🎭 Chapter 23 •

39 5 0
                                    

Day 19 beforethe competition

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Day 19 before
the competition

Kelas gred ketiga itu kedengaran suara lantang cikgu atau puan Kim memanggil seorang demi seorang dari dalam kelas itu untuk mengambil kertas peperiksaan pertengahan tahun mereka. Seungkwan dan Hansol hanya menunggu masa nama mereka untuk dipanggil sahaja.

" Lee Chan. " Sebut puan Kim sambil mencari pelajar bernama Chan namun tempatnya masih kosong tiada orang.

" Dia masih tak datang, ssaem. " Balas Seungkwan.

" Tak datang lagi? Mana pula dia pergi? Kalau sayalah kira berapa hari dia tak datang, termasuk hari ni je dah dua minggu dia tak masuk sekolah. Keputusan hari ni pun teruk sangat macam orang bodoh. Chan dah ada keputusan berhenti sekolah ke? " Omelnya lalu nafas kecil dilepaskan.

" Seungkwan dengan Hansol, bukan ke kamu berdua kawan baik dengan Chan siap duduk satu dorm. Tipu kalau awak kata awak tak jumpa Chan sampai ke hari ni. " Ujar puan Kim lagi membuatkan Seungkwan dan Hansol teragak-agak untuk menjawab.

Lagipun, mereka sudah tidak berjumpa dengan Chan selama dua minggu setelah lelaki itu keluar dari dorm mereka malah tempat tinggal baharu Chan juga tidak tahu. Jadi, bagaimana mereka ingin terangkan semua itu kepada puan Kim?

They don't want to expose everything that happened between them and Chan and even... Seungcheol and Jeonghan.

" Sejujurnya, kami pun tak tahu Chan ke mana ssaem tapi dia ada kata hari tu... dia sibuk jaga halmeonie dia yang tengah tenat. Kemungkinan itulah sebabnya dia tak datang sekolah. " Sampuk Hansol masih yakinkan puan Kim.

Sudah bermacam-macam alasan di dalam fikiran tapi tiada yang sesuai. Tidak mungkin dia ingin kata Chan keluar daripada dorm sudah dua minggu dan tinggal di tempat lain. Kalau puan Kim menyoal mengapa itu? Jujur dia tiada jawapan untuk itu.

Lainlah pula kalau alasan lain Chan bergaduh dengan Seungcheol tempoh hari sehingga menyebabkan dia keluar daripada dorm dan tinggal di tempat lain. Kalau puan Kim soal mengapa mereka berdua bergaduh itu dia tiada jawapan.

Pergaduhan mereka bagi para guru atau orang yang lebih berumur menganggap itu hanyalah pergaduhan kebudak-budakan atau childish tetapi realitinya ialah mereka bergaduh setelah pembunuhan bapa Jisoo.

Mereka sendiri tidak sangka pembunuhnya pula ialah Jeonghan tetapi apa yang mengejutkan mereka ialah Seungcheol berubah drastik setelah menyertai pihak Jeonghan.

Seungkwan dan Hansol sehingga sekarang mencari punca dan faktor sebenar pergaduhan mereka retak.

" Huh, kalau macam tu saya tak berani nak cakap apa-apa tapi tolonglah pujuk Chan untuk datang sekolah semula. Sambil dia bersekolah, dia boleh minta tolong kamu jaga halmonie dia. Kamu ada tiga belas jadi tak ada masalah rasanya. " Rayu puan Kim.

[ON-HOLD] The Reality of Penthouse S2 : A Villain. Where stories live. Discover now