☆ BAB 33 ☆

572 32 2
                                    

4 tahun kemudian...

Cuaca yang sedikit mendung membuatkan aku berlari anak mengangkat kain di ampaian. Hujan rintik rintik yang mula turun membasahi bumi semakin lama semakin deras. Pantas aku mengangkat bakul dan berlari masuk kedalam perkarangan rumah.

"Haihla, tadi tengahhari kemain panas, tetiba pula hujan lebat ni." Omelku seorang diri. Bakul baju diletakkan diatas lantai berlapikkan karpet berwarna kelabu cerah sebelum berlalu kearah dapur. Getah rambut dicapai dan disanggulnya rambutku kemas.

Sekarang, jam menunjukkan tepat pukul 5.30 minit petang. Perut pun dah berbunyi minta diisi. Masak? Memang takla jawapnya. Aku ni memang pandai bab bab memasak ni, tapi, kalau dah duduk seorang diri, sapa je yang rajin kan.

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk keluar mencari makanan. Kalau dapat makan goreng pisang ke, keropok ke sedap la juga.

Tudung sarung berwarna cream cerah disarungkan pada kepalaku. Kunci kereta dicapai dan pagar besi rumahku ditarik perlahan sebelum aku meloloskan diri kedalam perut kereta.

"Ada ke jual makanan tepi jalan hujan hujan ni?" Omelku seorang diri.

Sementara menunggu di traffic light, anak mataku meliar memandang sekeliling. Singgah kedai makan jela senang.

Setelah beberapa kali meronda, akhirnya terdapat sebuah kedai makan yang menarik minatku. Usai memastikan kereta selamat ditempat parking, aku mencapai payung yang berada di seat penumpang belakang dan terus sahaja kaki diayun laju kedalam restaurant.

"Good, tak ramai orang." Tanganku lambai keudara, meminta menu.

Usai memilih makanan, aku membuka telefon bimbit. Menghabiskan masa dengan mengscroll tiktok, sehinggalah pelayan datang menghidang makanan.

"Eh? Sara?" Aku mengangkat muka. Memandang gerangan siapa yang menegur diriku.

Aku mengerutkan dahiku pelik.

"Siapa ye?" Soalku kepadanya. Dia terkekeh lucu sebelum mengambil tempat duduk berhadapan denganku. Makin la aku pelik, dia buat macam dah kenal 5 tahun.

"Airil. Airil Iskandar."

"Ouh." Balasku singkat sebelum menarik pinggan mendekatiku. Sudu garfu dicapai dan doa makan dibaca. Aku lapar, takde masa nak layan orang. Bukan penting pun.

"Nice."

Aku memandangnya pelik tetapi aku tetap mengabaikannya. Dah kenapa tetiba nak puji aku.

"Jual mahal erk." Bisiknya perlahan yang hanya mampu didengari oleh dirinya sahaja. Airil Iskandar merenung lama wajah cantik Hawa Qaisara yang sedang makan.

"Kau takde kerja ke nak tenung orang makan?" Soalku sedikit bengang.

"Tak, I bos dekat restaurant ni."

Hampir tersedak aku dibuatnya tatkala dia menggelarkan dirinya bos. Pantas air tea O ais dicapai dan disedut laju.

"Bos?" Soalku.

"Yup. Why? You berminat dengan I ke? I okey je, boleh masak untuk you hari hari." Sengihnya lebar.

Aku pula hanya menggelengkan kepala. Takpela, tak kuasa aku!

"Makan slow slow la sayang, kang tersedak pula."

Memang dah tersedak dah pun! Geram sahaja aku ingin menyembur dirinya, tetapi malas mahu melayan, habis makan, kita cauu!

"You look more beautiful. Berapa umur you sekarang? 23? 24?"

Aku mengangkat kedua belah bahuku.

"Entah, fikir sendiri." Lantas aku bangun daripada dudukku dan berlalu kearah cashier.

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now