Bam!
" Aduh, sakitlah hyung! " Adu Jeon Wonwoo apabila Hyungwon bertindak menghempas badannya di atas papan berbantal itu. Hyungwon tergelak kecil apabila mendengar keluhan daripada lelaki itu.
" Itulah namanya defend yourself from danger. Kalau kau dalam bahaya, nilah teknik basic taekwondo tau. " Ujar Hyungwon lalu meneguk air mineralnya setelah beberapa jam mengajar Wonwoo sama juga Wonwoo di situ.
Sudah seminggu setelah kehadiran Hyungwon pula di The Penthouse School, Hyungwon telah berkawan dengan Seungcheol, Wonwoo, Mingyu dan Chan. Dia masih cuba berkawan dengan beberapa orang lagi terutama seseorang.
Hyungwon melabuhkan punggungnya di atas kerusi panjang itu sambil memandang Wonwoo yang masih mencaru nafasnya yang hilang. Seketika fikiran lelaki itu mengingatkan tentang Yoon Jeonghan.
" Wonwoo-ah, aku nak tanya siapa nama abang kau paling tua tu... Yoon Jaem- "
" Yoon Jeonghan. Bila masa pula kitorang ada nama Yoon Jaemin? " Herdik Wonwoo lalu meneguk airnya manakala Hyungwon terkekeh kecil melihat reaksinya apabila dia tersalah menyebut nama.
" Oh, Yoon Jeonghan. " Balasnya perlahan.
" Kenapa hyung tanya? " Soal Wonwoo.
" Aku dengarlah... Jeonghan tu suka kenakan orang dekat sekolah. Ada juga yang cakap dia pembul- "" Itu dulu, hyung, " Wonwoo memotong percakapan Hyungwon secara langsung. " Aku tak akan bagitahu banyak tapi dulu dia pembuli tapi bukan sekarang tau. Aku harap kau buat-buat tak dengar je apa yang kau dengar pasal dia dulu. Kitorang pun dah janji tak nak buka lagi cerita lama. "
" Ah, mianhae. Aku tak berniat nak perlekehkan atau rendah-rendahkan dia tapi aku nak confirmkan apa yang aku dengar. Kau tahu selama seminggu aku ada dekat sekolah tu, benda yang sama aku dengar. " Ujar Hyungwon dengan nada rendah dan menyesal.
Wonwoo tersenyum kecil memandangnya.
" Gwenchana, hyung, " Wonwoo mengambil beg di atas kerusinya lalu memandang Hyungwon. " Aku nak balik dulu. Esok kita jumpa lagi tau. Kau dah janji nak ajar aku pergerakan baru. "
" Alright, jumpa esok. " Balas Hyungwon.
Setelah figura Wonwoo hilang dari pandangan lelaki itu, Hyungwon menyandarkan badannya. Dia teringat dengan kata-kata Wonwoo tentang Jeonghan tadi." So, he is a bully? "
(🎭)
Choi Seungcheol menghempaskan badannya atas katil setelah seharian berada di sekolah untuk berlatih menari seorang diri. Dia memandang jam yang sudah menunjukkan 7:30 malam dan itu membuatkan lelaki itu mengeluh letih.
Dia sudah bertekad untuk menyertai pertandingan itu dalam kategori menari lagipun sudah terlalu lama dia tidak berada di atas pentas sejak kemalangan itu berlaku.
YOU ARE READING
[ON-HOLD] The Reality of Penthouse S2 : A Villain.
FanficThe Reality of Penthouse series #2 " Mungkin diri aku yang lama datang semula tapi that's all just for you, Choi Seungcheol. " Setelah setahun pertandigan itu tamat dan hubungan mereka menjadi baik semula, ada dua orang lelaki yang datang ke seko...