☆ BAB 26 ☆

621 38 2
                                    

"Oiii Hawa!" Aku yang sedang termenung di atas katil asrama itu terkejut dengan suara yang menjerit namaku kuat.

"Termenung pula kau ye Hawa, taknak balik ke?" Soal Hana kepadaku.

"Entahnya Hawa, orang dah habis SPM ni happy la sikit. Kemas barang cepat cepat then boleh balik. Pastu tidur puas puas. Arghhh! Bestnya, rindu katil dekat rumah!"

Riana dan Hana menganggukkan kepalanya, bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sara itu.

Aku tersengih lucu sebelum bangun dan duduk dibirai katil milik Sara.

"Hello makcik! Aku ni bangun awal pagi lagi tau, kemas apa yang patut. Bukannya sambung tidur lepas subuh, lepas tu sekarang baru nak terhegeh hegeh kemas barang!" Usikku geram. Rambutku flipkan kebelakang.

Mereka bertiga hanya menayangkan riak wajah menyampah. Haaa...sapa suruh kacau aku mengelamun!

"Ye la Hawa." Balas mereka bertiga serentak dan dengan serta merta kami melepaskan tawa bersama sama.

"Tapi kan...rasa macam kejap je masa berlalu kan? Tahu tahu dah habis SPM." Sara mengeluh perlahan. Baju yang dilipatnya kemas dimasukkan kedalam beg pakaiannya.

"Betul. Tapi alhamdulillah, lega rasa lepas berperang dengan otak sendiri yang tak reti nak bagi kerjasama ni." Riana bersuara geram.

Aku dan Hana terkekeh lucu sebelum kami semua memandang antara satu sama lain.

"Korang...." Rengekku manja. Memeluk erat tubuh sahabat sahabatku itu. Kami berempat ni memang kuat berdrama. Walhal boleh sahaja nanti berjumpa kerana rumah masing masing tidaklah terlalu jauh. Kami semua perlu memasuki asrama disebabkan arahan daripada pengetua. Katanya ingin memudahkan kami untuk menduduki SPM.

Dan...selama 3 bulan ini, aku langsung tidak berjumpa dengan Doktor Haiyan. Hatiku rindu, tetapi seperti biasa. Ego menguasai diri. Aku mengawal diriku agar tidak memikirkan tentangnya. Dikongkong oleh diriku sendiri!

"Erm by the way kan korang, sementara tunggu result SPM ni, nak tak kita cari kerja?"

Soalan yang dilontarkan oleh Sara itu membuatkan aku mengangguk setuju.

"Aku pun ingat nak cari kerja juga. Tapi tak tahu nak kerja apa." Aku mengeluh perlahan.

***
Badan direbahkan ke atas katil dengan tangan yang didepakan menghadap bumbung rumah. Keluhan kasar dilepaskan.

"Huwaaa bosannya!!" Jeritku seorang diri. Walhal harini baru hari kedua aku berada dirumah. Tapi dia punya bosan memang tak boleh nak bawa bincang.

"Ish kalau nak cari kerja, aku nak cari dekat mana? Aku ni dahla tak pandai nak berkomunikasi dengan orang. Nak beli makanan dekat sekolah pun minta tolong dengan Hana." Bibir bawahku gigit perlahan. Memikirkan tentang apa yang bakal aku lakukan sepanjang menunggu result SPM ku ini.

Tinggg

Aku menolehkan kepala ke sisi bantal. Telefon bimbitku dicapai. Melihatkan nama Sara yang tertera pada skrin telefonku terus sahaja aku membuka lock skrin itu. Aplikasi whatsApp dibuka.

Sara

Hawa...kau busy ke?

Hawa

Tak. Kenapa tu ? —

Sara

Erm...mak tiri aku cakap ada satu kilang ni dia nak pakai pekerja...dua orang...kau nak?

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now