🎭 Chapter 21 •

43 4 1
                                    

  " Baik, itu apa yang hyung nak tapi aku nak Jeonghan hyung dengan Seungcheol hyung tahu satu je, " Ujar Seungkwan sambil memandang mereka silih berganti dengan matanya yang basah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Baik, itu apa yang hyung nak tapi aku nak Jeonghan hyung dengan Seungcheol hyung tahu satu je, " Ujar Seungkwan sambil memandang mereka silih berganti dengan matanya yang basah. " Kwan nak hyung tahu kitorang tak suka susahkan korang sejak kita bersama daripada dulu. Kitorang tak pernah minta banyak pun tapi cuma sayang je yang kitorang akan minta, "

Kata-kata Seungkwan terjeda kerana cuba menahan tangis yang bila-bila masa saja boleh pecah.

" Hyung tahu apa perasaan aku bila kau cakap beban kau ringan sebab dah tak jaga kitorang? Sakit, hyung. Sakit sangat. Aku tak sangka selama ni kau jaga kami bukan sebab kasih sayang yang ikhlas, " Ujar lelaki itu dan air matanya yang ditahan pecah jua. " Tapi hyung, aku tak akan cakap apa-apa lagi sebab kau pun yang decide untuk putuskan sahabat. Aku terima apa yang kau buat, hyung. "

Seungkwan menatap Seungcheol sambil bibirnya itu mengukirkan satu senyuman kecil.

" Terima kasih hyung sebab kau sudi terima aku yang ada kehidupan silam yang jijik dan buruk. Terima kasih sebab kaulah aku tahu apa itu kasih sayang sebenar. I just hope your life will getting better after this. We are not best friends anymore but still kita masih berkawan lagi. " Omel Seungkwan untuk kali terakhir lalu keluar daripada bilik latihan meninggalkan Seungcheol serta Jeonghan yang masih terpinga-pinga.

Seorang demi seorang keluar daripada bilik latihan itu mengikuti Seungkwan yang sudah jauh. Kali ini hanya tinggal Seungcheol, Jeonghan dan Jisoo. Seungcheol memandang ke arah tingkap cuba menghadap situasi yang baru sahaja berlaku tadi.

Tanpa sebarang amaran, Jisoo mendekati Jeonghan lalu pang!

Pipi Jeonghan ditampar dengan agak kuat oleh Jisoo membuatkan Seungcheol dan Jeonghan tersentak di situ.

" Hong Jisoo! " Jerit Seungcheol.

" Apa! " Dada Jisoo turun naik menahan amarah yang kian meningkat. " Sekarang kau dah puas ke? Cukup puas hancurkan persahabatan sendiri sampaikan kau dah tak kisah perasaan diorang. Sekarang kau tengok sendiri apa yang kau dah buat, Choi Seungcheol! Kau tengok sendiri, Yoon Jeonghan! Kau sedar sendiri apa kau dah buat, sial! "

" Tapi kau sendiri yang buang aku daripada team kau dan sekarang kau nak salahkan aku pula! Kau sendiri pun tak sedar apa kesalahan kau, Hong Jisoo! Kaulah punca sebenar persahabatan kita hancur! " Jeonghan memandang Jisoo dengan tajam.

Jisoo menarik kolar Jeonghan dengan kasar.

" That's how friendship works, Yoon Jeonghan! Kalau kau dah itu kesalahan kau, kau patutnya datang pada aku dan merayu minta maaf dekat kawan kau sendiri bukan jadi batu api sampai hancur persahabatan kita! " Jerkah Jisoo lalu melepaskan kolarnya dengan agak kasar.

Kali ini, Jisoo menoleh memandang Seungcheol pula.

" Ikut koranglah nak buat apa. Aku dah tak kisah dah. Kalau aku nak merayu atau melutut macam pengemis pun tak ada guna. Aku terima kalau persahabatan kita ni dah tak akan bersambung semula, " Ujarnya sambil memandang Seungcheol dan Jeonghan silih berganti itu. " Pertandingan tu dah nak dekat jadi aku berharap kau tak akan gunakan diorang untuk dapatkan tempat pertama. "

[ON-HOLD] The Reality of Penthouse S2 : A Villain. Where stories live. Discover now