Dengan amarah yang membara, tangan kanan lelaki itu dikepalkan seakan cuba menahan amarahnya itu. Dia segera mendekati Hyungwon yang berada dalam stor sukan menyusun peralatan sukan di situ.
Jeonghan menolak badan Hyungwon kasar lalu pintu stor ditutup. Belakang badan Hyungwon terkena pada rak bola membuatkan dia mengaduh sakit.
" Sakitlah. Kau nak apa tolak aku macam nak gaduh? " Ujar Hyungwon sambil memandang Jeonghan. Dia tergelak sinis lalu mengambil kayu besbol di atas rak sebelahnya lalu mendekatinya dengan perlahan.
" Yoon Jeonghan, letak kayu tu. Kenapa? Cerita pada aku bagi aku faham dulu boleh tak? " Soal Hyungwon dengan langkahnya dibelakangkan.
" Kau gunakan aku! Kau yang bunuh appa Jisoo kan bukan aku! Kau memang sial, Chae Hyungwon! " Ujar Jeonghan namun wajah Hyungwon dipenuhi dengan perasaan keliru malah dia sendiri tidak memahaminya apa yang cuba disampaikan Jeonghan.
" Apa maksud kau, Jeonghan-ah? Kau sendiri bunuh bapa Jisoo? Apa ni? Aku tak faham. " Soalnya masih memerlukan penjelasan Jeonghan.
Dengan pandangan yang tajam serta perasaan tidak puas hati, Jeonghan menarik kolar baju Hyungwon itu membuatkan lelaki itu agak gerun. Pandangan lelaki itu masih keliru dengan kata-kata Jeonghan sendiri.
" Kau orang yang pakai mask hitam tu, kan? Kaulah yang bawa aku ke dorm Jisoo lepas je kau mabukkan aku! Kau bunuh bapa Jisoo bukan aku! Kau memang jalang tak guna! " Jerit Jeonghan lalu menolaknya itu agak kasar.
" Aku akan pastikan kau tak akan buka mulut dengan apa yang dah jadi terutama sekali Jisoo. Kau memang patut mati! Mati, Chae Hyungwon! Mati! " Jeonghan mengayunkan kayu besbol ke arahnya.
Tidak sempat Jeonghan cuba memukul, Hyungwon terlebih dahulu menahan kayu besbol itu namun lelaki itu seakan lebih kuat tenaganya semasa dia marah.
Pak! Pak! P-!
Hyungwon dipukul dengan agak kuat sehingga tidak sengaja terkena pada sisi wajahnya. Seketika itu, ada tangan yang menahan kayu besbol itu membuatkan Hyungwon dan Jeonghan memandangnya.
" Kau... cuba buat apa ni Jeonghan-ah? " Taehyung memandang Jeonghan hairan.
(🎭)
Wonwoo dan Seungkwan dalam perjalanan untuk ke kelas mereka masing-masing. Suasana yang diam itu membuatkan Seungkwan memandang Wonwoo. Dia tahu Wonwoo masih berfikir tentang hal itu.
Hal di mana dia perlu membuat keputusan untuk dia selamatkan Seungkwan sendiri. Dia tertanya jika satu keputusan itu adalah keputusan yang baik untuknya dan Wonwoo.
YOU ARE READING
[ON-HOLD] The Reality of Penthouse S2 : A Villain.
FanfictionThe Reality of Penthouse series #2 " Mungkin diri aku yang lama datang semula tapi that's all just for you, Choi Seungcheol. " Setelah setahun pertandigan itu tamat dan hubungan mereka menjadi baik semula, ada dua orang lelaki yang datang ke seko...