"Nak buat buat pengsan juga ke kalini?" Ucapnya dengan senyuman sinis yang terukir dibibirnya.
Aku masih kaku. Menatapnya dengan perasaan yang bercampur baur. Aku rindu, aku rindukan mata helangnya itu.
"Hawa?" Tengku Haiyan memetikkan jarinya di hadapan wajah Hawa.
Terus sahaja aku tersedar. Lekas aku mengangkat tubuh bangun daripada pelukannya. Dua bekas besar yang berisi roti sarang lebah dipandang. Bibir bawah ku gigit perlahan.
"Akak...." Aku memandang Kak Aina dengan perasaan bersalah. Tetapi dia malah diam memandangku. Nampak seperti takut. Bukan dia sahaja, malah Haziq yang berada di situ juga turut terdiam. Aku menelan air liur kesat. Kenapa?
Aku mengeluh perlahan. Duduk berlutut dan mengutip bekas plastik yang berisi roti sarang lebah itu. Doktor Haiyan juga turut sama menolongku.
"It's okay Hawa. Biar saya yang kutip." Aku hanya mengabaikan suaranya itu sehingga dia memegang pergelangan tanganku.
Aku menepis tangannya kasar.
Seperti biasa, Hawa Qaisara dengan egonya berpisah tiada.
Tengku Haiyan mengeluh perlahan sambil mengutip bekas bekas plastik yang berteraburan. Tetapi roti sarang lebahnya masih terletak elok didalam bekas.
Mujurlah dia sempat turun daripada kereta. Niatnya ingin menegur Hawa, terkejut dengan kehadiran Hawa di kilangnya ini. Tetapi dia malah lebih terkejut tatkala melihatkan Hawa ingin tumbang dengan bekas yang hampir jatuh terkena wajahnya. Cepat cepat dia menyambut tubuh Hawa dan menepis kasar bekas yang berwarna kuning itu.
"Teng...Tengku?" Langkahku serta merta berhenti mendengarkan suara Kak Aina itu. Aku baru sahaja ingin berlalu ke dalam kilang selepas meletakkan roti sarang lebah itu ke dalam lori. Mahu melarikan diri daripada Doktor Haiyan. Aku memusingkan tubuh. Berdiri di belakang Kak Aina. Tengku? Siapa Tengku?
"Ye saya?" Dia menghadiahkan senyuman sinis.
Aku cukup terkejut juga pada awalnya. Tengku kut! Bukan orang biasa biasa. Tetapi bukan itu yang bermain di benak fikiranku sebenarnya. Aku cuma ingin tahu macam mana dia boleh ada dekat sini, dan, kenapa dia ada dekat sini? Siapa dia? Kenapa semua orang tampak resah? Kalau nak dikatakan Doktor Haiyan ni pemilik kilang ini, tak mungkin. Pemilik kilang ini kan kawan ibu tiri Sara? Perempuan, bukan lelaki!
"Kenapa Tengku datang sini?" Soal Kak Aina, lembut.
Tengku Haiyan menjongketkan keningnya sebelah.
"Kenapa aku tak boleh datang? Ini kan kilang aku." Aku tersentap. Kaku. Terdiam seribu bahasa. Lututku lemah. Bagaikan ingin jatuh menyembah lantai.
Kilang ni, dia punya? Then aku? Aku pekerja dia? Aku menggeleng kepalaku laju. Tak! Aku taknak! Aku taknak hadap muka dia hari hari. Tapi, sepanjang aku bekerja disini, tidak pernah pula Doktor Haiyan ini muncul. Baru pertama kali dia datang selama tiga hari aku bekerja di sini.
"Tak, takdela, saya cuma pelik. Kan selama ni Tengku tak pernah datang. Tengku datang tapi 3 bulan sekali. Itu pun datang untuk tengok keadaan dan balik. And, sekarang ni, dah lama Tengku tak datang sini. Kenapa tiba - tiba?" Soalan yang ditanya oleh Kak Aina itu mendapat senyuman sinisnya.
"Macam aku cakap, ini kilang aku. Suka hati aku la. Takde kena mengena dengan kau." Doktor Haiyan terus sahaja melangkah masuk. Dipandangnya aku yang berada di paras dadanya sebelum tersenyum manis kepadaku.
"I miss you." Aku terdiam. Tidak pasti sama ada suaranya itu didengari oleh orang lain atau tidak, kerana dia berbisik pada telinga kananku. Aku menelan air liurku kesat. Meremang bulu romaku seketika. Mengangkat muka dan sementa itulah mata kami bersabung. Lama. Seperti meluahkan segala rasa yang terpendam. Ingin sahaja aku membalasnya.
