.

"Hawa...listen. Apa yang saya cakap dulu tu semuanya tak betul."

"Assalamualaikum." Doktor Haiyan melepaskan pegangannya pada lenganku sebaik sahaja tubuh tua umi memasuki bilik mutiara ini.

"Waalaikumussalam." Sahutnya. Aku hanya diam memerhati gerak gerinya.

Doktor Haiyan tersengih tawar memandang umi sebelum mencapai beg dan bekas yang diletaknya diatas meja tadi.

"Erm...Hawa dah boleh balik. Umi nak minta izin bawa dia balik sekarang boleh ke?" Aku mengerutkan dahiku pelik.

"Dah kenapa pula umi nak minta izin dengan dia? Dia tu sapa?" Soalku geram.

"Adik..."

"Takpe umi." Doktor Haiyan tersenyum manis memandang umi. Membuatkan aku merenungnya tajam.

"Hawa...ni saya ada belikan telefon untuk awak. Yela telefon Hawa kan haritu dah rosak sebab excident. Semua tu salah saya." Ucapnya lembut dan menghulurkan kotak putih yang dikeluarkan daripada beg biru kecil ditangannya. Sejujurnya Tengku Haiyan berasa kek kok untuk menggelarkan dirinya saya, tetapi apakan daya, dia tetap ingin mencuba. Nampak sedikit lembut apabila dia berkomunikasi dengan Hawa begitu.

"Aku taknak!" Terus sahaja aku melibas kuat kotak telefon ditangannya.

"Sara!" Umi menengkingku kuat.

Tengku Haiyan tersentap. Apa yang dia dah buat sampai Hawa layan dia sebegitu rupa?

"Sara ni kenapa? Umi tak pernah ajar Sara biadab macam ni!" Suara umi memetir kuat. Lenganku dicubitnya kasar.

Tengku Haiyan mengeluh kasar.

"It's okay umi. Mungkin Hawa stress. Yela perempuan ni kadang kadang hormon tak stabil." Dia tersenyum manis memandangku tetapi aku hanya menjelingnya sahaja.

"Hmm...takpela kalau macam tu. Umi minta maaf ye Haiyan. Umi minta diri dulu." Lenganku ditariknya kasar. Satu beg galas yang berisi bajuku digalas dibelakang tubuhku.

"Eh kejap. Ni..." Huluran bekas yang dihulurkan kepadaku itu membuatkan api kemarahan didalam diriku semakin panas membara. Diambilnya bekas ditangannya dengan senyuman yang diukirkan. Dia juga turut sama tersenyum manis kepadaku.

"Terima kasih." Ucapku kepadanya sebelum berjalan kearah pintu dan...

Krakkk

Penutup bekas dibuka dan dengan serta merta aku menuangkan nasi lemak itu kedalam tong sampah yang berada disebelah pintu.

Tengku Haiyan yang masih bersama senyuman lebarnya kini sudah berubah riak. Terkejut dengan tingkah laku Hawa itu.

"Astaghfirullahaladzim Sara!!" Jerit umi kuat. Sekali lagi lenganku ditamparnya kasar.

Aku tersenyum sinis memandang wajah Doktor Haiyan yang sudah berubah riak.

"Why? Terkejut?" Kaki dibawa melangkah merapatinya.

"Hawa?" Dia menyebut nama Hawa dengan nada yang tidak percaya. Lebih kepada kecewa!

"Apa?! Kau bagi makanan yang betina tu bagi dekat kau, then sekarang kau bagi nasi lemak tu dekat aku? Kau ingat aku nak makan ke makanan haram tu?! Entah duit halal ke haram yang betina tu guna untuk masak nasi lemak tu!!!"

"Oh! Mungkin duit yang kau bayar untuk jadi perempuan simpanan kau?" Soalku sinis. Aku nampak rahangnya yang bergerak gerak dengan urat yang timbul dilehernya.

"Sara! Kamu merepek apa—"

"So sebab ni la awak tiba tiba berubah?" Dia tersenyum sinis memandangku. Menikam tajam kedalam anak mataku.

"Damn it. Are you jealous Hawa Qaisara?"

"Jealous?" Aku melepaskan tawa sinisku.

"Buat apa aku nak jealous dengan jantan macam kau? Jantan yang tak cukup satu! Memang patutla tunang kau tu dulu curang dengan kau, sebab perangai kau yang tak semeng—"

Pangg

"Umi!" Tengku Haiyan tidak berpuas hati dengan cara Puan Hasnah yang menaikkan tangannya terhadap Hawa. Benda boleh berbincang dengan cara baik, tidak perlu untuk melukakan Hawa kerana itu bakal menambahkan lagi bara didalam hatinya.

Aku terdiam. Pipi yang terasa perih dipegang.

Tengku Haiyan mengetap rahangnya kuat melihatkan air mata yang mengalir diwajah mulus Hawa. Tengku Haiyan tahu, sekarang ini Hawa sedang datang bulan yang membuatkan emosinya tidak stabil. Dia masih ingat dimana Hawa menyuruh sahabatnya, Sara Mikayla untuk membelikannya tuala wanita. Disebabkan itulah dia tidak ingin berkasar dengan Hawa. Walaupun Hawa tidak datang bulan sekalipun, dia tidak akan pernah melukai seorang wanita yang bernama Hawa Qaisara.

Cukuplah! Cukuplah dulu dia sudah melukainya, tidak sanggup lagi dia ingin melukai hati gadis kecil itu, kerana...kerana dia terlalu menyayangi Hawa Qaisara. Salah satunya wanita yang mampu membuka pintu hatinya. Salah satunya wanita pertama yang mengisi hati bekunya dan salah satunya wanita yang dia sanggup mati demi memilikinya.

Make her mine is one of my duties.

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now