🎭 Chapter 19 •

34 5 1
                                    

  " Hyung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Hyung. "

Seungkwan melangkah masuk ke dalam kamar Jisoo lalu tanpa sebarang balasan, dia terus memeluk lelaki itu. Jisoo meletakkan telefon ke tepi lalu pelukan dari Seungkwan dibalas. Dia keliru dengan tindakan lelaki itu namun dia tetap membalas.

" Wae, Seungkwan-ah? " Soal Jisoo.

" I just need to hug you for a while, hyung. " Balasnya.

Jisoo tersenyum kecil sebelum memeluk Seungkwan dengan erat sambil menepuk belakang badannya itu. Seungkwan cuba menahan air matanya yang bila-bila masa boleh pecah tetapi mustahil apabila pelukannya membuatkan dia ingin meluahkan masalahnya.

Dia terasa.

Apa yang lelaki itu katakan tentang Seungcheol amat menyakitkan.

Dia jijik.

Ibu bapanya adalah banduan.

Ya, dia terima kerana itulah kenyataan. Kehidupan dia yang sebenar di mana tidak semua orang akan terima dia sebagai seorang kawan.

Apatah lagi sebagai seorang sahabat.

Tetapi semua itu keluar dari mulut Seungcheol sendiri ㅡ yang dia anggap sebagai abangnya yang sanggup menjaganya dan menerimanya. Dia percayakan lelaki itu tetapi kenapa... kenapa Seungcheol?

Apabila dia memikirkan masalah itu, air matanya pula pecah membuatkan dia menangis teresak-esak pada dada Jisoo.

" Seungkwan-ah, kenapa menangis ni? " Soal Jisoo.

Seungkwan masih tidak ingin bergerak untuk bangkit membuatkan Jisoo terpaksa mengangkat badannya untuk menghadap Jisoo. Kelihatan wajah Seungkwan basah dengan air matanya sendiri.

" Seungkwan-ah, mind to share what happened? Did someone bother you at school? Or Jeonghan? " Soal Jisoo panik melihat Seungkwan tidak berhenti dalam menangis.

" Seungcheol hyung... aku dah tak nak percaya dekat siapa-siapa lagi hyung. Aku dah penat tersiksa sebab kehidupan aku tapi dia sebut pasal sesuatu yang aku benci, hyung. " Balas Seungkwan.

" What do you mean, Seungkwan? Kenapa kau sebut nama dia? Tak mungkinlah dia akan cakap macam tu dekat kau. " Ujar Jisoo tidak percaya dengan apa yang Seungkwan cuba sampaikan.

Tidak mungkin Seungcheol akan sebut tentang topik berkaitan kehidupan lampau Seungkwan walhal lelaki itulah yang cuba memujuk Seungkwan terus menerus suatu masa dahulu.

" Dia kata aku jijik. Dia jijik dengan omma appa sebab diorang banduan. Dia dah tak anggap aku as adik dia dan dia dah penat nak hadap aku. Hina sangat ke aku sampaikan Seungcheol hyung pun benci aku. " Omel Seungkwan.

Jisoo kehilangan kata-kata mendengar omelan lelaki itu. Dia juga tidak tahu cara lain untuk memujuk sang adik kerana cacian itu keluar dari mulut Seungcheol itu sendiri.

[ON-HOLD] The Reality of Penthouse S2 : A Villain. Where stories live. Discover now