BLACK MARIA.
Mereka berdua berbalas pandangan. Tengku Lily Camelia sedang menantikan jawapan daripada pria itu.
"Bagaimana, Tuan Hulk? Tuan Hulk setuju?." Tuan Hulk tertawa tipis.
"Kalau saya jawab tak boleh, Tengku Lily akan tetap memaksa, bukan?." Tengku Lily Camelia tersenyum lebar. Nampaknya pria ini memahami konsepnya.
"Bagus! Err maksud saya, bagus Tuan Hulk. Saya yakin jika Tuan Hulk membantu saya, rancangan perkahwinan ini pasti dapat digagalkan dengan mudah!." Lebar sungguh senyuman gadis itu.
Tuan Hulk hanya memandang langkah gadis itu yang sedang masuk kedalam Istana Andora dengan senyuman gembira. Dia gelengkan kepalanya. Bagaimana caranya agar dia dapat menolak permintaan gadis itu?
Tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama ibu di skrin telefon bimbit itu. Dengan senyuman manis, dia menekan butang hijau.
"Assalamualaikum, ibu.."
"Waalaikumussalam.. Umar, anak ibu. Umar ada dimana tu?." Lembut nada bicara ibunya.
"Umar ada di Istana Andora, ibu.. Nanti Umar pulang ke rumah, ya."
"Betul ke, Umar?! Tengku Lily izinkan?!." Tuan Hulk tersenyum.
"Ya, ibu. Tengku Lily izinkan Umar pulang. Ibu tunggu Umar, ya."
"Alhamdulillah! Ibu akan tunggu Umar pulang! Jangan lupa beritahu ibu bila Umar akan pulang. Bolehlah ibu masakkan lauk kegemaran Umar."
Tuan Hulk tersenyum mendengar nada gembira ibunya itu.
"Sekarang musim durian. Umar pasti suka!." Beritahu ibunya.
"Nanti kita makan durian bersama-sama ya, ibu. Umar rindukan ibu."
"Ibu juga rindukan Umar. Baiklah. Urm Umar pergilah berehat dulu. Jangan lupa jaga diri, jaga solat dan jaga Tengku Lily dengan baik, ya." Pesan ibunya dengan lembut.
YOU ARE READING
CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OG
FantasyKisah tentang keluarga Tengku Mustapha yang tinggal di sebuah Negara Espania. Mempunyai seorang puteri tunggal bernama Tengku Lily Camelia, yang nakal dan suka menciptakan keributan dengan selalu melarikan diri dari Istana Seri Aura. Tengku Lily Cam...