☆ BAB 23 ☆

595 38 2
                                    

Kelopak mata yang terasa berat dibuka perlahan lahan. Cahaya lampu yang samar samar membuatkan aku mengerdipkan mataku beberapa kali. Tanganku naik memegang kepala yang terasa berat.

"Apa benda ni?" Aku meraba raba kain yang membaluti kepalaku. Bukan itu sahaja, ada juga kain yang membaluti kepalaku daripada atas kepala sehingga bawah daguku. Membuatkan aku tidak mampu menggerakkan rahangku bebas. Balutan kain itu tersangat la kemas.

Mataku meliar memandang sekeliling. Membuatkan aku tersentap. Kepalaku terasa berdenyut denyut. Mencuba mengingati kembali apa yang sudah terjadi kepadaku.

"Arghhhhhh!!!" Kedua belah tanganku naik memegang sisi kepala.

"Kenapa? Kenapa aku tak ingat apa apa ?!" Aku menjerit kuat. Bantal dilemparkan ke sudut bilik. Macam mana aku boleh ada dekat hospital ni? Apa yang dah jadi?

Aku bangun dan menerpa kearah pintu. Tetapi langkahku terhenti tatkala infus yang bersambung pada kulit tanganku itu terasa seperti tersangkut. Aku melibas kuat tanganku, meronta ronta untuk melepaskan cantuman wayar pada tanganku.

"Hawa!" Suara yang menjerit memanggil namaku itu diabaikan. Aku masih mencuba melepaskan diri.

"Hey hey! Awak buat apa ni Hawa!" Dia memeluk erat tubuhku. Membuatkan aku diam seketika. Entah mengapa tiba tiba sahaja terasa tenang. Tetapi tidak lama sebelum aku mengangkat muka memandangnya. Mataku serta merta membulat.

Doktor Haiyan? Walaupun keadaannya sedikit serabai, dengan rambut yang tidak terurus serta raut wajahnya yang pucat itu, masih cukup untuk aku mengecamnya.

Aku menolak tubuhnya kuat. Tetapi dia malah semakin mengeratkan pelukannya terhadap tubuhku.

"Lepaslah! Jangan sentuh aku!! Lepas!!" Aku meronta sekuat hati ingin melepaskan diriku daripada pelukan eratnya. Tetapi sejujurnya aku menginginkan pelukan hangatnya kerana...kerana aku masih mencintainya. Hatiku berbelah bagi. Aku menginginkannya tetapi ego mengusai diri.

"Hawa...please jangan macam ni..." Dia menggosok belakang badanku sebaik sahaja aku diam didalam dakapannya. Dapatku dengar esakan halus yang keluar daripada celah bibirnya.

Dia meletakkanku kembali keatas katil. Sunyi. Mata kami bersabung. Lama. Cukup lama. Sehinggalah aku memandang kearah seluarnya yang sedikit terkoyak dibahagian lutut. Terus sahaja aku memalingkan wajahku kearah lain. Bibir bawah aku gigit perlahan.

"Why hmm?" Dia menyoal dengan nada paling seksi. Membuatkan aku menggigit bibir bawahku kuat. Malu! Aku tahu, aku tahu dia ingin memberitahu tentang kejadian semalam.

"It's okay Hawa. Anggap je aku tak dengar apa yang kau cakap dua hari lepas." Dia tersengih nakal memandangku. Tetapi aku langsung tidak tersenyum kearahnya. Malah mengajukan soalan pelik kepadanya.

"Dua hari?" Soalku bingung.

"Yaa....dua hari. Kau tak sedarkan diri lepas excident malam tu."

Flashback

"Halah minyak pula nak habis. Macam macam la!" Tengku Haiyan menghentak kuat stereng keretanya. Pedal minyak ditekannya kuat. Dia ingin cepat sampai kerumahnya. Selekoh jalan kampung dimasuknya laju. Sudahla telefonnya tiada bateri, kereta pula tiada minyak, dengan siapa dia ingin meminta tolong. Minyak kereta yang berkelip kelip dipandangnya setiap saat.

"Arghh ngantuknya!!" Aku menguap perlahan. Kelopak mata yang hampir tertutup ditahan sekuat hati. Mataku benar benar layu dibuatnya. Habis sahaja kelas malam, terus sahaja aku memecut motorku laju. Disebabkan aku tidak mampu menahan lagi kelopak mata yang ingin tertutup, akhirnya ia tertutup dengan sendirinya.

Tetapi cahaya lampu yang menyuluh wajahku serta bunyi hon yang kuat menerjah gegendang telingaku itu....

"Allahuakbar!!" Tengku Haiyan menjerit kuat.

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now