☆ BAB 14 ☆

786 35 0
                                    

"I want you to find out about this girl."

Gambar kad pengenalan yang berwarna biru itu ditunjukkan kepada kawannya. Mateen Nadhir.

"Hawa Qaisara?" Melihatkan sahabatnya itu hanya merenungnya tanpa perasaan, lantas sahaja dia membuka langkah. Meninggalkan Tengku Haiyan seorang diri di dalam markasnya itu.

Seminggu sudahpun berlalu sejak kejadian di kliniknya tempoh hari. Hal ini membuatkan dia merasa tidak tenang. Apatah lagi setelah melihat akan perubahan Hawa Qaisara itu. Dia merasa seperti dialah punca akan perubahan Hawa Qaisara. Disebabkan hinaannya tempoh hari.

Dan yang membuatkan dia pelik adalah, macam mana Hawa Qaisara boleh berada di Kelantan pada keesokkan harinya itu? Takkanlah larikan diri daripada dia sehingga membawa diri ke Kelantan? Tak mungkin.

Disebabkan persoalan demi persoalan yang timbul membuatkan dia ingin mencari tahu tentang Hawa Qaisara.

Nafas dihembus kasar. Rahang diketapnya kuat. Notification daripada tunangnya itu membuatkan dia rimas.

Elvina
— You, you buat apa? I nak ajak you lunch. Dah lama kita tak jumpa kan? I rindu you Haiyan.

—Daddy cakap you dah seminggu balik Kelantan. Kenapa tak bagitahu I? 

Tengku Haiyan hanya membacanya sahaja daripada notificationnya itu tanpa ada niat ingin membalasnya.

Mata dipejamkan. Jari telunjuknya mengetuk ngetuk meja kayu dihadapannya. Bunyi pintu yang dibuka tidak diendahkannya.

"Fikir pasal apa?"

Tengku Haiyan membuka matanya sebaik sahaja bunyi bising kerusi dihadapannya itu ditarik.

"Dah sihat?"

"Dah. Kalau tak, tak adanya aku dekat depan kau sekarang ni."

Tengku Haiyan hanya menganggukkan kepalanya. Bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Faiq itu.

"Macam mana? Kau dah cuba tanya Affan?" Tengku Haiyan mengerling sekilas kearah pintu biliknya yang tertutup rapat. Takut jika didengari oleh orang lain juga.

"Dah. Tapi dia cakap, dia dah tak ada perasaan dekat Elvina. Semua tu cerita lama."

"Tipu. Aku tahu dia masih cintakan Elvina. Tapi dia egokan diri dia."

"Tak Haiyan. Dia bukan ego. Tapi dia taknak kacau Elvina. Kau faham apa maksud aku kan?"

"Sebab Elvina tunang aku? Damn it. Dia tahu yang pertunangan antara aku dan Elvina tu disebabkan pilihan keluarga."

Tuk tuk tuk

Tengku Haiyan dan Faiq Mukhriz memandang sesama sendiri sebelum Tengku Haiyan menyuruhnya untuk masuk. Sebaik sahaja pintu itu terbuka, jelaslah terpampang sosok tubuh sasa Affan Haqeem.

"Lah kau pun ada." Affan melangkahkan kakinya kearah meja kayu yang diduduki oleh mereka berdua itu. Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan disitu.

"Dah kenapa korang pandang aku macam tu?"

Faiq tersengih tawar. Menelan liurnya kesat. Dia takut jika perbualannya antara Tengku Haiyan itu tadi didengari oleh Affan.

"Aku nak korang berdua stay dekat Kelantan buat sementara waktu. Minggu depan baru korang balik Selangor."

"Sebab?" Affan menyoal dengan tangan yang dibawa memeluk tubuh.

"Sebab boleh dung gu dung gu dung—"

Tuk

"Arghhh!" Faiq menggosok kepalanya yang diketuk oleh Affan itu.

Tengku Haiyan hanya mengabaikan sahaja telatah sahabatnya itu.Malas nak layan.

"Sebab sekarang ni Dato Joe ada dekat Selangor. Semalam Megat telefon bagitahu aku. Dia yang suruh korang duduk dekat Kelantan buat sementara waktu."

"Okay. Tapi hotel kitaorang kau bayar." Faiq memberitahu dengan muka yang tidak tahu malu.

"Takde masala—"

Deringan telefon bimbit Tengku Haiyan itu membuatkan tiga kepala memandang tepat kearah telefon itu.

Elvina

Tengku Haiyan terus sahaja memandang kearah Affan Haqeem.

Affan mengetap kuat rahangnya. Perasaan cemburu yang hadir didalam dirinya itu ditolak jauh jauh.

Telefon dilekapkan ditelinga.

"Biy....kenapa lama sangat nak balas mesej I." adu Elvina tidak berpuas hati.

"I busy sikit sayang. Nanti I call you balik." Talian terus sahaja dimatikan. Anak mata Tengku Haiyan masih merenung sisi wajah Affan yang melemparkan pandangannya kearah rak buku yang tersusun rapi disebelah meja kayunya itu.

Dia tahu sahabatnya itu menyimpan perasaan terhadap tunangnya. Dan hal itu memudahkan lagi kerjanya.

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now