☆ BAB 7 ☆

657 34 1
                                    

"Dia memang saja kan nak cari pasal dengan aku!"

Flashback

"Abah nak pergi tandas jap."

Aku hanya menganggukkan kepala seraya menyuapkan makanan kedalam mulut.

"Aduuu cepatla bah. Aku taknak makan berdua dengan betina ni." Gumamku didalam hati. Ibu tiriku dikerling sekilas.

Sunyi. Hanya ditemani riuh rendah meja lain. Aku dan ibu tiriku masing masing melakukan hal sendiri.

Pranggg

Aku hanya memandang sudu garfu milik ibu tiriku yang telah selamat jatuh ke atas lantai.

"Tolong ambilkan!" Aku berpaling kepadanya.

Lah? Sudu dia yang jatuh aku pula nak kena ambil? Aku hanya mengendahkan sahaja. Menyambung menyuapkan makanan.

"Kau mesti tak sabar kan nak biar bapak kau tengok video ni?" Dia tersenyum sinis kepadaku sebaik sahaja aku mengangkat muka memandang telefon ditangannya.

Bibir bawahku digigit. Geram akan ugutannya itu. Disebabkan aku malas nak bergaduh dengannya direstauran ni jadi aku ikutkan sahaja kehendaknya itu. Nafas dihembus kasar sebelum aku bangun daripada dudukku dan menunduk disebelah kerusinya. Mencapai sudu garfu yang berada dibawah kerusi.

Belum sempat aku mengangkat muka. Mangkuk yang berisi asam pedas itu telah selamat mendarat diatas kepalaku. Tepat.

Aku memejamkan mata buat seketika. Mendengus geram. Mata terus sahaja mengerling tajam kearahnya.

"Opss sorry tertumpah." Tangan naik menekup mulut dengan reaksi mukanya yang dibuat buat terkejut.

Kau memang saja kan perempuan! Aku tidak melepaskan kemarahanku kepadanya. Hanya menjerit didalam hati. Sebab aku tahu, sekarang ni pasti seluruh penghuni restauran sedang memandang tepat kearahku.

"Ya Allah dik. Jom akak bawa adik pergi belakang. Basuh rambut dengan badan adik ni." Seorang pekerja restauran itu membantuku untuk bangun daripada dudukku. Mukanya memang menunjukkan bahawa dia betul betul cemas.

Sapa je yang tak cemas. Kuah asam pedas kut. Ingat cili kisar yang dia masukkan dalam kuah tu tak rasa panas ke kalau kena badan? Tambah pula kuah tu masih panas. Memang kaw kaw aku rasa mukaku ni berbahang. Bukan disebabkan asam pedas tu je tapi disebabkan perangai perempuan sial tu.

"Eh kenapa ni?" Abah menyoal sebaik sahaja aku ingin berlalu kearah belakang. Aku hanya menjeling sebelum melangkahkan kakiku laju mengikut pekerja perempuan itu tadi.

"Kenapa dengan Sara tu?"

"Entahla anak kau tu. Orang nak makan pun tak senang! Bolehnya dia nak simbah saya dengan kuah asam pedas tu? Saya cuma nak pertahankan diri saya je. Itu yang tetiba tersimbah dekat atas kepala dia. Yela, dia tu kan pendek itu yang jadi tersimbah satu badan!" Zulina mendengus geram.

"Haihla korang berdua ni. Dekat kedai makan pun nak bergaduh jugak ke?"

"Bergaduh apanya! Anak kau yang cari pasal dengan aku!"

Azfam mengeluh perlahan.

"Adik okay ke ni? Akak nampak tau makcik tu saja je nak simbah kuah asam pedas tu atas kepala adik tadi." Tangannya masih membersihkan rambutku yang terkena kuah asam pedas tadi. Bukannya sikit. Tapi satu mangkuk!

Aku mendengus.

"Betina tu memang! Tak habis habis nak cari pasal dengan saya kak. Kalau tak disebabkan ramai orang dekat restauran ni rasanya dah lama saya tarik tarik rambut dia tu! Harap je pakai tudung tapi hati busuk macam bangkai!"

