BAB 7 | MERUNGKAP KEBENARAN.

130 12 9
                                    

ISTANA ANDARA, ANDALUSIANA.

Limosin putih itu mula memasuki ke dalam perkarangan kawasan Istana Andara yang dikelilingi dengan pohon-pohon yang menghijau. Rasanya seperti berada didalam kisah dongeng.

Di hadapan pintu Istana Andara itu, kelihatannya beberapa orang sudah menunggu untuk menyambut ketibaan mereka. Pintu limosin putih itu segera dibuka oleh Tuan Hulk. Mereka berbalas pandangan seketika.

"Tengku Lily Camelia... Silakan masuk ke dalam Istana Andara. Tengku Zainal dan Tengku Laila sedang menunggu Tengku Lily didalam sana." Ujar Ketua Bentara Hairul Aziz.

Tengku Lily Camelia angguk kepala dan mengikuti langkah lelaki itu dibelakang.

"Ketibaan Tengku Lily Camelia masuk menghadap."

"Anakanda Lily." Namanya segera disebut sebaik sahaja kakinya menjejak ke dalam ruang Istana Andara itu. Tengku Lily Camelia membalas senyuman mereka berdua. Dia segera tunduk hormat di hadapan Tengku Zainal dan Tengku Laila yang kelihatan amat gembira menyambut kedatangannya.

"Selamat datang ke Andara. Bonda Laila amat gembira dengan kedatangan Anakanda Lily ke Negara Andalusiana ini." Tubuhnya dipeluk erat.

"Terima kasih, Bonda Laila. Dan, terima kasih juga kerana menerima kunjungan Anakanda Lily ke sini."

"Kami pasti akan menerima kunjungan daripada Negara Espania dengan gembira! Bagaimana perjalanan Anakanda Lily ke sini?." Soal Tengku Zainal pula.

"Alhamdulillah, amat baik. Cantik sungguh Negara Andalusiana ini, ya. Anakanda Lily tak sangka ianya juga secantik Negara Espania." Mereka berbalas senyuman.

"Kami berharap Anakanda Lily akan gembira tinggal disini. Kelak, Anakanda Lily juga akan menjadi sebahagian daripada Andalusiana ini." Ujar Tengku Zainal dengan senyuman lebar. Tengku Lily Camelia hanya membalasnya dengan senyuman tawar.

"Sebahagian daripada Andalusiana? Urm.."

"Ketua Bentara Hairul Aziz? Bawa Anakanda Lily dan pengiring-pengiringnya ke Istana Andora agar mereka dapat berehat." Peritah Tengku Zainal.

"Menjunjung perintah, Tuanku."

"Anakanda Lily pergilah berehat terlebih dahulu di Istana Andora bersama dengan pengiring-pengiring Anakanda." Ujar Tengku Laila sambil memegang tangannya.

"Baik, Ayahanda Zainal dan Bonda Laila."

Mereka bertiga dibawa ke sebuah istana yang dinamakan sebagai Istana Andora yang terletak di belakang Istana Andara. Istana itu akan menjadi tempat penginapan mereka bertiga sepanjang mereka berada di Negara Andalusiana ini.

"Ini adalah Istana Andora. Dan ini adalah pembantu-pembantu Tengku Lily di sini. Jika Tengku Lily dan pengiring-pengiring memerlukan apa-apa, jangan malu untuk meminta daripada mereka ini."

"Terima kasih, Ketua Bentara."

"Dan, Tengku Lily usah bimbang, di Istana Andora ini juga dilengkapi dengan pengawal-pengawal yang akan mengawal di setiap sudut agar Tengku Lily sentiasa selamat." Tengku Lily Camelia anggukkan kepala sambil tersenyum.

"Urm kalau begitu, Tengku Lily dan pengiring-pengiring Tengku bolehlah membersihkan diri dan berehat terlebih dahulu. Patik akan segera datang menjemput Tengku Lily dan pengiring-pengiring ke Istana Andara untuk makan malam."

"Baiklah. Terima kasih Ketua Bentara Hairul Aziz."

"Sama-sama, Tengku Lily." Mereka berbalas senyuman seketika sebelum lelaki itu beredar meninggalkan Istana Andora itu.

CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now