*** warning : some sexual harassment scene
" Choi Seungcheol, mana kau? " Soal Jeonghan cuba menahan amarahnya sambil mencari keberadaan dia. Seungcheol yang baru sahaja membersihkan diri pula turun daripada situ dan memandang Jeonghan. Lelaki itu mengukirkan satu senyuman penuh makna.
" Aku ada dekat sinilah, tak payah menjerit. Apa yang kau nak daripada aku? " Soal Seungcheol sinis sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tualanya itu. Jeonghan mendekati Seungcheol lalu kolar baju yang dipakainya ditarik dengan kasar dan menolaknya arah dinding.
" Kau sedar tak apa yang kau dah buat pada aku dan Chan pagi tadi? Kau nak aku jadi arwah ke gila? " Soal Jeonghan lalu menarik kolar baju Seungcheol namun dia hanya tergelak dengan sinis dan agak kuat. Tidak semena-mena, rambut panjang Jeonghan ditarik oleh Seungcheol.
" Argh, sakitlah bodoh! " Jerit Jeonghan.
" Aku tak faham kenapa Chan muncul pada masa aku tolak kau dan bukan hari lain. Kalau tak aku dah jejak tempat pengebumian kau hari ni juga. Kau sedar kau dah malukan aku, Yoon Jeonghan? " Balasnya sambil menarik rambut Jeonghan dengan kuat membuatkan Jeonghan cuba bergelut untuk melepaskan diri.
" Aku tak tahu apa motif kau yang sebenar tapi kalau aku cakap aku tak buat, aku tak buatlah! Kau jenis tak faham bahasa ke? " Jerkah Jeonghan dengan sangat kuat lalu menendang bahagian abdomen Seungcheol itu.
Seungcheol menunduk menahan kesakitan tetapi dia tetap memandang Jeonghan dengan tajam. Tidak lagi diceritakan reaksi daripada Jeonghan yang menahan amarah.
" Jangan ingat aku bodoh, Yoon Jeonghan. Kau cuba sabotaj partner kau sendiri sebab kau tak nak aku jadi pemenang nanti. Kau cuba betray aku! Kau fikir benak aku tapi kau tak fikir kebodohan kau sendiri! Kau yang malukan aku! Bodoh! Kau patut mati! " Jeritnya.
Seungcheol mendekati Jeonghan lalu menendang di bahagian perutnya namun Jeonghan mengelak. Tidak semena-mena, Jeonghan menumbuk di wajahnya itu membuatkan darah segar mengalir.
Seungcheol menghiraukan darah itu lalu menendang Jeonghan di bahagian wajahnya. Tidak cukup dengan itu, Seungcheol menendang perutnya sehingga lelaki itu jatuh terbaring. Dia menindih badan Jeonghan lalu memukul wajah Jeonghan berulang kali.
Jeonghan menahan wajahnya menggunakan tangan. Dia menendang belakang badan Seungcheol hingga lelaki itu jatuh terdorong ke hadapan. Dia sendiri tahu dia tidak akan mampu melawan kekuatan lelaki itu.
Dengan pantas, Jeonghan masuk ke dalam kamar itu dan mengunci pintu itu. Seungcheol mengetuk kasar pintunya membuatkan Jeonghan ke belakang. Kali ini dia sedar, perubahan Seungcheol agak menakutkan.
" Yoon Jeonghan, kau lupa aku ada kunci bilik sendiri dan kau sedar tak kau berada dekat rumah mana ni? " Soal Seungcheol daripada luar sehingga Jeonghan di dalam tersedar sesuatu.
" Aku tak akan biarkan kau terlepas dengan aku. Kau dah malukan aku dan malam ni biar aku malukan kau pula. Sedia, Jeonghan? " Suara Seungcheol daripada luar dengan bunyi kunci masuk ke dalam tombol pintu itu membuatkan dada Jeonghan turun naik menahan ketakutan.
YOU ARE READING
[ON-HOLD] The Reality of Penthouse S2 : A Villain.
FanficThe Reality of Penthouse series #2 " Mungkin diri aku yang lama datang semula tapi that's all just for you, Choi Seungcheol. " Setelah setahun pertandigan itu tamat dan hubungan mereka menjadi baik semula, ada dua orang lelaki yang datang ke seko...