BANDAR EDINBURGH YANG MENYATUKAN.
Dia menaiki penerbangan menuju ke Bumi Edinburgh. Meninggalkan Espania dan segala-galanya, demi ketenangan dirinya.
Setahun sudah berlalu.
Haruman wangi Tom ford Oud Wood yang sering dipakai oleh Tuan Hulk menusuk ke dalam rongga hidungnya ketika dia melewati taman di Bandar Edinburgh itu. Dia mula mencari dari manakah ianya datang, namun tiba-tiba dia tersedar, mungkin ia hanyalah khayalannya saja.
Dia mendongak memandang langit Edinburgh yang redup itu, biarpun tidak seindah langit Espania namun dia merasa tenang disini. Sudah setahun berlalu namun dia masih belum melupakan cinta pertamanya. Mungkin juga pria itu juga telah melupakan dirinya dan menemui kebahagiaannya yang tersendiri.
Biarpun kenyataannya pahit, tetapi dia harus mencuba untuk menelannya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Ada notifikasi pesanan message baru masuk. Dia membukanya, ternyata ianya daripada Tengku Najwa.
"Lily.. Tengku Jebat telah melamar awak buat kali kedua!."
"Hah?!." Dia terkejut apabila membacanya, sudah gilakah pria itu?! Padahal dia sudah pun memutuskan pertunangan mereka setahun yang lalu dan kini, pria itu masih ingin meneruskan perkahwinan itu?!
Pria itu benar-benar sudah hilang akal warasnya!
Dia menyimpan semula telefon bimbitnya kedalam handbag, kemudiannya, dia terus menuju ke sebuah cafe miliknya di Bandar Edinburgh.
Ame's Cafe. Itulah namanya. Dia benar-benar menghidupkan watak sebagai Lily Camelia di Bumi Edinburgh seperti yang diimpikan selama hidupnya. Apron bewarna merah disarungkan ke tubuhnya.
DONG!
Bunyi pintu dibuka.
"Hai.. Welcome to Ame's Cafe." Namun, haruman wangi persis yang selalu dipakai oleh pria itu menusuk kedalam rongga hidungnya. Tom ford Oud Wood, dia tidak pernah melupakan wangian tersebut. Dia angkat kepala dan alangkah terkejutnya apabila melihat pria yang sedang berdiri di hadapannya.
Mereka berbalas tatapan. Pria itu tersenyum manis. Adakah dia sedang bermimpi?
"Ame?." Setahun sudah berlalu tanpa apa-apa berita dan tiba-tiba saja pria itu berdiri dihadapannya, sedang tersenyum manis kepadanya.
"U..umar?." Pria itu tersenyum manis di hadapannya. Barangkali dia cuma bermimpi saja.
"Ame." Namun suara itu menyedarkannya bahawa ianya bukanlah sebuah mimpi. Dan dia juga tidak berkhayal.
YOU ARE READING
CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OG
FantasiaKisah tentang keluarga Tengku Mustapha yang tinggal di sebuah Negara Espania. Mempunyai seorang puteri tunggal bernama Tengku Lily Camelia, yang nakal dan suka menciptakan keributan dengan selalu melarikan diri dari Istana Seri Aura. Tengku Lily Cam...