"Dia tu pakai tudung sebab nak tutup perangai dia yang macam musibat tu. Taknak bagi abah nampak!" Sambungku lagi.

Disebabkan malam ni aku pergi pakai baju yang cukup mendedahkan dadaku dan leherku ini. Jadi memang satu badan la gamaknya terkena satu mangkuk kuah asam pedas tu tadi!

"Adik nak mandi ke? Akak boleh bagi guna baju akak. Panas ni nanti badan." Soalnya.

Aku memandangnya atas bawah. Nak pakai baju dia? Euwww! Terima kasih jela. Tengok pada pemakaian dia ni. Boleh tahan kampung juga. Mesti semua baju dia jenis baju kurung bunga bunga kampung. Macam yang dia pakai sekarang ni!

"Hmm...takpela kak. Saya nak balik." Senyuman tawar dihadiahkan kepadanya. Aku terus berlalu keluar daripada tandas perempuan itu.

"Sumpahla budak ni? Tak berterima kasih langsung!" Dia menggumam seorang diri.

"Elok sangat la tu kuah asam pedas tu tumpah atas badan dia! Dengan baju terdedahnya. Tu baru kena azab dunia belum azab neraka lagi!!" Dia berlalu kedepan menyambung kerjanya yang tergendala.

"Bah jom balik. Badan Sara melekit ni. Tak selesa." Aku hanya mengabaikan pandangan orang ramai kepadaku. Tahu la body aku cantik!

"Eh apa pula nak baliknya! Aku tak habis makan lagi. Kau kalau nak balik pergi balik jalan kaki. Tak payah nak menyusahkan bapak kau!"

Aku hanya mengabaikan sahaja kata kata dari ibu tiriku itu. Mata memandang tepat kearah abah. Menunggu jawapan daripadanya.

Abah menghulurkan kunci kereta hondanya itu kepadaku.

"Sara pergi duduk dalam kereta dulu. Jap lagi habis makan kita balik. Kesian umi lapar tak makan daripada pagi lagi katanya."

"Takpun. Sara duduk la dulu habiskan—"

Aku terus sahaja merampas kunci kereta daripada abah. Kaki dibawa laju menuju kearah kereta. Yang penting kaki kena hentak kuat kuat!

"Haa kau tengok la anak kau tu. Takde adab langsung!"

Azfam hanya memandang anaknya yang berjalan menuju kearah kereta itu sebelum dia mengeluh perlahan.

Pintu kereta dihempas kuat.

"Arghhhh! Kau memang saja perempuan!"

Nafas ditarik. Dada turun naik menahan marah.

"Anak dia yang mandi asam pedas ni dia boleh suruh duduk dalam kereta? Dia ingat tak panas ke kena cili tu! Takut sangat bini dia kelaparan. Pastu aku ni? Tak panas ke sial!!" Kakiku menendang kuat kerusi kereta pemandu.

End flashback

"Dahla dekat sejam aku tunggu diaorang dalam kereta! Padam muka sapa suruh lambat. Aku memang sengaja kunci pintu tu and buat buat tidur. Cari pasal sangat dengan aku kan!"

Tangan menumbuk numbuk meja kayu.

"Woi woi. Kau kenapa ni Sara. Marah betul."
Ayu yang baru sahaja duduk disebelahku itu dipandang. Tangan menyambut huluran milo ais nya.

"Lama betul. Kau beli air ke join pakcik tu jual air?" Aku memerlinya. Air milo tadi disedut perlahan.

"AHAHAHA. Kau tak nampak ke ramai orang beratur tu? Entah mimpi apa diaorang tu sampai penuh satu kantin ni."

Aku memandang sekeliling. Haah betul la. Penuh semacam kantin harini. Maybe sebab harini last day sekolah. Sebab lepasni sekolah akan bercuti selama dua minggu. Cuti apa? Aku pun tak tahu. Aku bukan sejenis yang ambil tahu bab bab ni semua. Yang aku tahu aku dah ada plan macam mana nak pikat Doktor Haiyan tu. Senyuman diukirkan.

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now