Jam menunjukkan tepat pukul 11 pagi. Suara gelak ketawa abah dan ibu tiriku itu cukup menghiris hatiku. Lepas subuh tadi aku memang tak diizinkan untuk tidur. Perlu menyiapkan sarapan pagi dan bekal makanan untuk mereka berdua sepanjang perjalanan mereka nanti. Sekarang mereka berada diruang tamu. Sedang bersiap siap untuk bertolak. Mereka akan bercuti di Langkawi. Entah la katanya nak sewa resort dekat situ selama seminggu ni. Aku? Abah memang menawarkan aku untuk ikutnya sekali bercuti. Cuma ibu tiriku itu yang memangkah. Katanya aku taknak ikut sebab nak bagi dia dan abah dating. Cisss. Aku pun tak hamak la. Daripada aku ikut dia pergi bercuti, baik aku duduk rumah. Tenang. Tak kena hadap gigi jongang dia hari hari! Boleh la aku mengorat Doktor Haiyan selama seminggu ni.
"Sara, abah pergi dulu la ye...jaga diri elok elok." Abah menggosok kepalaku sebelum menciumnya.
Ibu tiriku itu sudah meloloskan dirinya kedalam kereta. Baguslah cepat sikit pergi tu. BERAMBUS!
Aku hanya melambaikan tangan kepada abah. Sebaik sahaja mereka keluar daripada perkarangan rumah, terus sahaja aku mengunci pintu. Naik atas baca novel.
"Perghhhh! Tenang gila hidup aku."
"Sekarang ni kita baca dulu novel then pukul 5 kejap lagi kita pergi Klinik Doktor Haiyan. Pergi lambat sikit. Sebab masatu dah takde orang mana. Boleh la aku jalankan misi aku."
Aku tersenyum sinis seorang diri. Membayangkan macam mana kejadian yang bakal terjadi petang nanti.
"Tapi kenapa aku rasa macam tak sedap hati?" Aku menyoal diriku.
"Halah, takde pape la."
Aku membaca buku novel yang aku beli secara senyap senyap minggu lepas. Maklumlah kan cuti tambah pula abah pergi bercuti. So dapat la aku baca novel ni.
Aku membuka mataku. Iphone disebelahku dicapai. Jam menunjukkan pukul 6 petang.
Mataku terus sahaja terbuka sepenuhnya.
"Bongok la Sara! Macam mana boleh tertidur ni!" Kaki dibawa laju menuju kedalam bilik mandi. Membersihkan diri sebelum bergerak ke Klinik Doktor Haiyan.
Aku hanya mengenakan dress berparas lutut yang berwarna putih. Kainnya sedikit jarang. Membuatkan kulit tubuh ku kelihatan. Memang itu pun niatku. Ingin menggoda Doktor Haiyan!
Rambut diikat sanggul. Aku tak rasa nak pakai makeup, aku cuma meletakkan sedikit pelembap bibir pada bibirku yang nipis ini. Telefon dicapai dan terus sahaja aku meloloskan diriku kedalam grab. Aku memang dah ordar sebelum aku bersiap tadi. Biar dia tunggu aku daripada aku tunggu dia.
Nafas ditarik dalam. Tangan menolak pintu klinik swasta itu.
Aku meletakkan kad pengenalanku didalam bakul yang disediakan. Hanya ada 2 orang sahaja didalam klinik ini. Iaitu aku dan seorang lagi lelaki tua yang baru sahaja keluar daripada bilik 1.
"Elok elok pakcik."
Doktor Haiyan! Dia sedang memapah pakcik tua itu untuk keluar daripada kliniknya ini.
Dia mengerling sekilas kearahku. Mukanya cukup tegang. Menyeramkan.
"Last patient?" Soalnya kepada wanita yang berada di kaunter pendaftaran itu.
"Haah doktor. Em ni doktor, saya nak minta izin balik terus boleh? Saya kena jaga adik saya dekat rumah. Mak ayah saya nak pergi makan kenduri jadi saya kena balik awal."
"Hmm kalau macam tu kau balik terus. Biar aku yang tutup klinik ni. Lagipun Doktor Affan dengan Doktor Faiq tak datang kan?"
"Erm..tak. Diaorang ada hal yang nak kena settlekan."
YOU ARE READING
HIS GIRL | C
FanfictionBagi seorang pembaca novel seperti Hawa Qaisara, memiliki seorang lelaki seperti 'fictional character' hanyalah suatu impian yang tidak akan tercapai. Tambahan pula kehidupannya yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kisah novel yang dibaca oleh...