☆ BAB 31 ☆

796 41 3
                                    

"Hawa?" Tengku Haiyan melambaikan tangannya dihadapan wajah Hawa tatkala melihatkan Hawa diam merenung cadar katil hospital.

"Saya minta maaf." Aku mengangkat muka memandangnya. Senyuman tawar diukirkan untuknya.

Tengku Haiyan tersenyum manis. Pertama kali, pertama kali dalam hidupnya mendengar suara lembut Hawa. Selalunya, Hawa pasti akan meninggikan suara terhadap dirinya.

"It's okay. Saya dah maafkan."

Entah mengapa jantungku berdetak laju. Mata kami bersabung. Lama. Cukup lama.

"Doktor." Kami berdua berpaling kearah pintu yang dikuak lebar.

"Ye?" Doktor Haiyan menjongketkan keningnya sebelah memandang lelaki berkot putih dihadapan pintu.

"Ada patients."

Tengku Haiyan mengerutkan dahinya pelik.

"Kenapa bagitahu aku?" Kini, aku pula yang mengerutkan dahiku.

Lah? Dia kan doktor. Apa punya soalan la. Bisikku didalam hati.

"Erk...Doktor Faiq yang suruh."

Tengku Haiyan mengeluh perlahan.

"Kenapa? Kan ada pesakit tu, pergi jela. Saya okey je." Ucapku lembut.

"Saya cuti. Saya nak uruskan kilang bakery tu, lepastu nak pergi tengok keadaan klinik pula kejap lagi. Saya dah inform benda ni dekat daddy." Tengku Haiyan memandang lelaki tadi dengan pandangan tajam.

"Tak faham bahasa lagi ke? Tak reti reti nak angkat kaki lagi? Kacau daun betul la." Tengku Haiyan berbisik di dalam hatinya melihatkan riak wajah tidak bersalah lelaki itu.

"Jadi doktor taknak—"

"Jom." Ucapku tersenyum riang.

Doktor Haiyan mengerutkan dahinya. Mungkin pelik dengan tingkah laku ku. Aku terkekeh lucu.

"Jomla. Saya nak tengok macam mana doktor uruskan pesakit." Kelopak mataku kerdipkan beberapa kali. Dia tersenyum sinis.

"Awak nak usya saya kan sebenarnya?" Bisiknya disebelah telinga kananku. Aku pula hanya beriak biasa, walaupun cik jantung bagaikan ingin terkeluar.

"Taklah. Saya nak usya Doktor Affan." Dia merenung anak mataku lama sebelum menjentik dahiku lembut.

"Gatal." Aku terkekeh lucu sebelum turun daripada katil hospital. Langkah dibuka mengekorinya daripada belakang. Tetapi, langkahku terhenti tatkala dia memberhentikan langkahnya dan berpaling kearahku.

"Jalan sebelah saya." Aku mengerutkan dahiku pelik. Tetapi tetap juga aku membuka langkah dan berdiri tepat disebelah tubuh tegapnya.

Dia tersenyum manis dan kami kembali membuka langkah.

"Erm...doktor." Panggilku bagi menarik perhatiannya.

"Hmm." Dia memandangku sekilas sebelum menekan punat lift dan tangannya terus sahaja dibawa kedalam poket seluarnya. Berdiri tegap dan merenung anak mataku dengan sengihan nakal.

"Dah jumpa pengganti saya ?" Ucapku dengan nada biasa. Tolong, jangan tenung aku macam tu.

Dia tersenyum nakal dan sinis !

"Pengganti awak? Mana mungkin." Smirk.

Pap !

"Adeh! Sakit la." Dia menggosok lengan sasanya yang menjadi mangsa keganasanku sebelum terkekeh lucu.

"Eiii main main. Betul betul la."

"Betul betul betul." Belum sempat tanganku naik menampar lengan sasanya lagi, dia terlebih dahulu melarikan diri kedalam perut lift. Aku mengetap gigi ku kuat sebelum melangkah kedalam lift. Pandangan orang sekelilingku itu diabaikan dengan senyuman tawar yang diukirkan.

