☆ BAB 8 ☆

653 26 4
                                    

"Bangun!!"

Aku mencelikkan mataku sebaik sahaja suara ibu tiriku menerjah masuk kedalam gegendang telingaku.

Jam didinding dikerling. Pukul 3.45 minit pagi!
Dah kenapa minah ni kejut aku pagi pagi buta ni. Nak ajak aku tahajud ke? Takkan la. Kalau solat fardhu yang wajib tu pun dia tinggal apetah lagi solat sunat!

"Kau bangun sekarang! Kau pergi kemas pinggan mangkuk dekat singki sana!"

Aku mengerutkan dahiku. Pinggan mangkuk? Bukan aku dah cuci ke sebelum tidur tadi.

"Pinggan mangkuk apa pula ni? Kan Sara dah basuh sebelum tidur tadi?" Aku bersuara. Sedikit geram akan perangainya. Dahla kejut aku pagi pagi buta macam ni. Kalau ya pun, esok kan boleh je basuh.

"Tadi bapak kau suruh aku masak. Lapar katanya. Sepatutnya tu kerja kau. Bukan aku! Tak pasal pasal aku kena masak tengah tengah malam. Sekarang ni aku dah siap bagi bapak kau makan, so kau pergi kemas dapur tu sekarang!"

"Apehal Sara pula? Dah umi masak umi la kemas! Lagipun memang tu tugas umi sebagai isteri kan?!" Suaraku naik seoktaf. Bengap betul betina ni. Ada yang tercabut gigi depan pagi pagi buta ni karang. Dahla jongang! Eyyy kecil besar kecil besar je aku tengok gigi dia ni.

"Melawan kau ye! Kau memang nak sangat ke bapak kau tengok video kau tu?!" Tangannya naik menunjal nunjal kepalaku dengan senyuman sinis dibibirnya.

Aku menjelingnya sekilas. Memang sial la Airil ni. Kalau tak disebabkan kau semua benda ni takkan jadi la!

Kaki dibawa melangkah laju menuju kedapur.

"Cam kimak!" Aku terus sahaja menyumpahnya. Mana taknya. Singki tu dah macam tonggang pecah. Dia masak apa sampai berselerak satu dapur ni!

Nak taknak aku kena juga kemas dapur ni! Menyampah betul.

Seusai membersihkan dapur aku terus sahaja menaiki anak tangga menuju kearah bilikku ditempatkan.

Mata masih menahan kantuk. Masuk je dalam bilik, aku terus sahaja merebahkan tubuhku. Mata dipejamkan.

"Wihhh apehal keluar muka mamat ni." Gumamku seorang diri sebaik sahaja wajah Doktor Haiyan menerjah kedalam mindaku. Aku tersenyum.

"Rindu la pula dengan Doktor Haiyan ni. Bila eh boleh jumpa dengan dia. Tak sabar nak jalankan plan aku ni nanti."

"Walau apa jadi sekalipun, aku akan pastikan Doktor Haiyan jadi milik aku! Yaaa sebab bagi aku dia betul betul memenuhi cita rasa aku. Perfect!"

Uhuk uhuk

"Sapa pula sebut nama aku pagi pagi buta ni."  Sejadah yang tadinya digunakan untuk istikharah tadi kini diletakkan diatas penyidai yang disediakan. Kaki melangkah menuruni anak tangga menuju kedapur. Air suam diambil dan dituangkan kedalam gelas.

Tengku Haiyan mengeluh perlahan. Lagi dua bulan sahaja lagi majlis perkahwinannya bakal berlangsung. Tetapi dia langsung tidak tahu sama ada keputusan yang dibuatnya ini tepat atau tidak. Sekarang ini dia berada di Kelantan. Rumah ibu dan ayahnya. Kalau tidak disebabkan dipaksa dengan ayahnya, dia tidak akan balik untuk menyediakan persediaan kahwin. Dua bulan bukanlah masa yang panjang. Sekelip mata sahaja. Pejam celik pejam celik tangannya nanti sudah pun berada dalam genggaman tok kadi.

Tepukan lembut pada bahunya itu mengejutkannya. Dia berpaling memandang ibunya.

"Mommy? Tak tidur lagi?"

"Hmm...mommy bangun solat istikharah." Balas Puan Aida. Tangannya menyambut huluran gelas daripada Tengku Haiyan.

Tengku Haiyan menjungkitkan keningnya sebelah.

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now