Boo Seungkwan meneliti senarai barang dapurnya yang ditulis oleh Mingyu. Alang-alang, Jeonghan pun mengajaknya untuk ke pasar raya membeli barangan keperluan dan pakaian-pakaian baharu.
" Telur sepapan... dah. Kubis hijau... dah. Butter pun dah. Tomato paste pun dah. Itu je lah yang dia suruh. " Omel Seungkwan sendirian sambil melihat barangan dalam troli yang hampir penuh. Cukuplah menyuap tiga belas orang lelaki makan.
Jeonghan mendekati Seungkwan lalu meletakkan buah-buahan di dalam troli.
" Dah habis ke? " Soal Jeonghan.
" Aku dah ambil semua yang Mingyu hyung nak. So, kau ada nak pergi mana-mana lagi ke? " Ujarnya dan menyoal Jeonghan membuatkan lelaki itu tersenyum.
" Ada tapi rahsia. Jom pergi bayar dulu baru cakap. " Balas Jeonghan lalu menolak troli membiarkan lelaki lebih muda di belakangnya itu.
" Ah, hyung! Mana boleh rahsia-rahsialah. Bagitahu aku, hyung!! " Jeonghan tersenyum mendengar lelaki itu merajuk. Dia sebenarnya ingin membuat kejutan kepada Seungkwan lebih-lebih lagi dia suka dengan kehidupan bersederhana.
Di dalam kedai baju berjenama,
" Ah hyung, mahallah semua baju ni. " Seungkwan menolak baju kemeja putih itu.
" Wae? Tak salah kalau pakai mewah sekali-sekala, Kwan-ah. Kau tak ada baju untuk pergi mana-mana event pun tau. " Jeonghan cuba memujuknya.
" Aku ada banyaklah dekat rum- "
" Pembetulan, tak ada. Kau lupa masa dinner dekat sekolah kita kau pakai T-shirt je. Ambil je, aku belanja kau semua ni tau. " Balas Jeonghan lagi membuatkan Seungkwan semakin bersalah.
" Mianhae, hyung. Aku rasa bersalah sebab pakaian dekat sini mahal sangat. Aku tak biasa. " Ujarnya lalu menggosok belakang leher berasa janggal apabila masuk ke dalam kedai baju berjenama malah harga baju pula seakan mencekik darah.
" Gwenchana. Aku pilihkan kau baju then kau cuba. Kau boleh pilih baju mana yang kau suka. Cepat, baju mana kau tertarik? Ini... ini atau itu? "
Seungkwan tersenyum kecil malah janggal mencari baju yang disukainya. At the end of the day, dia hanya menyuruh Jeonghan memilih pakaianya kerana dia tidak pandai berfesyen.
(🎭)
Jeonghan dan Seungkwan membuat keputusannya untuk berhenti di sebuah taman sambil menikmati ais krim. Mereka berdua menikmati pandangan di depan yang aman damai, menghilangkan tekanan walaupun untuk sementara.
Seungkwan menoleh memandang Jeonghan yang seakan termenung. Pandangan lelaki itu seakan tidak fokus malah dia perasan fikiran Jeonghan bukanlah di situ. Dia yakin Jeonghan sedang dalam tertekan fikir tentang sesuatu.
" Hyung, kau kenal ke Taehyung hyung? " Soalnya.
Jeonghan tersentak mendengar suaranya dan serta merta lamunannya terhenti membuatkan dia menoleh memandang Seungkwan.
" Kenapa Kwan tanya macam tu? " Soal Jeonghan.
" Masa dekat kantin hari tu, hyung macam terkejut je bila nampak Taehyung hyung macam hyung tengah takutkan something. I don't know but your action just make me wonder. " Terang Seungkwan membuatkan Jeonghan mengeluh kecil.
" Hyung tak takutkan apa-apapun. Hyung terkejut je sebab jumpa kawan lama hyung. " Bohongnya kerana dia tidak mahu Seungkwan syak apa-apa tentang dia dan juga Taehyung. Tentang hubungan mereka.
