"Diaorang semua tu sape?" Soalku sambil memandang rahang tajam Doktor Haiyan yang sedang memandu kereta audi hitamnya.
Tengku Haiyan memandang sekilas kearah Hawa yang sedang duduk bersila di atas kerusi penumpang disebelahnya.
"Entah." Balasnya ringkas. Aku pula mengerutkan dahiku pelik. Dia ingat aku percaya?
"Awak mafia ke?" Soalan yang disuarakan oleh Hawa itu membuatkan Tengku Haiyan diam tak bersuara. Walaupun jantungnya berdetak begitu laju, tetapi dia cuba untuk beriak biasa.
"Doktor?"
"Awak ni banyak sangat baca novel Hawa. Terpengaruh sangat dengan dunia fiction." Tengku Haiyan mengerling sekilas ke arah Hawa yang diam tidak bersuara.
"Ha muncung la muncung mulut tu. Cium kang!"
Pap !
"Adoii! Ya Allah Hawa!" Tengku Haiyan menggosok lengan sasanya yang menjadi kekejaman tangan halus Hawa Qaisara. Hawa pula berpaling ke arah luar tingkap. Merajuk!
"Eleh, merajuk la tu. Saya cakap benda betul Hawa, apa yang awak baca dalam novel and wattpad tu, tu semua imaginasi yang dicipta oleh manusia sendiri. Jangan terlalu—"
"Suka hati saya la! Saya minat dekat fictional character sebab diaorang tahu macam mana nak jadi jantan untuk perempuan yang dia sayang! Bukan macam lelaki real life! Tak gentleman langsung! Huhhh!" Aku menjelingnya tajam. Tangan dibawa memeluk tubuh.
Tengku Haiyan menyimpan senyumannya. Bibir bawah digigitnya perlahan sebelum berpaling kearah cermin sisi kereta.
Dahinya terus sahaja berkerut seribu. Kini, matanya memandang cermin kereta, 3 buah kereta berwarna hitam sedang mengekori mereka berdua.
"Ada lagi?" Dia mengetap rahangnya kuat. Dipandangnya Hawa yang sedang memandang ke arah luar tingkap.
"Hawa. Liste—"
Banggg !
"Arghhh!!" Aku menutup kedua belah telingaku tatkala bunyi tembakan yang kuat menerjah gegendang telinga. Jantungku berdegup kencang kerana dapatku rasakan kereta yang dipandu Doktor Haiyan ini dengan serta mertanya berhenti dengan mengejutnya.
Perlahan lahan, kelopak mataku buka dan sementa itulah pandangan kami bersabung.
Tengku Haiyan mengetap rahangnya kuat. Dia yang sedang melindungi tubuh kecil Hawa dengan tubuh sasanya itu kini beralih ke tempat asalnya. Terkejut bukan kepalang tatkala kereta honda hitam melepaskan pelurunya kearah tubuh kecil Hawa, menyebabkan dia dengan serta merta memutarkan stereng kereta ke arah kiri.
Kini, dia tiada pilihan. Keretanya sudahpun berlanggaran dengan pengadang jalan, asap yang keluar daripada bumper kereta dipandangnya sekilas sebelum berpaling ke arah luar tingkap.
"Ap...apa yang dah jadi?" Soalku cemas. Melihatkan beberapa buah kereta hitam yang mengepung kereta audi Doktor Haiyan ini membuatkan debaran pada jantungku semakin berombak laju.
"Hawa. Listen. Awak stay dalam kereta, jangan keluar sampai saya suruh awak keluar. Faham?"
"Tapi kenapa?!" Soalku bengang. Dia nak suruh aku duduk dalam kereta ni seorang diri? Then dia? Keluar sorang sorang? Gila ke?!
"Hawa...please, dengar cakap saya."
"No! Saya tak setuju. Kita keluar sama - sama. Kalau kita-"
Banggg !
"Arghh!" Tengku Haiyan mengetap rahangnya kuat.
Aku terdiam. Terkejut bukan kepalang tatkala bahu kanan Doktor Haiyan terkena tembakan peluru daripada luar tingkap kereta. Kini, cermin kereta pemandu sudahpun retak seribu.
