🎭 Chapter 17 •

34 5 1
                                    

  Tiga hari kemudian, Seungcheol melangkah masuk di dalam kelas seperti biasa diikuti Jeonghan yang juga berada di belakangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiga hari kemudian, Seungcheol melangkah masuk di dalam kelas seperti biasa diikuti Jeonghan yang juga berada di belakangnya. Langkah Seungcheol terhenti apabila melihat figura Jisoo ada di tempat duduknya.

Seungcheol memandang ke tempat lain lalu duduk di tempat duduknya dan kepalanya direhatkan. Lelaki itu perasan dengan perubahan Seungcheol setelah tiga hari dia tidak pulang ke dorm.

Jisoo memerhati Seungcheol dan Jeonghan bersilih ganti namun dia hanya berfikiran positif. Seungcheol tidak pulang kerana hal keluarga atau kecemasan dan tidak mungkin lelaki itu akan hancurkan persahabatan mereka.

Lagipun, bencinya pada Jeonghan masih tidak pudar lagi setelah dia membunuh bapa kandungnya walhal Seungcheol juga tahu tentang itu. Dia duduk sebelah Seungcheol untuk sementara membiarkan Jeonghan di tempatnya.

" Seungcheol-ah, kau ada masalah family ke? " Jisoo menyoalnya membuatkan dia mengangkat wajahnya.

" Ya. Kenapa? " Balas Seungcheol dengan malas dan suaranya jelas dia tidak berminat untuk bercakap atau bersembang pada masa itu.

" Saja. Kau dah tiga hari tak balik dorm that's why aku tanya. Hari ni kau balik tak? " Soal Jisoo lagi.

" Tak kot. " Balas Seungcheol pendek tetapi suaranya itu membuatkan Jeonghan hanya tersenyum dengan sinis.

" Kalau macam tu... kau boleh stay untuk latihan tak? Kita kena hafal next step sebelum proceed yang full. " Kali ini, Seungcheol berdecak lidah lalu wajahnya pun diangkat memandang Jisoo yang tidak puas hati. Dia tidak sedar jikalau Seungcheol telah menakutkannya.

" Kau memang suka banyak tanya daripada dulu tahu tak. Ya, aku stay tapi sekejap je. Aku ada hal familylah nak kena settlekan. Puas? Ada lagi soalan? Tanyalah. Aku nak tidur ni. " Balas Seungcheol agak kurang ajar dan itu membuatkan Jisoo mengangguk perlahan.

" Okay, sorry. " Balasnya lalu berpindah ke tempatnya semula.

Seungcheol mengeluh kasar lalu kepala direhatkan di atas mejanya sebelum kedatangan cikgu subjek yang pertama mereka.

Jisoo menyandarkan badan di kepala kerusi. Jujurnya dia terkilan dengan perlakuan Seungcheol tadi dan itu juga membuatkan fikiran dia berubah ke arah negatif. Dia menoleh ke arah Jeonghan yang sibuk bermain di telefon pintarnya.

" Think positive, Hong Jisoo. Ain't no way Cheol akan berkawan dengan Jeonghan dekat belakang aku. Dia pun tahu perangai mamat ni yang sebenar. "

Oh, baby no baby, you can only hope.

(🎭)


Seungcheol dan Jisoo melangkah masuk dalam bilik latihan itu. Mereka berdua meletakkan begnya di satu penjuru bilik lalu memandang Seungkwan yang telah berada di atas pentas kecil. Memandangkan lelaki itu menyertai kategori menyanyi sahaja.

[ON-HOLD] The Reality of Penthouse S2 : A Villain. Where stories live. Discover now