" Oh, bila hyung kenal dia? " Soal Seungkwan lagi.
" Hm, first grade masa dekat Busan dulu. Dah lama betul kitorang tak berjumpa itu terkejut nampak dia. " Balas Jeonghan lagi.
Seungkwan mengangguk memahami lalu menoleh ke hadapan semula sambil menikmati ais krimnya. Dia tidak sedar jika Jeonghan menatapnya lama sambil berfikir tentang sesuatu.
' You're lying again, Yoon Jeonghan. You're just a liar and you will ruin your friendship once again if you keep being like this. '
" Hyung, jomlah. Nanti risau pula orang dekat rumah mencari kita. " Arah Seungkwan lalu menarik tangan Jeonghan untuk ke kereta mereka.
(🎭)
" Annyeonghaseyo, Chae Hyungwon imnida, " Ujar dari kemasukan pelajar lelaki baharu itu membuatkan pelajar-pelajar wanita mula menjerit dan berbisik satu sama lain. " Saya tak nak bagitahu dekat mana saya bersekolah dulu. Siapa yang masih kenal saya, let's be friends. Thank you. "
Kim Sojung membuat wajah toya mendengar jeritan dari pelajar-pelajar wanita.
" Asal The Penthouse School je, mesti ada je budak masalah. Asal budak masalah, mesti The Penthouse School. "
Seungcheol pula memandang Hyungwon dari atas kepala sehingga kasutnya dengan wajah jengkelnya.
" Apahal dia nampak buff dari aku? Tak boleh kalau macam ni. Aku kena workout lagi ni. "
Jisoo pula bereaksi biasa melihat Hyungwon. Jisoo juga sudah mengenalinya sejak dari lapangan terbang hari itu lagi.
" Tak sangka boleh jumpa Hyungwon lagi dekat sini. This is a great opportunity to make friends, right? "
Jeonghan memandang Hyungwon dari atas hingga ke bawah lalu menoleh ke arah Jisoo.
" Boleh. Lagipun dia handsome gila. "
Jeonghan dan Jisoo tergelak antara satu sama lain membuatkan Seungcheol di belakang memandang mereka jengkel. Dia menolak lengan Sojung sedikit sambil memuncungkan bibirnya.
He's pouting y'all.
" Sojung-ah, kau tengok dua orang ni cakap mamat tu lagi handsome dari aku. " Ujar Seungcheol dan itu membuatkan Sojung memandangnya hairan. Sempat Sojung mengetuk kepalanya membuatkan lelaki itu mengaduh sakit.
" Betullah tu. Dia lagi handsome dari kau. " Balasnya membuatkan Jeonghan, Jisoo dan Sojung tergelak.
" Dahlah, tak nak kawanlah macam ni hmph! " Olok Seungcheol.
" Choi Seungcheol, Kim Sojung, Hong Jisoo dengan Yoon Jeonghan dekat belakang tu. Apa yang bising tu empat orang? " Suara puan Lee membuatkan empat orang itu terdiam lalu memandang ke hadapan.
Mereka tidak perasan jika perhatian satu kelas dari tadi memerhati mereka berempat termasuk Taehyung dan Hyungwon. Mereka berdua tersenyum melihat gelagat mereka berempat.
" Mianhae, Lee songsaengnim. " Ujar mereka tetapi masih kedengaran tawa kecil dari Jeonghan dan juga Jisoo malah Sojung juga.
" Korang berdua tunggu. Aku patahkan sekor-sekor punya tulang baru tak boleh bercakap. " Bisiknya.
Pada hari itu, kehadiran Chae Hyungwon mengubah Taehyung, mengubah Jeonghan dan semuanya.
To Be Continued
Some throwback for season 1 next!
YOU ARE READING
[ON-HOLD] The Reality of Penthouse S2 : A Villain.
FanficThe Reality of Penthouse series #2 " Mungkin diri aku yang lama datang semula tapi that's all just for you, Choi Seungcheol. " Setelah setahun pertandigan itu tamat dan hubungan mereka menjadi baik semula, ada dua orang lelaki yang datang ke seko...