Deringan telefon bimbitku mengganggu lena ku. Lantas aku mencapainya dan melekapkan telefonku ditelinga. Kelopak mata masih tertutup rapat.
"Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Cik Hawa Qaisara?"
"Hmm." Gumamku perlahan.
"Kami perlukan Cik Hawa untuk mengenal pasti mayat kedua ibu bapa Cik. Boleh datang ke hospital sekarang?"
Mataku terbuka luas. Ma..mayat?
"Mayat? Apa maksud awak?" Aku bangun daripada baringku. Langkah dibawa laju kearah bilik umi dan ayah tiriku.
"Ye, mayat kedua ibu bapa Cik di hantar tepat dihadapan pintu pagar utama hospital. Hanya Cik yang dapat kami hubungi."
Tok tok tok
"Umi! Papa!" Aku mengetuk kuat pintu bilik umi dan ayah tiriku itu.
"Umi! Papa!!!"
"Umi!!!" Tanpa menunggu lama terus sahaja aku memulas tombol pintu.
Kosong. Air mataku jatuh. Laju aku membawa langkah kedalam bilik. Cardigan dan tudung sarungku lantas aku capai dan pintu rumah aku kuak lebar sebelum meloloskan diri ke dalam perut kereta.
Kereta aku pecutnya laju sebelum akhirnya sampai di perkarangan hospital.
***
"What?! Kenapa kau tak bagitahu aku daripada awal?!" Meja kayu dihadapannya dihempas kuat."Aku nak kau cari budak tu sampai dapat!"
"Tapi kami tak dapat kesan—" Dia tidak melanjutkan ucapannya lagi tatkala tuan mudanya sudahpun menghalakan pistol tepat dihadapan dahinya.
"Ba...baik tuan muda!" Terus sahaja langkahnya dibawa keluar daripada bilik mewah itu.
Lelaki berwajah dingin itu meletakkan kembali pistolnya sebelum duduk menyilang kaki. Rambutnya dikuakkan ke belakang.
Dia tersenyum sinis seraya jari jemarinya mengetuk ngetuk meja kayu dihadapannya.
"Sikit je lagi Tengku Haiyan Mikael, sikit je lagi!" Sementa itulah dia melepaskan tawa jahatnya. Bergema seluruh bilik mewahnya itu. Gelas yang berisi air kencing syaitan itu diminumnya rakus.
Setelah dengan kegiatan haramnya, dia mencapai telefon bimbitnya sebelum nama yang dicari ditekan dan pembesar suara turut ditekan.
"Haiyan..." Suara sengaja dia lembutkan nada persis orang yang sedang menangis.
"Hmm, asal kau call aku malam malam buta ni."
"Haiyan? Kau tak tahu ke?"
"Tahu ape? Aku ngantuk ni setan! Kau kalau mabuk jangan kacau aku, cari orang lain la sial!"
"Hawa, Hawa Qaisara."
Belum sempat Tengku Haiyan meletakkan telefonnya nama Hawa Qaisara terlebih dahulu dipetik. Terus sahaja kelopak matanya terbuka luas.
"Kenapa dengan dia?"
"Ibu dan ayah dia accident, takkan kau tak ta—"
tut tut tuttt
Smirk.
Dia meletakkan telefon bimbitnya kedalam poket seluarnya sebelum melangkah keluar daripada club.
Keadaannya yang sedikit mabuk membuatkan dia berjalan secara tidak stabil. Langkah panjangnya terus dibawa hingga ke kereta honda civic nya. Tetapi belum sempat dia mencapai pintu kereta, dia sudahpun rebah ditepi jalan.
"Eh encik, encik oke ke?" Wanita itu bingung. Melihatkan wajah merah lelaki itu cukup membuatkan wanita itu tahu bahawa dia sedang mabuk.
"Kau?" Lelaki itu tersenyum sinis. Tangannya dibawa untuk menyentuh pipi mulus wanita itu.
YOU ARE READING
HIS GIRL | C
FanfictionBagi seorang pembaca novel seperti Hawa Qaisara, memiliki seorang lelaki seperti 'fictional character' hanyalah suatu impian yang tidak akan tercapai. Tambahan pula kehidupannya yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kisah novel yang dibaca oleh...