"I miss you too..." Terus sahaja aku menekup mulutku laju. Bibirku kemam rapat. Aku tersasul ke? Melihatkan senyuman sinis yang terukir dibibirnya itu, sah! Memang sah aku tersasul!
Tetapi aku cuba untuk beriak biasa, walaupun detak jantungku yang semakin lama semakin laju. Seperti mendaki bukit!
Tangan ku ke dalam poket apron. Air liur ditelan. Menayangkan riak wajah kosong, seperti tidak terjadi apa apa.
"I love yo-"
"Emphhhh." Aku menutup mulutnya menggunakan kain kotor yang digunakan untuk mengelap bekas kuning, khas untuk meletakkan roti yang sudah siap untuk dihantar ke kedai. Kain kotor itu memang sentiasa ada didalam poket apron setiap pekerja. Melihatkan rahangnya yang diketap kuat terus aku tersenyum sinis.
Haaa, cari pasal lagi dengan aku!
Kaki dibawa melangkah laju ke dapur. Sara dan Rafael yang sedang menyediakan adunan roti dipandang sekilas. Aku membuka pintu belakang, dan duduk di atas kerusi batu. Bibirku gigit perlahan. Aku memang sengaja datang kebelakang, kerana aku tahu Doktor Haiyan pasti datang kesini untuk berjumpa dengan ku. Seperti yang dijangka, dia datang. Melabuhkan duduk disebelah ku. Rapat, tetapi entah mengapa, aku hanya membiarkan sahaja.
"Hawa..." Tengku Haiyan memandang sisi wajah Hawa. Cantik. Gumamnya didalam hati.
Aku yang perasan akan tatapannya itu lekas berpaling kearahnya dan sekali lagi mata kami bersabung. Tetapi kalini tidak lama kerana dengan pantasnya aku bangun dan ingin berlalu pergi.
"Hawa heiii!" Dia memegang pergelangan tanganku sebelum aku menepis kasar.
Geram betul aku dengan perangai dia yang suka memegang tanganku sesuka hati. Daripada dulu, sampailah sekarang!
"Hawa...awak still marahkan saya?"
"Saya nak berhenti." Aku menikam anak matanya dan wajahnya jelas kelihatan terkejut.
"Why?" Soalnya pelik.
"Ini diri saya, suka hati saya la." Bidasku geram. Teringat akan kata kata yang dia lontarkan kepada Kak Aina tadi.
"Wauuu garang. I like it." Dia tersengih nakal sebelum mendapat jelingan maut daripada ku.
"Cari pekerja lain, saya nak berhenti terus esok."
"Tak semudah tu sayang, kalau awak nak berhenti, awak kena tunggu sampai saya jumpa pengganti awak. Tapi rasanya macam takkan ada yang dapat gantikan awak dalam hidup saya."
"Kelakar. Saya serius. Tengku!" Ucap ku dengan menekan kata Tengku itu!
Dia tersengih lucu.
"Saya pun serius, memang betul, kalau awak nak berhenti, kena tunggu sampai saya jumpa pengganti. Maksud saya yang akan gantikan tempat awak. Sebab kami memang tak cukup pekerja. Ramai yang tak berminat nak kerja dekat kilang ni, sebab penat and susah. Saya letak la setinggi mana pun gaji, memang takde orang nak. Ada tu ada, tapi datang kerja sehari terus lari."
Aku tersenyum sinis.
"Hawa...jangan kata awak nak lari."
"Memang pun." Aku mengangkat kedua belah bahuku dengan perasaan yang tidak bersalah. Sejujurnya tak, aku bukan nak lari. Cuma, ada betulnya kata Doktor Haiyan itu, penat! Aku waktu mula mula start pun penat. Sakit tumit sebab kena berdiri lama, tanpa duduk. Tempahan banyak. Kena cepat siap, kalau tak nanti orang complaint. Balik yang sepatutnya pukul 5.30, kadang kadang sampai nak dekat pukul 7. Terpaksa balik tergesa gesa sebab belum solat asar lagi.
Aku memandang rahang tajamnya yang memandang sawah padi di hadapan kami. Yaa, kilang ni terletak di kawasan sawah padi. Cantik, sejuk dan yang paling penting, selesa! Tenang je kalau nak buat kerja. Tapi itula, Kak Su tu, merosak mood betul. Nasib la Kak Aina baik. Lembut je cara dia layan kami semua.
YOU ARE READING
HIS GIRL | C
FanfictionBagi seorang pembaca novel seperti Hawa Qaisara, memiliki seorang lelaki seperti 'fictional character' hanyalah suatu impian yang tidak akan tercapai. Tambahan pula kehidupannya yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kisah novel yang dibaca oleh...