☆ BAB 37 ☆

416 23 1
                                    

"Umi?" Aku menolak pintu bilik umi. Umi yang sedang berbaring membelakangiku itu aku pandang.

"Umi." Bahu umi aku sentuh lembut.

"Hmm."

"Umi okey ke ni?"

"Umi okey."

"Umi tak suka ye dengan keluarga Doktor Haiyan? Atau umi tak setuju Sara kahwin dengan dia? Seminggu dah Sara tengok umi macam ni, lepas keluarga Doktor Haiyan balik, umi tak banyak bercakap."

"Takdela, umi okey je dengan keluarga Tengku tu.Umi cuma rasa penat sikit. Mungkin sebab umi tak makan lagi. Sara boleh masakkan untuk umi?"

"Mestila boleh. Umi nak makan apa?" Soalku sambil menggosok kulit tangan umi.

"Umi tak kisah. Dapat makan yang kamu masakkan pun dah okey." Umi tersenyum manis kepadaku.

"Baik, Sara pergi masak sekarang ye? Umi rehat je, nanti kalau ada pape panggil je Sara."

Aku melangkah keluar daripada bilik tidur umi sebaik sahaja umi mengangguk lemah. Pintu bilik umi aku tutup rapat. Perasaan negatif dalam diri aku buang jauh jauh.

Aku melepaskan keluhan berat sebelum memulakan sesi memasak didapur.

Hampir 20 minit aku berperang di dapur, akhirnya siap juga. Aku menghidangkan kuah singgang ikan dan kangkung goreng di atas meja makan. Langkah dibawa menuju ke bilik umi.

"Umi..." Aku memanggil umi. Mata meliar memandang sekeliling. Susuk tubuh umi tidak kelihatan.

"Umi?" Aku mengetuk pintu bilik air. Tiada sahutan. Aku tidak mampu melawan rasa ingin tahu di dalam diriku. Lantas pintu bilik air itu aku kuak lebar.

"Allahuakbar umi!!" Aku menerpa kearah umi. Tubuh tua umi yang sudahpun terbaring kaku diatas lantai bilik air aku angkat dan letakkan diatas riba. Pipi umi aku tepuk berkali kali. Air mataku jatuh.

"Assalamualaikum."

"Umi...bangun..." Aku menangis teresak esak. Pelukan ditubuh umi aku eratkan. Pipi umi aku cium berkali kali.

"Assalamualaikum!"

"Umi..."

"Assalamualaikum. Hawa..."

"Ma...masuk!" Jeritku dari dalam. Tuala umi yang tergantung di sinki aku capai sebelum melilit kepala ku.

"Allahuakbar! Kenapa ni?" Doktor Haiyan menerpa kearahku sebelum wajah umi dia pandang. Mata umi dia buka menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. Leher umi dia letakkan dua jarinya sebelum tubuh tua umi di dukungnya dan dia berlari kearah keretanya.

"Bersiap Hawa. Kita pergi Hospital sekarang!" Aku mengangguk dengan sisa air mata. Lantas aku menyarung tudung sarung lalu berlari keluar. Pintu rumah aku kunci dan terus sahaja aku meloloskan diri kedalam perut kereta.

***
"Macam mana dengan ibu saya doktor?" Soalku sebaik sahaja doktor keluar daripada bilik yang menempatkan umi.

"Ibu awak okey, cuma dia perlukan rehat. Tubuhnya terlalu lemah."

"Boleh saya masuk dalam?"

"Boleh, nak masuk dalam hati saya pun boleh." Aku tersenyum tawar sebelum meninggalkan doktor itu bersama Doktor Haiyan diluar. Pintu bilik wad aku kuak.

Tengku Haiyan merenung tajam wajah pucat lelaki berkot putih itu.

"Asal? Kau nak masuk markas aku?"

"Tak...taknak Tengku. Saya minta maaf. Sa...saya pergi dulu." Tengku Haiyan merenung tajam belakang tubuh doktor itu.

"Kalau ikutkan hati, aku pecat je terus kau." Jeling Tengku Haiyan sebelum melangkah masuk ke dalam wad.

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now