☆ BAB 34 ☆

314 16 0
                                    

Bamm !

Aku tersentap. Jantungku berdetak begitu laju. Parang yang dihentakkan diatas meja kayu itu dipandang lama.

"I'm talking to you Hawa Qaisara!"

"Wh...what?" Melihatkan riak wajah dinginnya itu cukup membuatkan tubuhku menggigil hebat. Apetah lagi tatkala dia mula bermain dengan parang ditangannya. Diputarkan ke udara seperti bermain pen. Gila!

"Apa yang ada pada Tengku Haiyan sampaikan semua perempuan tergila gilakan dia?" Anak matanya tepat menikam kedalam anak mataku dengan senyuman sinisnya.

Aku diam. Jantungku semakin berdetak laju tatkala paras air sudahpun semakin hampir di paras dadaku.

Dia tersenyum sinis sebelum berjalan merapatiku.

"Sara, aku bagi kau dua pilihan. Mati or kahwin dengan aku!"

Aku masih kaku. Diam ditempatku dan merenung pintu bilik usang itu.

"Oh come on! Dia takkan datang selamatkan kau! Dia dah hidup bahagia!"

"Mana kau tahu! Remember Airil, Tengku Haiyan bukan calang calang orang! Kau kenal sapa dia!" Tengkingku kuat. Aku sudah tidak mampu lagi menahan sabar. Dia dan Airil Firdaus tiada beza!

Pasal Tengku Haiyan, ye aku tahu! Dia seorang mafia. Berpunca daripada situlah niat sebenarku untuk berhenti bekerja dengannya.

Flashback

"Hawa, boleh panggilkan Tengku Haiyan dekat belakang? Majlis dah nak mula ni."

"Boleh, sekejap ye." Kaki dibawa laju kearah pintu belakang kilang. Tetapi bunyi pasu pecah yang begitu kuat serta suara lelaki yang sedang bertekak membuatkan aku kaku.

"Bodoh! Macam mana kau boleh ambil semua ni sambil lewa?!"

"Haiyan, kitaorang—"

"Enough! Aku serahkan group ni pada kau sebab aku percayakan kau Megat! I think that you can handle our group but no! Kau punca musuh kita datang balik!"

"Tapi semua benda ni dah lama dirancang Haiyan! Diaorang tahu Dato Joe akan mati ditangan kita, diaorang cuma berdiam diri, diaorang tunggu sampai kau serahkan group ni pada aku!" Megat Rayyan sedikit bengang dengan tindakan Tengku Haiyan yang membaling pasu kearahnya, nasib sahaja dirinya sempat mengelak.

"Musuh kalini terlalu licik. Aku rasa, dia musuh dalam selimut."

Faiq mengangguk laju, bersetuju dengan kata kata Affan.

"So identiti kita..."

"Yes, that's the problem!" Tengku Haiyan melepaskan keluhan kasar. Dia menyangka bahawa dia sudah tidak perlu lagi berada didalam dunia gelap ini.

"So, apa rancangan kau?" Faiq menyoal dengan mata yang meliar memandang sekeliling.

Pantas aku berpaling dan menyorok disebalik dinding pintu.

"Call Raees and Nadhir. Kita bincang dekat markas. Tepat pukul 10 malam, semua dah kena ada dekat sana!" Tengku Haiyan melangkah laju meninggalkan mereka semua. Lantas aku membawa langkah kehadapan semula.

Endflashback

Dia menarik senyuman sinis.

"Tengku Haiyan? Apa kau ingat dia hebat sangat?" Dia menarik daguku bagi memandangnya. Anak matanya tepat menikam kedalam anak mataku.

"Just wait and see!" Jeritku dihadapan wajahnya.

Dia tersenyum sinis lagi sebelum duduk di buju meja. Tangan dimasukkannya ke dalam poket seluar.

HIS GIRL | CWhere stories live. Discover now