Lenaku terganggu dek bunyi ketukan pada pintu, Kak Tasya mengejutkan aku. Ku lihat jam menunjukkan hampir 8 pagi. Kedengaran juga riuh sayup-sayup kedengaran dan apabila aku meninjau ke tingkap, kelihatan pekerja-pekerja sedang menyusun kerusi meja di bawah khemah. Aku menanggalkan pakaian ku lalu mencapai tuala terus masuk ke bilik air berjalan keadaan bogel...
"Ahhhh!!!" terperanjat aku apabila menolak daun pintu, kelibat Abang Azman sedang berdiri berbogel sedang bercukur. Kami saling berpandangan menatap antara satu sama lain. Inilah kali pertama tubuh bogelku dilihat oleh lelaki lain selain suamiku. Cepat-cepat aku menutup dengan tuala yang kupegang, lalu aku tutup semua daun pintu.
"Sorry Bang Long, ingatkan takde orang" kataku dari dalam bilik, jantung berdegup kencang.
"Takpe Lia, abang dah sudah ni" jawab Abang Azman menolak daun pintu melihatkan aku yang berdiri berkemban tuala. "Lia masuk le, abang dah sudah" katanya lagi
"Ermm...OK bang" jawabku terketar-ketar apabila melihatkan mata abang iparku terpaku melihat akan tubuhku yang hanya dibaluti tuala.
Lantas, abang iparku berlalu masuk ke biliknya, lalu pintu bilik air pada biliknya itu ditutup. Segera aku masuk ke bilik air lalu mengunci pintu itu dari dalam. Aku mengelamun sebentar. Bukan aku tak pernah melihat abang iparku berbogel, aku pernah je melihat dia dan kakakku bersetubuh, tapi inilah kali pertama tubuh bogelku ditatapnya, dan dia macam selamba takde rasa apa-apa. Aku yang berdebar lebih, takut pun ada. Memang aku terpandang juga kemaluannya yang mengendur itu tadi, tapi itu bukan persoalannya. Yang menjadi debaran ini ialah betapa aku merindui belaian suamiku yang tidak boleh bersama kami untuk tempoh yang agak lama. Aku sebak mengenangkan suamiku, pasti dia pun begitu merinduiku jua.
"Haaa, Lia, meh makan sama" pelawa Kak Salina melihatkan aku yang baru menuruni tangga.
Aku senyum, menuju ke meja makan. Kami adik beradik semua ada, tetapi tidak kelihatan pasangan mereka. Kak Tasya dengan Kak Salina menjamah sarapan sambil menyuap anak mereka. Pagi itu kami menikmati sarapan nasi goreng yang disediakan oleh Kak Tasya dengan Kak Bella.
"Mak ayah mana, diorang dah makan ke?" soalku
"Diorang awal lagi dah makan, ada kat luar tu tengah tengok apa yang patut" jawab Kak Bella sambil menyuap makanan ke mulut
"Abang-abang akak semua mana. Dah makan jugak ke?" soalku lagi memandangkan mereka tiada di meja makan, tiada di ruang tamu.
"Dah jugak, semua kat luar tengah tolong ayah" jawab Kak Tasya
Kami berborak kosong sambil menikmati sarapan. Kami bercerita tentang pakaian, fesyen dan karenah budak-budak di sekolah kami. Setelah selesai bersarapan, aku dan Kak Tasya mengemas meja makan. Kak Bella dengan Kak Salina bermain-main dengan Aiman dan Qistina.
"Kak, tadikan Lia ternampak Abang Man telanjang" bisikku pada Kak Tasya semasa kami sedang mengemas pinggang mangkuk di dapur
"Haishh....camne leh nampak tu?"
Aku pun menceritakan pada Kak Tasya perihal adegan sebentar tadi. Kak Tasya mendengar penuh minat sambil sesekali ketawa menyindirku. Aku dengan Kak Tasya memang kamcing, dia menjadi tempat aku mengadu dan meluahkan perasaan, kerana sebagai kakak sulung, dia lebih memahamiku. Aku pun tak segan silu nak berkongsi rahsia dengannya. Semasa aku mula berkenalan dengan Abang Yusuf dulu pun, aku minta pendapat Kak Tasya . Kak Tasya kata OK, barulah aku memperkenalkan pada mak ayahku. Dalam bab seks pun, aku banyak bertanya pada Kak Tasya sebelum melalui malam pertama. Pendek kata, hubungan aku dengan Kak Tasya memang akrab.

YOU ARE READING
PKP
General FictionKisah anak menantu Hisham dan Nor yang terperangkap di kampung sewaktu PKP1.0 dikuatkuasakan. Mereka tidak boleh pulang ke tempat masing-masing setelah pulang ke kampung menghadiri kenduri kesyukuran yang diadakan semasa cuti sekolah lepas. Ikutilah...