Hari ini umi menguruskan surat perpindahan sekolahku, kerana semalam abah memberitahu bahawa dia telahpun selesai menguruskan tentang surat pertukaran sekolahku ke Kelantan. Jadi sekarang aku cuma perlu mendaftarkan diri ke sekolah di Kota bharu ini. Berdekatan dengan rumah nenek dan atukku.
"Adik boleh ke duduk sorang dalam rumah ni?"
"Erk boleh kut umi." Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Melihatkan betapa suramnya rumah itu membuatkan bulu romaku naik. Tetapi aku tiada pilihan lain. Aku perlu hidup berdikari kerana aku tidak mahu menyusahkan sesiapa.
Rumah batu yang masih belum siap itu adalah rumah peninggalan nenekku dahulu. Atukku, dia mempunyai 3 orang isteri. Dan nenek kandungku telahpun meninggal dunia sejak aku berumur 6 tahun. Jadi rumah peninggalan nenekku ini dibiarkan begitu sahaja. Cuma atuk ku itu akan mengupah orang untuk membersihkan rumah ini sebulan sekali.
Aku memang tinggal seorang diri disini. Tetapi rumah atukku hanya bersebelahan dengan rumahku. Dia memang menyuruhku untuk tinggal bersamanya, tetapi aku tidak mahu. Disebabkan dia mempunyai 2 orang isteri, dan mempunyai 5 orang anak. 3 orang adalah anak daripada isteri keduanya. Dan 2 orang lagi adalah anak kepada isteri ketiga nya. Semuanya masih diperingkat remaja sepertiku. Jadi aku sedikit segan untuk duduk sebumbung dengan mereka semua.
"Kalau adik tak selesa duduk sini, kita balik la duduk rumah papa. Nak?"
"Eh takpela umi. Adik okey je."
Sejujurnya aku memang rasa tak selesa. Tetapi aku lebih tak selesa apabila berada dirumah ayah tiriku itu. Bukan kerana ayah tiriku, tetapi kerana anak anaknya. Dia mempunyai 3 orang anak lelaki.
Selepas kejadian tempoh hari membuatkan aku sedikit takut untuk berdekatan dengan lelaki. Bukanlah ingin bersangka buruk pada adik beradik tiriku itu, tetapi aku cuma rasa tak selesa. Disebabkan aku seorang sahaja anak perempuan yang berada didalam rumah itu. Malu! Kaklongku sudahpun berkahwin dan hidup bersama suaminya di Kuala Krai, Kelantan. Begitu juga dengan Kak ngahku. Dia menetap di Bachok, Kelantan. Kakak ketiga ku pula pelepasan spm. Sekarang dia berada di UITM.
Jadi aku tiada pilihan lain. Aku perlu memaksa diriku untuk hidup berdikari. Lagipun aku sudah cukup terbiasa untuk menguruskan rumah seorang diri.
"Hmm. Kalau ni la keputusan adik, umi tak boleh nak kata apa dah."
Umi mengerling sekilas jam pada telefon bimbitnya. Pukul 6 petang.
"Okeyla dik. Umi balik dulu. Nanti kalau ada apa apa call je umi terus, tak pun panggil tokwan dekat sebelah ni."
Aku hanya menganggukkan kepalaku seraya tersenyum manis kepada umi.
Pintu rumah dikunci sebaik sahaja umi meninggalkan perkarangan rumah ini.
Aku mengeluh perlahan. Cuma ada esok sehari sahaja lagi untuk aku bercuti. Hari ahad sekolah bakal dibuka. Dan itu membuatkan aku berdebar tak tentu arah. Iyala, aku bakal menjadi murid baru di sekolah itu.
"Aku bukannya takut sebab sekolah dah nak buka. Tapi sebab lepasni tokwan suruh aku pergi sekolah sendiri. Naik motor pula tu." Aku membebel seorang diri sambil menyapu sedikit habuk pada ruang tamu itu.
Bilik yang berada di hujung tingkap dituju. Rumah ini mempunyai 4 buah bilik. Walaupun rumah ini nampak sedikit menyeramkan daripada luar, akibat daripada batu bata yang tidak di simen itu. Tetapi kawasan didalam rumah ini boleh tahan cantik. Ruang tamunya luas. Bilik pun boleh tahan luas juga.
Tuala dicapai dan aku berlalu kedapur untuk membersihkan diri. Bilik airnya berada di area dapur.
Seusai membersihkan diri. Aku mendirikan solat fardhu maghrib dan membaca al quran bagi menunggu masuknya waktu solat fardhu i'syak.
YOU ARE READING
HIS GIRL | C
FanfictionBagi seorang pembaca novel seperti Hawa Qaisara, memiliki seorang lelaki seperti 'fictional character' hanyalah suatu impian yang tidak akan tercapai. Tambahan pula kehidupannya yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kisah novel yang dibaca oleh...