Ting !

Tubuhku dicuba untuk dikecilkan bagi memudahkan penghuni lift untuk keluar. Entah siapa yang tersilap langkah, bahuku dirempuhnya kuat daripada belakang. Nasiblah aku dapat mengimbangi tubuh kecilku ini. Aku mengangkat muka memandang gerangan siapa yang merempuhku.

Berpakaian serba hitam dan topi yang menutupi wajahnya. Dia menundukkan kepalanya sedikit kearahku seperti meminta maaf sebelum mengangkat muka, dengan tangan yang dibawa memegang hujung topi.

Smirk.

Aku mengerutkan dahiku pelik.

"Kenapa dia—"

"Eh doktor!" Aku memegang lengan sasanya yang meluru ingin keluar daripada perut lift itu.

"Doktor...relax." Aku menenangkannya sementara menunggu pintu lift tertutup rapat.

Arghhhh !

Jantungku berdebar hebat tatkala lampu lift terpadam. Suasana gelap gelita. Dapatku rasakan lengan sasa yang melingkar di sekeliling pinggang rampingku. Takkan Doktor Haiyan ingin mengambil kesempatan keatasku ?

"Dokt—"

Emphhhh

"Lepaskan dia!" Dapatku dengar suara Doktor Haiyan yang menjerit sebelum duniaku dengan serta mertanya gelap.

Tengku Haiyan mengetap rahangnya kuat. Patutla dia rasa suasana lift ni pelik. Dia hanya diam memerhati tatkala ramai yang membuka langkah keluar daripada lift kecuali 3 orang lelaki berpakaian serba hitam ini. Seorang lagi sudahpun selamat membawa diri.

Selamat? Ya. Selamat daripada menjadi mangsanya.

Arghhh !

Tengku Haiyan memijak belakang lutut musuhnya sebelum mematahkan lengannya. Seorang lagi dihantukkan kepalanya kuat pada pintu lift dan menyepak pada kemaluan si musuh.

Tengku Haiyan melakukannya dalam sekelip mata sebelum memandang tajam kearah lelaki berpakaian serba hitam itu.

Lelaki itu menelan liurnya perit. Tubuh Hawa dilepaskannya jatuh begitu sahaja. Walaupun keadaan gelap gelita, dapat dia rasakan panahan mata helang Tengku Haiyan.

"You're the last."

Bang !

Arghhhh !

Kaki musuhnya yang terkena tembakannya tadi dipijaknya kasar.

"Don't you dare touch my girl!"

Bang !

Arghhh !

Sebelah kaki musuhnya menjadi mangsa kekejamannya lagi.

"Sekali korang semua jejakkan kaki dalam kandang aku, sampai bila bila korang takkan dapat keluar."

Tengku Haiyan sengaja membiarkan musuhnya disiksa. Biarkan mereka merasa kesakitan sebelum mati ditangan anak buahnya.

Ting !

Anak mata Affan dan Faiq serta merta membulat.

"Haiyan?!"

"Just clear it. Tak payah nak terkejut sangat." Tengku Haiyan mencepung tubuh kecil Hawa sebelum melangkah keluar daripada perut lift itu.

"Pastikan diaorang hidup." Tengku Haiyan berbisik pada sahabatnya itu dan berlalu kearah biliknya. Sempat dia menekan punat lift untuk kearas 3 sebelum menghabiskan musuhnya yang terakhir tadi.

"Bodoh! Padam lampu lift buat apa?!" Tengku Haiyan meletakkan tubuh Hawa diatas katilnya dan dilapkan wajahnya menggunakan kain basah.

Ditenungnya wajah Hawa lama.

"I will never let you go Hawa. I will always beside you, and i will always protect you no matter what happen."

"Touch you and he will face the devil!" Tengku Haiyan mengetap rahangnya kuat.

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now