"Ihh perasan!" Aku menjeling Haziq yang berada disebelahku dengan sengihan nakal dibibirnya.
"Dah tu kau sengih sorang sorang macam orang gila tu dah kenapa?" Soalnya sambil tangan dibawa memeluk tubuh.
"Sibuk la kau! Asyik kacau aku je, takde kerja ke?" Aku memutarkan bola mataku keatas.
Dia ketawa perlahan sebelum meletakkan sebelah tangannya disisi tubuhku dan sebelah lagi dibawa mencekak pinggang. Dia merenung wajahku lama.
"Nak apa?!" Soalku bengang. Dalam hati pula sudah menyumpah seranah. Macam mana kalau Doktor Haiyan nampak? Tetapi, bagus juga kalau dia nampak.
"Saja. Bosan la. Sekarang kan waktu rehat. Kau taknak rehat ke?"
"Kejap lagi la. Aku tunggu Sara." Balas ku acuh tak acuh.
"Hawa kau ni jual mah—"
"Suka hati dia la nak jual mahal pun, ada masalah ke?" Aku berpaling ke arah Doktor Haiyan yang sedang melangkah ke arah kami berdua. Gigi ku kacip sekuat mungkin.
"Eh Tengku?" Haziq memperbetulkan kedudukannya sebelum tersengih tawar memandang Tengku Haiyan.
"Waktu rehat kan? Pergi la rehat, jangan sibuk menggatal dengan anak dara orang." Doktor Haiyan berkata dengan tegasnya. Wow, gorgeous!
Aku suka tengok muka garang dia dengan panahan mata helangnya itu. Attractive!
"Saya hensem ke harini?" Aku bagaikan baru tersedar sebaik sahaja dia berbisik pada telingaku. Riak wajahnya jelas kelihatan mengusik.
Tetapi aku tidak melayannya, mengabaikannya dan menyambung kerjaku.
"Taknak rehat?"
Masih sama. Aku tetap berdiam diri.
Dia mengeluh perlahan sebelum menarik bekas donat ditanganku.
Aku mendengus kasar.
"Apa masalah doktor ni?!" Soalku geram.
"Hawa...jom rehat, saya belanja." Dia tersenyum manis kepada ku.
"Saya taknak."
"Hawa..."
"Aku taknak! Kau tak faham bahasa ke?!" Aku mencuba sedaya upaya untuk menahan suaraku daripada melenting kuat.
"Hawa, saya tak faham, kenapa dengan awak sebenarnya ni?" Dia mengetap rahangnya kuat.
"Rimas la!" Aku berlalu kearah dapur, meninggalkan dia seorang diri disana.
Tengku Haiyan mengeluh perlahan sebelum berlalu ke kedai bakerynya disebelah kilang. Biarlah Hawa menenangkan dirinya terlebih dahulu.
"Sara, jom rehat."
"5 minit." Aku menganggukkan kepalaku seraya berlalu kearah sinki. Tangan dibasuh beberapa kali.
Sesekali aku mengerling kearah Kak Aina yang sedang menggoreng ayam untuk tempahan ayam korea.
"Auch!" Aku menjerit kecil. Pergelangan tangan yang terkena percikan minyak itu dipandang. Terus sahaja aku mengangkat wajah memandangnya.
"Sakit?" Soalnya dengan senyuman sinis yang terukir dibibirnya. Dia melangkah setapak merapatiku sebelum berbisik ditelinga kiriku.
"Hati aku ni lagi sakit setiap kali tengok muka kau!" Dia menolak hujung bahuku menggunakan jari telunjuknya.
"Apa salah saya pada akak?" Soalku dengan wajah yang berkerut seribu menahan sakit. Sebelah tangan dibawa memegang pergelangan tangan yang terkena percikan minyak panas itu tadi.
YOU ARE READING
HIS GIRL | C
FanfictionBagi seorang pembaca novel seperti Hawa Qaisara, memiliki seorang lelaki seperti 'fictional character' hanyalah suatu impian yang tidak akan tercapai. Tambahan pula kehidupannya yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kisah novel yang dibaca oleh...