Hong Jisoo... Jisoo-ah... Joshuji-ah. Bukalah pintu. Kau nak balik dorm tak? " Dengan keadaan mabuk itu serta wajahnya kemerahan kesan daripada alkohol itu dia memanggil nama Jisoo sambil pintu diketuk.
Dia mabuk dan tidak sedar namun dia masih berada di dalam ketakutan kerana Raven berdiri di belakang sambil mengacu pisau pada belakang lehernya.
Jeonghan tidak berfikir panjang lalu mengetik enam nombor untuk membuka kunci pada pintu. 951231 - adalah kata kunci rumahnya.
" Aku tak kisah. Macam mana cara sekali pun bunuh siapa je yang ada dalam rumah ni. Aku tahu kau boleh handle. Kalau kau nak kawan-kawan kau selamat jadi buat apa yang aku suruh. " Hasut Raven lalu memberi sebilah pisau pada Jeonghan.
Jeonghan yang masih mamai dengan keadaan yang tidak baik masuk ke dalam rumah milik Jisoo.
" Jisoo, kamu ke t- Yoon Jeonghan? " Dan kebetulan bapanya berada di ruang tamu sedang bermesyuarat di dalam talian namun kegiatannya tergendala sebaik sahaja dia mendengar pintu dibuka daripada dalam.
" Jisoo ada dekat dalam? " Soal Jeonghan. Sebelah tangan kanan yang berada di belakang badannya itu mengenggam pisau yang diberi tadi.
" Tak ada. Bukan ke kamu yang ambil Jisoo. Katanya ada event dinner malam ni. " Balas bapanya, dengan serta merta dia mulai curiga dengan tindak tanduknya yang seakan tidak betul.
Jeonghan tersenyum manis pada bapanya itu sambil mendekati bapa Jisoo. Matanya memandangnya lalu menikam bahu bapanya dengan kasar. Dia menolak bapa Jisoo masuk ke dalam stor.
" Dasar anak muda tak berguna. Kau masih sama je macam diri kau yang dulu! Argh! " Jerit bapanya. Dia masih bersusah payah menahan tangan Jeonghan itu dari menikam dirinya sekali lagi.
" Aku tak akan pernah berubah! Aku akan bunuh kau dan sesiapa je yang ambil kemenangan dari aku. Kau tahu Jisoo tak layak juara untuk pertandingan tahun lepas. Aku tak restu kemenangan anak kau! " Lelaki itu menikam perut bapanya pula.
" Kau memang patut mati! Aku nak kau mati! "
Bapanya menolak Jeonghan sehingga semua kotak di dalam stor itu jatuh bertaburan. Jeonghan menolak kaki bapanya sehingga dia terjatuh lalu menikam pula belakang badan bapanya.
" Sial! " Jerit Jeonghan lalu membaling meja kecil itu pada badannya. Dia tergelak besar memandang pada jasad bapa Jisoo yang sudah mati.
" Kau pun dah tak ada sesiapa, Hong Jisoo. Kau dah tak ada bapak. Aku dah bunuh mak bapak kau, Jisoo. " Jeonghan tergelak besar namun kelihatan air mata mengalir dari tubir matanya.
" Yoon Jeonghan, gwenchana? " Soal Seungcheol.
Jeonghan terjaga daripada tidurnya lalu memandang Seungcheol hairan.
YOU ARE READING
[ON-HOLD] The Reality of Penthouse S2 : A Villain.
FanficThe Reality of Penthouse series #2 " Mungkin diri aku yang lama datang semula tapi that's all just for you, Choi Seungcheol. " Setelah setahun pertandigan itu tamat dan hubungan mereka menjadi baik semula, ada dua orang lelaki yang datang ke seko...