17 : Suprise

6.9K 43 0
                                    


"Bang, malam ni nak ye" ujar isteriku, aku faham apa yang dia nak tu. Dah banyak malam kami tidak bersama, aku pun nak jugak


"Hehehe, abang pun" sengihku


"Dalam gelap tau..." aku angguk setuju.


Dah beberapa malam kami tidur tanpa membuka lampu tidur, selesa sedikit. Tidur pun berkualiti. Nak keluar beli lampu tidur yang malap sikit, kedai pulak tak bukak. Buat masa ni tidur dalam gelap je la. Selesai makan tengah hari, aku dengan iparku melepak seperti biasa di pondok. Itulah rutin kami sepanjang PKP ini sekiranya tiada apa yang nak dilakukan. Petang hari tu, aku kena jaga Balqis sebab wife nak berborak. Last-last aku terlena dengan anakku itu sampai lewat petang. Isteriku memerliku sebab suruh jaga, suruh main dengan anak, tapi aku tidur dengan anak. Aku senyum je la, nak kata apa lagi.


"Jap lagi abang nak mesin rumput" kata Abang Man yang sedang membelek mesin rumput yang diamil dari stor tadi. "Korang tengok la apa yang patut boleh buat, amik ranting dahan tu kumpul setempat, nak bakar nanti"


"OK bang, rumput pun dah naik dah ni" balasku.


Kami bertiga tau apa yang perlu dilakukan. Mula-mula dulu sebelum kami membina pondok ni, keadaan agak teruk, rumput panjang, semak samun, kayu reput, macam-macam lagi. Tiga empat hari jugak kami clearkan kawasan ini sebelum kami mula membina. Dengan menggunakan kayu dan papan yang sedia ada dalam stor, kami membina sekukuh dan seselesa yang boleh untuk kami lepak berehat sepanjang PKP ini. Sehari demi sehari kami tambah apa yang patut, dan hasilnya pondok kami selesa, kemas, dan kukuh untuk kami berehat.


Petang itu kami mengemas kawasan sekeliling, membersihkan apa yang patut, membakar segala sampah, mencantas ranting dan dahan, dan meracun semak yang agak tebal. Bila tugasan dilakukan bersama, ia akan menjadi ringan dan cepat. Kami buat pun bukan dalam keadaan stress, buat santai-santai sambil menyembang bergossip, sesekali bergelak ketawa bila part yang kelakar.


"Bang, minum dulu, nanti sambung pulak" sapa isteriku bersama Nabila yang tiba membawa air dan sedikit juadah. "Ni ada cucur udang, nanti makan ye" sambungnya lagi


"OK yang, letak le situ" kataku


"Besar jugak pondok ni ye" ujar Nabila.


"A'aa, kukuh nampak" sambung isteriku.


Mereka baru pertama kali menjejak kaki ke pondok ini setelah semuanya siap. Masa dalam proses pembinaan, mereka kondem, macam tak yakin dengan kami yang tiada asas bertukang nak bina pondok. Kami sendiri pun tak sangka kami berjaya siapkannya. Kini, barulah mereka puji akan kerja-kerja kami.


"Tu la, dulu kata macam-macam, tengok skang ni, OK kan?" kataku


"A'aa, OK" jawab adiku Nabila. "Kukuh" katanya lagi sambil menggoyang-goyang tiang pondok.


"Tau pun, setakat lima enam orang naik, takde hal punya" sahut Abang Man pula


"Nanti boleh la kitorang lepak sini sama" balas isteriku pula


PKPWhere stories live. Discover now