🎭 Chapter 14 •

36 5 0
                                    

   Dengan keadaan senyap sunyi, diam tanpa sebarang kata-kata, mereka semua pulang ke dorm

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan keadaan senyap sunyi, diam tanpa sebarang kata-kata, mereka semua pulang ke dorm. Jisoo kekal berada di sebelah Seungcheol tanpa memandang Jeonghan langsung. Malah, kata-kata terakhir Jisoo tadi sangat mengejutkan Jeonghan sendiri.

Dengan pantas, Jisoo masuk ke dalam dorm sebaik sahaja Seungcheol membuka daun pintu. Jeonghan mengejar Jisoo daripada belakang lalu lengan Jisoo direntap kasar membuatkan Jisoo memandangnya.

" Hong Jisoo, waegeurae? " Soal Jeonghan.

" Fikir sendiri. " Balas Jisoo pendek lalu lengan kanan yang dipegang Jeonghan cuba direntap namun tidak tahu mengapa genggaman tangan Jeonghan sangat kuat ketika itu.

" Kalau kau tak bagitahu, macam mana aku nak tahu Jisoo-ah? Kau act strangely sejak pagi tadi. Now tell me what I did wrong? " Balas Jeonghan. Sebenarnya, dia takut. Takut jika Jisoo jadi begini kerana dia sudah tahu perkara sebenar.

Dia takut tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kalau Jisoo sudah tahu perkara sebenar. Dia cuba bagitahu perkara sebenar tetapi percayakah Jisoo nanti? Cuba kalau Seungcheol dan kawan-kawannya yang lain tau tentang perkara sebenar?

" Aku benci kau, Yoon Jeonghan! " Jerit Jisoo.

Jisoo merentap lengan kanannya sehingga terlepas dari genggaman Jeonghan lalu menolak Jeonghan itu sehingga hampir terjatuh. Tidak semena-mena, Jisoo menangis teresak-esak memandang Jeonghan.

" Apa lagi kau nak daripada aku? Apa dendam kau? Kenapa mesti keluarga aku yang kau sentuh? Kenapa kau sanggup bunuh appa aku sendiri? Kenapa! " Jerit Jisoo.

Bukan sahaja Jeonghan terkejut malah Seungcheol serta rakan-rakannya yang lain tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Jisoo mengambil bantal atas sofa itu lalu memukul Jeonghan dengan kasar.

" Kau dah bunuh omma kandung aku. Sekarang, kau bunuh appa aku pula! Kau memang kawan tak guna! Kau hancurkan hidup aku! Kau bunuh diorang! Aku percayakan kau tapi kenapa kau buat aku macam ni! " Setelah melihat Jisoo hilang kawalan, Soonyoung segera menahan badan Jisoo.

" Mianhae... Mianhae, Jisoo-ah. Aku- " Ujarnya cuba untuk beritahu perkara sebenar tetapi balasan Jisoo membuatkan dia hilang kata-kata.

" Aku tak akan maafkan kau lagi, Jeonghan-ah. "

(🎭)

Jeonghan terduduk di atas lantai setelah mendengar ayat daripada Jisoo sendiri. Dia tidak sangka ayat itu keluar daripada mulutnya sendiri. Rakan yang sangka akan memaafkan dirinya, mendengar penerangannya dan beri waktu tetapi tidak.

Dia tidak sangka Jisoo akan bertindak begitu. Kalau begitu, bagaimana dia ingin menerangkan semuanya yang terjadi? Dia sedar dia memang membunuh bapa Jisoo tetapi atas paksaan.

Dia sendiri tidak perasan dengan kejadian itu. Dia tak tahu mengapa kata-kata itu dikeluarkan dari mulutnya tempoh hari. Dia sudah berubah ke arah yang baik.

[ON-HOLD] The Reality of Penthouse S2 : A Villain. Where stories live. Discover now