Pengumuman oleh Perdana Menteri tempoh hari sungguh mengejutkan. Kami tidak menyangka yang wabak Corona menjadi isu besar, pandemic sehinggakan dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 1 April. Bukan sahaja kami, seluruh rakyat juga terkesan dengan pengumuman dan perintah yang dikuatkuasakan itu. Kini, perancangan kami untuk pulang ke tempat masing-masing telah terbantut, kami semua terperangkap di kampung sehingga tarikh yang diumumkan itu. Namun ada beberapa kelonggaran untuk keluar, tetapi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Setelah berfikir dan berbincang dengan suami, kami mengambil keputusan untuk stay di kampung sehingga isu ini selesai.
"Akak dan abang nak stay kampung je, kitorang dah buat keputusan" kataku memulakan perbualan dengan adik beradikku yang lain, termasuk Salina.
"Bella pun stay kak" jawab Nabila. "Abang Haikal pun setuju"
"Ina pun, Abang Mirul nak stay, Ina ikut je. Lagi pun kat kuaters tu tak berapa selesa sangat" sambung Salina pula. Memang Salina dan Amirul tinggal di kuaters guru di Shah Alam. Jadi aku faham sangat keadaan kuaters kerana aku pernah tinggal sekejap semasa menjalani praktikum dahulu.
"Kalau gitu, nampaknya kita semua dok sini lagi la, Zalia tentu tentu la dok sini jugak" sambungku pula.
"Nampaknya macam tu la kak" balas Nabila
Hari ini hari Ahad, sudah lima hari PKP dilaksanakan. Kalau ikutkan, esok sesi persekolahan akan bermula. Kini semuanya berubah. Kami dikehendaki berada di rumah, tidak boleh keluar sesuka hati tanpa urusan penting. Kalau nak keluar pun, hanya seorang sahaja yang dibenarkan dalam sebuah kereta. Pagi-pagi lagi ayahku dah keluar ke pasar membeli barangan keperluan untuk dijadikan stok tiga empat hari. Mujur kami semua telah keluarkan cash sebelum PKP dilaksanakan. Jadi, ia boleh digunakan untuk perbelanjaan sepanjang PKP ini.
Sehari selepas kenduri minggu lepas, kami semua sempat keluar ke bandar untuk berseronok, membeli belah dan makan-makan. Siapa sangka, itulah kali terakhir kami dapat keluar, sekarang kena duduk di rumah sehingga isu Corona ini selesai. Pihak WHO telah pun mengisytiharkan Corona sebagai pandemic dan dinamakan wabak ini sebagai Covid-19.
Bagi mengelakkan kebosanan, kami melakukan pelbagai aktiviti di rumah dan di kawasan rumah. Mujurlah rumah ayah ni besar dan halaman pun luas, ada pokok buah-buahan. Jadi, geng-geng lelaki adalah aktiviti nak dilakukan. Selain menebas, merumput dan membersihkan kawasan kebun dan persekitaran rumah, diorang juga bina pondok kecil di bawah pokok rambutan yang jauh ke hujung tanah ayah. Kawasan itu agak redup, nyaman dan berangin. Di situlah diorang melepak minum-minum dan bergosip. Kami geng perempuan dok dalam rumah, sesekali join jugak dengan diorang. Disebabkan ramai, maka kami tidaklah berasa tertekan sangat dengan PKP ini berbanding rakan-rakanku di bandar, ataupun di kampung yang tidak kuat line internetnya.
"Bella, gi panggil diorang makan" arahku agar dipanggil suami-suami kami yang melepak di pondok kecil itu
"OK kak" lalu Nabila keluar rumah
"Meh tolong akak hidang ni Lia" pintaku
YOU ARE READING
PKP
General FictionKisah anak menantu Hisham dan Nor yang terperangkap di kampung sewaktu PKP1.0 dikuatkuasakan. Mereka tidak boleh pulang ke tempat masing-masing setelah pulang ke kampung menghadiri kenduri kesyukuran yang diadakan semasa cuti sekolah lepas. Ikutilah...