"Dah ingat hmm?" Soalnya kepadaku. Aku hanya menayangkan riak wajah bersahaja sebelum memegang kepalaku yang terasa pening. Dahi dikerutkan seribu.
"Hawa? Kenapa ni?" Dia memegang kedua belah lenganku sebelum akhirnya aku jatuh didalam dakapannya. Kepalaku terletak helok di dada bidangnya.
Tengku Haiyan tersengih sinis. Rahang diketapnya kuat menahan ketawa yang bakal meledak. Melihatkan perangai Hawa yang suka berdrama.
"Ouhh pengsan ke ni?" Soalnya kepadaku dengan bibir yang tersenyum menahan rasa. Aku diam. Tidak membalas soalannya itu. Aku kan tengah pengsan ni! Ada ke patut dia tanya soalan macam tu?
Tengku Haiyan menggigit bibir bawahnya. Badannya terasa ingin bergetar kerana menahan tawa. Diangkatnya tubuh Hawa yang berada dibucu katil dan dibaringkan ditengah katil. Selimut ditarik menutup tubuh kecil Hawa.
Wajah mulus Hawa dipandangnya lama sebelum tersenyum gembiraz
"Alhamdulillah...aku bersyukur kepadamu ya Allah." Bisiknya didalam hati sebelum melangkah keluar daripada bilik mutiara itu.
Keluar sahaja daripada bilik itu, terus sahaja Tengku Haiyan meledakkan ketawanya sekuat hati. Tersentuh dengan telatah Hawa itu tadi. Tetapi dia tidak ingin membuat Hawa merasa malu, jadi dia ikutkan sahaja perangai Hawa yang suka berdrama itu. Sudahla excident tempoh hari Hawa meluahkan rasa cintanya kepada Tengku Haiyan. Terkekeh lucu Tengku Haiyan dibuatnya apabila mengingati kembali kejadian dua hari lepas.
Usai membersihkan dirinya Tengku Haiyan berlalu ke cafe yang berada di seberang jalan. Tetapi masih didalam kawasan hospitalnya.
"Uiiii!" Mendengarkan suara yang memanggilnya itu terus sahaja Tengku Haiyan mengangkat tangannya keudara. Menyapa Raees yang berada dihujung sudut bersama kembarnya, Nadhir. Usai membeli air nescafe panas untuk dirinya dan air bali sejuk kepada Hawa terus sahaja dia berjalan kearah makanan. Nasi goreng kampung menjadi pilihannya. Dibungkusnya dua bungkus nasi goreng dan berlalu kearah Raees dan Nadhir dimeja makan hujung sudut itu.
"Perghh! Kau tengok si Haiyan ni Raees, bukan main segak lagi dia harini!"
"Ye aku nampak. Bukan main lagi kau ye Haiyan. Dua hari kau tak mandi, tak makan duk jaga Hawa. Tup tup harini handsome kemain eh."
"Aku tahu! Ni mesti kes Hawa dah bangun kan?" Dengan itu serentak duaorang kembar itu tergelak sakan. Membuatkan Tengku Haiyan merenungnya tajam.
"Dah takde kerja lain ke nak buat sampai sibuk nak jaga dalam kain aku?" Usik Tengku Haiyan geram.
"Aik? Dalam kain? Bukan tepi ke? Istilah mana yang kau guna ni Haiyan?" Soal Raees pelik.
"Entahnya, kalau dalam kain kau, takde maknanya aku nak jaga. Jaga la kau sendiri." Usikan Nadhir itu mendapat tamparan kuat dilengan sasanya.
"Kotor betul cara kau bergurau!" Tengku Haiyan terus sahaja berlalu daripada situ. Lebih baik dia melayan Hawa yang suka berdrama daripada melayan perangai tak semenggah sahabatnya itu.
Lama Tengku Haiyan menunggu Hawa bangun daripada tidurnya. Eh pengsan!
"Hiyarghhh!!" Aku menggeliat kasar sebelum aku memandang ke sisiku kerana merasa seperti ada yang sedang memerhati. Terus sahaja aku tersentap. Aku bangun daripada perbaringan. Air liur ditelan kesat. Doktor Haiyan yang berada di sofa sebelah katilku itu sedang merenungku.
"Erkk...boleh tak kalau nak buat buat pengsan lagi?" Soalku didalam hati. Sekali lagi air liur ditelan sebelum sengihan lebar diberikan. Tetapi terus sahaja senyumanku pudar tatkala dia masih merenung kedalam anak mataku. Bibir bawah ku gigit perlahan. Kepala ditundukkan memandang selimut dan tangan menguis nguis selimutku itu.
Tengku Haiyan menahan tawa yang bakal keluar. Melihatkan tingkah laku Hawa yang persis budak kecil itu ingin sahaja dia mencubit cubit pipi mulus itu. Langkah dibawa merapati Hawa.
"Nak makan?" Suara garaunya menerjah gegendang telingaku. Lantas aku mengangkat wajah memandangnya. Bibir ku kemam rapat dengan kepala yang dianggukkan beberapa kali. Lapar!
Dia tersenyum manis memandangku. Membuatkan aku terpana.
"Okay, kalau macam tu, pergi mandi dulu. Busuk busuk mana boleh makan." Tangannya dibawa menutup hidungnya. Membuatkan aku menjelingnya geram. Ingatkan dia nak suapkan tadi, baru je nak manja manja!
Bunyi pintu yang dikuak membuatkan aku dan Doktor Haiyan memandang kearah pintu.
"Assalamualaikum." Serentak dengan itu, bibirku tersenyum gembira.
"Waalaikummussalam!" Aku mendepakan tangan kearah Sara yang turut mendepakan tangannya kepadaku. Hana dan Riana hanya tersenyum memandang aku dan Sara. Kuat drama!
Tengku Haiyan terkekeh lucu seorang diri memandang perangai Hawa yang tidak henti henti bercakap. Kalah burung murai dibuatnya!
Langkahnya dibawa keluar daripada bilik mutiara itu, tingkat 3 ditujunya. Alang alang berada di hospital ini, lebih baik dia memantau keadaan hospital.
Kliniknya yang berada di Kota Bharu, Kelantan dan Banting, Selangor sekarang ini sedang diubah suai, dan ianya mengambil masa yang sedikit lama untuk siap sepenuhnya. Mungkin dalam 5 atau 6 tahun. Dia ingin membesarkan lagi kliniknya itu. Lagipun tiada masalah baginya, sekurang kurangnya dia ada masa untuk menguruskan hospital dan kilang bakery ibunya nanti.
Affan dan Faiq pula bakal berpindah ke Kelantan. Bekerja di hospital bapa Tengku Haiyan ini. Memang disitu la permulaan mereka semua sebagai seorang doktor.
YOU ARE READING
HIS GIRL | C
FanfictionBagi seorang pembaca novel seperti Hawa Qaisara, memiliki seorang lelaki seperti 'fictional character' hanyalah suatu impian yang tidak akan tercapai. Tambahan pula kehidupannya yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kisah novel yang dibaca oleh...