"Shit!" Tengku Haiyan mengeluh kasar. Belum sempat Tengku Haiyan mengeluarkan telefon bimbitnya, dengan serta merta, musuhnya memecahkan tingkap keretanya yang sudahpun retak seribu tadi. Membuatkan Tengku Haiyan pantas melindungi tubuh kecil Hawa.
"Doktor...saya takut." Lengan sasa Doktor Haiyan aku pegang seerat mungkin.
"Hawa. Please, listen to me. If i said run, you need to run. Pergilah sejauh mana awak boleh pergi. Please, selamatkan diri awak dulu."
"How about you?" Soalku sedikit menggigil.
"Keluar!!"
Mataku tutup serapat mungkin. Air liur ditelannya kesat.
"Don't worry about me, just go. Now!" Pintu kereta disebelah penumpang dibukanya kasar dan dengan serta mertanya tubuhku ditolaknya lembut.
"Doktor..."
"I said go Hawa Qaisara!" Air mataku menitis laju. Dengan hati yang tak rela, aku membuka langkah, meninggalkan Doktor Haiyan yang sudahpun keluar berhadapan dengan musuhnya itu.
Aku tak tahu mana hala tujuku, kerana sebaik sahaja keluar daripada perut kereta, mataku hanya menjamah hutan tebal. Tapi, kenapa tiada seorang pun yang mengejarku?
Aku meliarkan mataku ke sekeliling kawasan hutan. Langit yang semakin gelap dipandangnya takut. Ya Allah, tolong aku.
Kaki dibawa melangkah tatkala melihatkan sinaran lampu yang cerah menyuluh mataku. Aku mengecilkan mataku.
"Nampak macam rumah." Gumamku seorang diri. Tetapi, makin aku melangkah kearah rumah itu, makin jauh pula rasanya.
Auch !
Kepala ditundukkan, memandang paku yang tercucuk pada tapak kakiku.
"Auchh sakitny—"
Pap !
"Arghhhh!!"
"Hawa?"
"Hawa!! Hey Hawa!"
Dengan serta merta mataku terbuka luas. Jantungku berdetak laju. Anak mataku bersabung dengan si dia.
"Are you okay Hawa Qaisara? Mimpi apa sampai menangis macam ni hmm?"
"Saya dekat mana ni?" Soalku pelik. Masih tak mampu untuk menganalisis keberadaanku sekarang ini.
"Awak ada dalam bilik saya."
"Hah?!" Mataku serta merta terbuka luas. Bilik dia? Gila ke apa?!
"Dekat hospital sayang." Terang Tengku Haiyan tatkala melihatkan wajah cuak Hawa Qaisara.
"Ouhh." Aku menghembuskan nafas lega.
"Kita dua je ke?"
"Aiii Hawa, mentang mentang la si Haiyan tu handsome, awak tak nampak dah saya dekat sini?"
Aku memusingkan tubuhku sedikit. Mencari si pemilik suara yang sangat kukenali itu.
Doktor Affan!
"Eh doktor!" Dah agak, dengar suara pun aku dah tahu siapakah gerangannya.
Dia terkekeh lucu sebelum bangun daripada duduknya dan berjalan merapati sofa empuk yang diduduki ku sekarang ini.
"Mimpi apa? Teruk awak mengigau tadi." Memikirkan tentang soalan yang dilontarkannya itu, membuatkan seluruh tubuhku menggigil kecil. Bayangkan jika kejadian tadi betul betul berlaku? Allahuakbar, tak sanggup aku.
"Hawa?"
"Saya mimpi ada orang nak serang doktor." Bagitahu ku kepada Doktor Haiyan.
Tengku Haiyan terkekeh lucu.
"Ouuu, biasala tu, awak terkejut dengan kejadian yang berlaku dalam lift tadi."
"Lift?" Soalku pelik sebelum akhirnya aku mengangguk seorang diri.
"Awak taknak tanya sapa diaorang tu semua?" Pantas aku menggelengkan kepalaku laju. Tidak mengapalah, aku bukannya sejenis yang sibuk ingin tahu tentang kehidupan orang. Mungkin ada kesalahfahaman yang berlaku.
YOU ARE READING
HIS GIRL | C
FanfictionBagi seorang pembaca novel seperti Hawa Qaisara, memiliki seorang lelaki seperti 'fictional character' hanyalah suatu impian yang tidak akan tercapai. Tambahan pula kehidupannya yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kisah novel yang dibaca oleh...