Pada malam itu,
Seungkwan terjaga daripada tidur disebabkan oleh dia tertidur agak awal setelah Seokmin membawanya pulang. Seokmin merawat luka di kepalanya semasa dia sedang diulit mimpi sehingga lelaki itu tertidur di sebelahnya.
Dia memandang Seokmin yang masih terlena. Make up lelaki itu masih tidak dicuci. Kemudian, matanya itu memandang Hansol yang sudah terlena setelah habis saja event dinner.
Seungkwan menyelimuti Seokmin lalu keluar biliknya untuk membasahkan tekak.
" Hahaha! Omma appa! Hari ni hari paling gembira! Hannie dapat buat benda yang hannie suka. " Dengan tidak sedar dirinya sedang dalam fasa mabuk, dia pun berpusing-pusing dan menggoyangkan badannya.
Jeonghan ketawa sepuas-puasnya seperti sedang dirasuk membuatkan Seungkwan yang ingin turun ke dapur terhenti. Antara takut dengan risau melihatnya sebegitu.
" Hyung, gwenchana? " Soal Seungkwan.
Jeonghan tidak mendengarnya ㅡ masih berada di dunianya sendiri. Dia berpusing-pusing lagi sehingga hampir membuatkan dirinya terjatuh. Seungkwan di situ menahan badan Jeonghan dari terhempas pada meja kaca.
" Hyung, kau masih belajar. Kenapa kau minu- " Dia terhenti berkata-berkata setelah melihat bajunya itu dikotori dengan darah sama juga pada kedua tangan lelaki itu.
Bila diteliti dengan lebih dekat, Jeonghan bukan saja mabuk malah luka pada sisi leher seakan seseorang menghirisnya dengan pisau.
" Kwan-ah, kau nak tahu aku ada buat sesuatu yang menyeronokkan. Dia tolong aku. Aku dah lama sangat nak buat benda tu lagi tapi tak boleh. Orang lain akan jijik dengan aku, Kwan-ah. " Jeonghan tergelak besar sambil menarik kolar baju Seungkwan dan bermain dengan bajunya.
Seungkwan masih menghadam apa maksudnya itu. Secara jujurnya, dia berfikir tentang perkara lain tetapi dia segera menapis fikiran kotornya. Dia tahu lelaki itu memberi maksud lain.
" Hyung, tidur dulu. Kau tengah mabuk sekarang tau. " Arah Seungkwan cuba mengangkat Jeonghan.
" Shireo! Nan shireo. Hannie nak menari lagi. Hannie tengah happy sekarang. " Omel Jeonghan.
" Seungkwan-ah, Jeonghan-ah, mwohae? " Soalnya membuatkan Seungkwan menoleh memandangnya.
" Hyung, kau kena handle Jeonghan hyung sekejap. Aku tak tahu sama dia minum atau tak. Leher dia pun cedera sekarang. " Balas Seungkwan membuatkan Seungcheol menghampirinya.
" Minum? Aku rasa dia belum dewasa lagi. " Balasnya namun dia tidak bersuara. Dia segera menarik lengan Jeonghan dan memapahnya untuk naik ke biliknya itu ㅡ Seungkwan mengeluh perlahan melihat Jeonghan.
" Apa yang kau dah buat, Jeonghan hyung? " Lelaki itu bersoal sendiri. " Aku harap bukan benda yang tak sepatutnya. "
(🎭)
YOU ARE READING
[ON-HOLD] The Reality of Penthouse S2 : A Villain.
FanfictionThe Reality of Penthouse series #2 " Mungkin diri aku yang lama datang semula tapi that's all just for you, Choi Seungcheol. " Setelah setahun pertandigan itu tamat dan hubungan mereka menjadi baik semula, ada dua orang lelaki yang datang ke seko...