☆ BAB 12 ☆

781 38 0
                                    

"Umi!" Aku terus sahaja menerpa kearah umi. Memeluk erat tubuh umi. Air mataku terus sahaja tumpah disaat aku berada didalam dakapannya. Terasa seperti seluruh beban yang ada dibahuku itu hilang.Tenang. Itu yang aku rasakan.

Kedua belah pipiku dicium bertubi tubi. Umi juga turut sama mengalirkan air mata.

"Ya Allah anak umi. Rindunya umi dekat anak bongsu umi ni!" Umi memeluk aku erat. Seerat eratnya.

"Kalau ya pun nak buat jejak kasih jangan la dekat sini. Masuk dulu dalam kereta." Ayah tiriku bersuara sambil tangannya mengangkat beg pakainku kedalam bonet kereta proton saga miliknya.

Aku tersenyum. Disebabkan perangai ayah tiriku ini lah yang membuatkan aku merasa seperti dia adalah ayah kandungku. Ayah tiriku ini lebih memahami aku berbanding abah.

Aku masih ingat dimana abah terus sahaja meloloskan dirinya kedalam perut kereta tanpa membantu aku mengangkat 3 buah beg pakaianku kedalam bonet kereta.

Seusai menunaikan solat fardhu subuh. Aku terus sahaja merebahkan badanku ke atas katil. Entah kenapa. Sekarang aku berasa tenang. Sakit pada area tubuhku juga terasa sedikit baik selepas umi meletakkan ubat. Cuma pada area dahi dan hujung bibir terasa pedih akibat terkena air wudhu' tadi. Umi kata ingin membawaku ke klinik esok, katanya takut terkena jangkitan kuman. Mungkin disebabkan luka pada dahiku ini terlalu teruk.

Boleh dikatakan aku merasa tenang sebaik sahaja kakiku menyentuh bumi Kelantan. Lebih lebih lagi sebaik sahaja aku berada didalam dakapan umi.

Aku tersenyum dan terus sahaja melelapkan diri. Mengantuk.

***
Splashhh

"Sapa yang hantar kau datang sini?!!" Tengku Haiyan menyoal sebaik sahaja dia menyimbah air longkang tepat pada muka musuhnya. Wajahnya cukup bengis. Membuatkan suasana markas itu nampak lebih menyeramkan.

"Saya...saya orang....saya oran..orang-"

Bammm

"Kau orang apa?!" Meja kayu disebelahnya itu dihentak kuat. Geram akan sikap musuhnya itu. Terlalu susah untuk memberitahu siapakah orang yang menghantarnya kemari.

"Megat!"

Tengku Haiyan mengerutkan dahinya. Kening dijongketkan sebelah.

"Megat? Megat Rayyan?"

"Ya. Dia! Dia la yang hantar aku dengan anak anak buah aku untuk serang markas ni!"

"Aku rasa kau dah boleh masuk maharaja lawak mega ni." Raees bersuara setelah lama memerhati.

Megat Rayyan. Dia adalah kawan baik mereka sejak mereka berada dialam remaja lagi. Cuma Megat Rayyan ini, dia lebih meminati offshore. Tidak berminat untuk mendapatkan gelaran doktor seperti kawan kawannya.

"Sumpah! Saya tak tipu! Memang dia yang hantar saya datang sini. Katanya saya perlu bunuh Tengku Haiyan!" Dia menentang mata helang Tengku Haiyan, tidak lama sebelum dia menundukkan pandangannya. Takut akan panahan mata yang diberikan oleh Tengku Haiyan.

"Is it that easy to kill me?" Smirk .

Kening dijongketkan sebelah. Menayang wajahnya yang tidak berperasaan.

Langsung tidak terkejut akan kenyataan yang diberikan oleh anak buah musuhnya itu. Bukan tentang siapa yang menghantarnya kemari, tetapi tentang siapa yang perlu dibunuhnya!

"Kill him."

Dia terus sahaja melangkah meninggalkan markas itu. Mengabaikan suara jeritan musuhnya yang meminta untuk dilepaskan.

***
"Sara?" Umi menepuk lembut pahaku. Membuatkan aku tersedar dari lamunanku.

"Termenung apa?"

Aku tidak membalasnya. Hanya mengukirkan senyuman manis kepada umi. Lagipun tidak perlu untuk aku jelaskan lagi, umi pasti tahu apa yang membuatkan aku mengelamun.

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now