" ... Soonyoung, Seokmin dengan Seungkwan yang orang kata dumb trio dekat sekolah. Kadang-kadang Seungkwan yang extrovert pun nampak normal. Risau je tengok. " Usik Jihoon membuatkan mereka tergelak besar. Malah makin galak tawa mereka kerana reaksi dari tiga orang itu.
" Excuse me, siapa kata aku tak normal? Aku masih normal, manusia bertauliah lagi ni. " Balas Soonyoung membuatkan Jihoon memandangnya tidak percaya.
" Normal ke kalau labelkan diri sendiri harimau? Tak habis-habis dengan horanghae... horanghae dia. Tch. " Jihoon berdecit kecil membuatkan Soonyoung pula memandangnya jengkel.
Dalam Soonyoung dan Jihoon bertekak lidah antara satu sama lain, mereka hanya memerhati. Malah Kim Taehyung yang berada bersama mereka di dalam bilik latihan itu hanya tersenyum.
" Wah, seronok betul berkawan dengan korang. Ada je benda random buat aku happy. " Ujar Taehyung. Itu membuatkan Seungcheol tersenyum kecil lalu bahu lelaki itu dirangkul perlahan.
" Itu baru sikit. Kalau kau ganti dengan tempat aku, mungkin kau nak resign jadi kawan diorang. " Usiknya membuatkan mereka semua memandangnya dengan jengkel manakala Taehyung keliru.
" Wae? " Soalnya.
" Dah macam duduk dekat zoo. " Balas Seungcheol lagi.
" Hyung, jahat! " Jerit Chan.
" Oh hyung, kata sayanglah apalah. Boleh pula kau kata kitorang macam tu? " Keluh Junhui pula.
" Jahat tho kau, Cheol. " Sampuk Jisoo pula.
Seungcheol hanya tergelak besar memerhati reaksi rakan-rakannya ㅡ bukan mudah untuk buat mereka bereaksi seperti itu. Lagipun mereka comel jadi tidak salah dia mengusik sekali sekala.
" Jeonghan hyung, gwenchana? " Soal Wonwoo.
Sudah tiada bunyi keluhan dan usikan apabila lelaki itu menyoal Jeonghan membuatkan perhatian jatuh kepadanya. Dia perasan sejak awal mereka berjumpa sehinggalah sekarang, Jeonghan seakan tidak fokus dan asyik termenung.
Sudah seminggu kemasukan Taehyung, Jeonghan dengan diamnya semakin menjadi-jadi. Tidak pernah sekalipun, Jeonghan mengangkat wajah memandang Taehyung malah bercakap dengannya.
" Nae? " Jeonghan memandang Wonwoo.
" Kau nampak diam sangat. Selalunya kau akan join kitorang bersembang tapi hari ni... kau nampak lemah semacam. Kau okay tak, hyung? " Terang Wonwoo.
" A-aku okay. Cuma p-penat sikit. " Balas Jeonghan perlahan.
Taehyung hanya memerhati gerak geri Jeonghan di situ tanpa bereaksi apa-apa namun dia tahu kenapa dia sebegitu rupa tetapi dia tidak berniat untuk balik semula ke sekolah tujuan untuk membalas dendam.
YOU ARE READING
[ON-HOLD] The Reality of Penthouse S2 : A Villain.
FanfictionThe Reality of Penthouse series #2 " Mungkin diri aku yang lama datang semula tapi that's all just for you, Choi Seungcheol. " Setelah setahun pertandigan itu tamat dan hubungan mereka menjadi baik semula, ada dua orang lelaki yang datang ke seko...